English
NovelToon NovelToon

Dia Suamiku

BAB 1

“Eh! Kak Yana!” tegur Ainna dengan nada yang sedikit kuat sambil menyentuh lengan baju wanita di hadapannya.

“Maaf, siapa ya?” ujar wanita itu lembut.

Ainna tersenyum mendengar pertanyaan gadis itu. Ye la macamana nak kenal sudah hampir setahun dia tidak bertemu mata tambahan pula waktu itu Ainna pakai penutup muka. “Ainna kak, kita satu bilik dulu waktu belajar di Uitm Seremban,” jawab Ainna yang masih dengan senyuman di bibir.

“Oh! Ainna! Maaf la akak tak kenal, makin slim dan bergaya Ainna sekarang ya.”

“Alaaa akak ni masih lagi suka bodek eh! Terima kasih, akak pon apa kurangnya makin vogue! Ni anak akak ke?”

tanya Ainna sambil matanya melirik ke arah budak lelaki yang dipimpin oleh Yana.

“Eh taklah! Kamu ni! Takkan akak kawin tak ajak Ainna. Ni anak buah akak.”

“HAHAHAHA mana lah tahu. Hai comel awak nama apa?” Tanya Ainna dengan nada lembut sambil tangannya memegang lembut pipi si comel itu.

“Raiq Faiqal,” jawab si kecik itu dengan suara yang perlahan tapi masih boleh di dengar oleh Ainna.

“Oh Raiq.. Alooo comelnya. Akak datang ni berdua je ke?”

“Eh tak! Dengan mama, entahla mana dia pergi tadi,” jawab Yana sambil wajahnya di alih ke sekeliling kawasan

mereka. “Ni Ainna meh la lunch sekali ke tengah dating ni?” Tanya Yana dengan nada bergurau.

“Eh tak pe la kak, lain kali je la. Ainna datang sini teman ibu beli barang. Nanti….,” perbualan mereka terhenti dek kerana bunyi telefon Ainna dari dalam tas tangannya. “kejap ya kak,” izin Ainna untuk angkat telefon.

Usai berbual di telefon, Ainna minta diri untuk ke tempat ibunya dan sempat bertukar nombor telefon dengan Yana.

Yana hanya menghantar gadis itu dengan pandangan dan senyuman yang tidak lekang di bibir. Sesungguhnya gadis ini banyak membantu dia sewaktu belajar dulu dan dia sendiri pernah berniat untuk menjodohkan adiknya, Fikry dengan Ainna. Namun apakan daya, tamat sahaja ijazah dulu, dia sudah loss contact dengan gadis ini. Yana

berharap pertemuan mereka kali ini dapat mengeratkan lagi hubungannya dengan Ainna walaupun Ainna tidak boleh jadi adik iparnya.

AINNA berehat di sofa untuk melepaskan penat berjalan kerana menemani ibunya membeli-belah. Puan Rozita kemudiannya duduk di sebelah Ainna sambil meletakkan hasil belanjanya dari pasaraya tadi.

“Adik.. Esok kawan ibu ada buat kenduri, kita pergi eh?” Tanya Puan Rozita sambil memandang Ainna dengan wajah yang lembut.

“Alaaaa.. Kenduri apa, bu? Malas la adik. Ibu pergi dengan baba saja la. Adik baru je balik, penat tak hilang

lagi,” jawab Ainna sambil tangannya mengambil biskut di atas meja. Sengaja dia bagi alasan penat walhal seorang Ainna mana pernah kenal erti penat walaupun perjalanannya untuk balik ke kampung mengambil masa lebih kurang 9 jam.

Puan Rozita tersenyum mendengar jawapan itu. Memang dia tahu itulah yang akan keluar dari mulut anak gadisnya. Memang dari kecil lagi Ainna tidak suka ke tempat yang ramai dan sesak. Tambahan lagi tempat kenduri. “Alaaa baba ada meeting esok, tengahari dah bertolak pergi sana. Bolehla teman ibu kejap. Dia kawan baik ibu dari sekolah lagi. Adik pon belum jumpa dia kan, Cik Dah,” ujar Puan Rozita dengan nada memujuk.

“Hmmm, ye la. Kalau adik tak nak ikut, ibu suruh baba pujuk adik jugak kan. Okay lah, adik nak masuk bilik dulu,” izin Ainna seraya mengambil beg tangannya dan berlalu ke bilik.

FIKRY masih sibuk dengan photoshoot walhal jam sudah menunjukkan jam 11 malam. Kedengaran suaranya mengeluh agak kuat sambil tangan kirinya perlahan lahan memegang belakang leher, mungkin untuk mengurangkan lenguh.

“Eh Fikry, awalla dah mengeluh,” tegur sahabatnya, Izzue.

“Takde lah aku penat sikit. Semalam Raiq buat perangai la,” luah Fikry sambil matanya merenung ke arah

kamera di depannya.

“Haaaa itu lah kau! Aku suruh cepat kahwin kau tak nak. Raiq tu nak kasih sayang seorang ibu je,” ujar Izzue

dengan nada tegas.

“Kahwin?! Kau ingat Amira nak ke kahwin dalam masa terdekat ni? Lambeeeet lagi! Tambah lagi nak jaga Raiq.

Memang jauh panggang dari api la,” jawab Fikry sambil tersenyum nipis.

“Dah tu, kau tahu Amira tak boleh nak jaga Raiq, kau stay jugak dengan dia. Kau tak pikir ke macamana nasib Raiq

bila korang married nanti? Tak kesian dengan dia kena duduk dengan atuk nenek saja? Tak dapat kasih sayang mak dengan ayah dia?,” ujar Izzue dengan nada keras. Sejujurnya Izzue memang geram dengan sikap Fikry yang satu itu. Terlalu manjakan Amira, sampai Raiq yang ditatang bagai minyak yang penuh pon dipinggirkan bila ada hal berkaitan dengan Amira. Kadang rasa menyampah pun ada bila tengok Amira si gedik tu.

“Hmm dahlah, takde masa aku nak pikir, biar je la dulu,” jawab Fikry dengan nada malas.

“Lantak kau lah! Aku cakap ni untuk kebaikan kau, anak kau. Kalau tak nak pikir sekarang nak pikir bila? Anak

kau makin hari makin besar,” bebel Izzue sambil kakinya melangkah ke wardrobe untuk melihat model penggambaran mereka.

Fikry hanya memandang Izzue dengan hati yang kosong. Jauh di sudut hati dia mula berfikir tentang masa depan Raiq kalau ditakdirkan dia dan Amira berjodoh.

SEORANG wanita berjalan ke arah pintu dan menyambut salam Puan Rozita dengan senyuman lebar.

“Ita!! Naik la. Kenapa berdiri depan tangga pulak? Naik sini,” ajak wanita itu sambil berjalan ke arah sofa di ruang tamu rumahnya.

“Besarnya rumah kau, Dah!” ujar Puan Rozita sambil matanya melilau sekitar rumah.

“Besar pun, aku tak pandai nak hias macam kau. Ni anak kau ya, Ita?” Tanya wanita itu sambil tangannya dihulur kepada gadis di sebelah Puan Rozita.

“Haaa lupa pulak aku! Anak aku la ni, satu-satunya anak perempuan aku,” jawab Puan Rozita sambil memegang tangan anaknya.

“Cantiknya! Macam kau muda muda dulu, Ita! Nama apa? Dah kerja?”

“Panggil je Ainna, acik. Alhamdulillah dah kerja dah,” jawab Ainna dengan nada lembut.

“Oh Ainna! Eh duduk lah dulu ya. Aku nak gi dapur kejap,” ujar wanita itu seraya berjalan menuju ke dapur.

Puan Rozita juga turut ke dapur untuk menghulurkan bantuan mana yang patut dan menitipkan tas tangannya pada Ainna.

RAIQ berlari ke arah Ainna seraya bertanya, “Hai aunty, aunty ni siapa? Tak pernah nampak pun,” ujar Raiq sambil wajah comelnya memandang Ainna.

“Eh!! Raiq!! Raiq buat apa kat sini?” Tanya Ainna kebingungan.

“Ini rumah nenek Raiq. Aunty siapa? Aunty buat apa sini?”

“Alooo dah lupa aunty dah? Nama aunty, Ainna. Raiq boleh panggil Tyna okey? Tyna teman ibu Tyna datang sini”

jawab Ainna sambil tangan mengangkat Raiq ke atas ribanya.

‘Maksudnya Kak Yana tu anak Cik Dah la. Kecik betul dunia ni,’ bisik Ainna dalam hati.

“Ohh Tyna.. Tyna datang sini dengan ibu? Mana ibu Tyna? Tyna takde kawan?” Tanya Raiq.

Ainna tersenyum. Pandai betul budak ni bercakap. “Haah, Tyna takde kawan. Raiq nak kawan dengan Tyna?”

“Boleh je. Tapi Tyna nak ke main dengan Raiq? Raiq ni budak lagi,” jawab Raiq sambil tangannya bermain dengan

cincin di jari Ainna.

“Laaaaa Raiq buat apa sini? Kenapa ganggu aunty tu?” kedengaran satu suara garau, Ainna segera mendongak

memandang pemilik suara. Terlihat seorang jejaka berkulit sawa matang, berbaju melayu biru, berseluar hitam dan bersongkok sedang berdiri di tepi sofa di hadapannya.

“Alaa Raiq nak main dengan Tyna je. Papa ni!” jawab Raiq dengan nada merajuk sambil tangannya menarik tangan

Ainna untuk memeluknya.

“Tak pe. Raiq tak ganggu saya pun,” ujar Ainna sambil tersenyum nipis memandang lelaki di hadapannya.

“Maaf la cik, Raiq ni memang jenis clingy siket,” ujar Fikry. Risau sekiranya gadis itu tidak selesa dengan

kehadiran Raiq.

“Eh takde lah! Saya okay je! Lagipun dia ni comel, banyak celoteh dia,” bicara Ainna sambil tangannya

mencubit lembut pipi Raiq.

“Awak ni sape eh? Tak pernah tengok sebelum ni,” Tanya Fikry sekadar mengisi kesunyian antara mereka.

“Lupa nak kenalkan diri, saya Ainna. Anak kawan Cik Dah,” jawab Ainna sambil matanya mengerlin ke dapur.

“Ohh Ainna. Saya, Harris Fikry. Panggil Fikry je,” ujar Fikry. Kagum dia melihat gadis itu melayan kerenah anaknya. Tanpa dia sedar, bibirnya mengukir senyuman tipis.

Ainna mengangguk sebelum bertanya tentang sahabatnya, Yana kepada Fikry.

“Kecik betul dunia ni. Kak Yana keluar hantar kawan dia, kejap lagi balik la tu,” jawab Fikry selepas mendengar

penjelasan Ainna tentang Yana.

Ainna mengangguk dan terus leka melayan celoteh Raiq manakala Fikry meminta diri ke luar rumah

untuk menyambut tetamu yang hadir. Tanpa disedari ada sepasang mata yang memerhati tingkah laku mereka.

PUAN ROZITA dan Puan Faridah berjalan ke ruang tamu namun keduanya masih rancak berbual. Ainna hanya tersenyum memandang mereka.

“Eh Raiq!! Raiq buat apa tu? Kenapa ganggu aunty?” ujar Puan Faridah sambil matanya melirik ke luar rumah,

memandang Fikry yang asyik berbual dengan kawan-kawannya.

“Takde ape la acik. Raiq boleh jugak teman Ainna sini,” jawab Ainna lembut.

“Alah kau ni Dah!! Biar je lah dia duduk dengan Ainna. Bukannya susah pun,” kata Puan Rozita sambil tangannya menjamah kuih di atas meja.

“Inilah cucu yang aku cerita dekat kau tu Ita!”

“Laaaa yeke?! Comelnya dia, Dah! Berapa tahun ni?” Tanya Puan Rozita sambil memegang tangan kecil Raiq.

“Iya!! Itu papanya ada kat luar. Baru nak masuk 3 tahun je tu. Mulut dia mengalahkan yang besar,” kata Puan

Faridah sambil ketawa kecil sebelum manjemput tetamunya untuk menjamu selera.

Usai menjamu selera, Puan Rozita dan Ainna meminta diri untuk pulang. Puan Faridah sedikit kecewa kerana belum sempat mengenalkan putranya dengan Ainna. Ketika itu, Fikry sudah pun keluar membeli barang keperluan majlis.

Ainna berjalan menuju ke tempat pemandu dan matanya liar mencari gerangan yang sedang memerhatikan dirinya. Dia terasa seperti diperhatikan sejak awal sampai lagi namun orang itu masih juga tidak munculkan diri. ‘Perasaan aku je kot,’ bisik hati kecil Ainna.

BAB 2

Ainna

mendengus perlahan memandang telefon bimbit yang tidak henti berdering dari

tadi. Bingung dia dengan perangai kekasih abangnya yang terlalu posesif itu. ‘Kalau

boleh setiap minit kot nak dengar suara along. Annoying betolla perempuan ni,’

dengus hati kecil Ainna.

               “Along!! Telefon kau bunyi ni!

Bingit la dari tadi tak henti henti!” jerit Ainna dengan nada sedikit kesal.

               “Kau tak boleh tolong jawabkan

ke?!” jerit abang sulungnya, Wafiq yang baru naik dari dapur dengan tuala di

leher. Wafiq bukannya sengaja tidak menghiraukan panggilan itu, tapi dia baru

sahaja selesai mandi.

               “Malas aku nak bercakap dengan

awek psiko kau tu,” jawab Ainna seraya bangun dan berjalan laju menuju ke biliknya.

Risau ditengking Wafiq.

Wafiq

hanya menggeleng melihat tingkah laku adiknya. Memang dia tahu yang

adik-adiknya tidak terlalu menyokong hubungannya dan Sheila. Walaupun semua

menentang, selagi dia boleh bertahan dia cuba. Sampai bila boleh bertahan itu

yang dia sendiri tidak tahu.

Wafiq segera

menelefon kekasihnya untuk memberi khabar sambil berjalan menuju ke beranda

rumah. Usai mematikan panggilan, dia perasan ada seseorang yang berdiri di

hadapan pagar rumahnya dengan gerak geri yang mencurigakan. ‘Sape pulak mamat

ni? Datang rumah orang malam malam buta ni.’ Bisik hati kecilnya sambil matanya

masih fokus pada gerangan tersebut.

Ainna yang

baru keluar dari bilik untuk ke dapur berasa hairan melihat tingkah laku abangnya

segera menghampiri Wafiq.

               “Kau tengok apa, long?” tanya dia

dengan nada perlahan tapi telah mengejutkan Wafiq.

               “Eh!!! Kau ni!! Terkejut aku!

Weh, dik cuba kau tengok kat pagar tu, nampak tak apa yang aku nampak?” Tanya Wafiq

dengan nada serius.

               “Kau ni tak payah la nak takutkan

aku. Kau cakap gitu, ingat aku takut ke? Hello!! Ni Ainna Wardina la

semua horror movie aku dah khatam,” jawab Ainna dengan suara yang agak

kuat. Dia berfikir Wafiq hanya ingin bergurau dengan dia saja.

Wafiq

menolak lembut kepala Ainna, “otak kau! Cuba la tengok dulu!” tegas Wafiq

dengan mata yang masih memerhati lelaki itu.

Ainna

segera menoleh ke arah pintu pagar rumahnya dan terlihat seorang lelaki memakai cap dan berbaju hitam sedang mengintip suasana dalam rumah.

               “Eh!! Ye lah long! Apa dia buat?

Ke kau ada jual benda haram?” tanya Ainna niat untuk bergurau.

Wafiq

menjeling memandang adiknya, “kau boleh serius kejap tak?” geram betul Wafiq

dengan perangai adiknya itu.

Ainna

tersenyum nipis dengan riak bersalah. Dia lihat lelaki itu masih berdiri di

hadapan rumah mereka. Nasib baik beranda yang mereka berdiri itu sedikit

tersembunyi dari pagar rumah. Mungkin lelaki itu tidak perasan kehadiran

mereka.

               “Long, cuba kau gi jumpa dia.

Mana lah tahu dia ada hal dengan baba ke?” usul Ainna supaya Wafiq turun untuk

menemui lelaki itu. Takkan sampai tengah malam dia nak tengok je lelaki itu

mengintip rumahnya.

               “Haaaa ye jugak! Kau tunggu sini!

Jangan turun dan jangan sampai dia nampak kau,” tegas Wafiq sambil kakinya berjalan

menuju ke tangga untuk turun ke bawah.

Ainna

hanya mengangguk sambil matanya masih memerhati ke ara pagar rumah itu. Namun,

beberapa saat kemudian, lelaki itu bergegas pergi dari pagar rumahnya.

‘Kenapa

dengan mamat ni? Apa dia nak? Ke dia ni…. Ishh!! Tak mungkinlah! Takkanlah dia

tahu rumah aku’ bisik hati kecil Ainna yang tiba-tiba teringat tentang

seseorang dari masa lalunya.

                “Dia dah blah la. Mesti dia dengar aku nak

bukak pintu tadi. Aku pelikla, dia nak apa? Kalau betul nak jumpa baba, kenapa nak

mengintip macam pencuri?” Wafiq memandang Ainna setelah beberapa saat bicaranya

tidak disahut oleh gadis itu.

               “Weh!! Kau dengar aku tak?” tegur

Wafiq dengan sedikit keras.

               “Haaa! Aaaaa dengar la! Mana lah

aku tahu! Ish dah la aku nak pergi dapur,” jawab Ainna untuk menutup kegusaran

hatinya lalu melangkah turun ke bawah.

Wafiq

bingung melihat tingkah laku adiknya namun dia membiarkan kebingungan itu

berlalu. Dia masih teringat akan lelaki tadi dan tertanya tanya tentang sebab

lelaki itu datang ke rumahnya.

FIKRYmenghidupkan enjin kereta dan meluncur laju ke jalan raya. Tubuhnya terasa

sangat letih dengan photoshoot sepanjang hari itu.

‘Baru

model part time dah kecoh macam retis! Tolonglah!’ dengus hati kecilnya

bila teringat perangai model dari Indonesia itu.

Kringg!!

Kringg!!Kedengaran telefon bimbitnya berdering.

               “You.. You kat mana? Dah habis ke

shoot?” kedengaran suara gedik si pemanggil.

               “Baru habis. Ni I nak balik jumpa

Raiq. Dia dah merengek dah dua tiga hari ni I asyik busy je”

               “Alaaaa jomla lepak kejap. Kita

dah lama tak dating. Pleaseeeeee,” pujuk Amira.

               “Tapi I dah janji dengan Raiq,”

jawab Fikry dengan nada lembut. Risau Amira akan merajuk nanti.

               “Raiq tu bukan lari mana pon!

Duduk rumah you jugak. Jomla. Esok I dah start busy,” pujuk Amira sekali lagi

dengan manja.

               “Hmmm okayla. Tapi kejap je tau!”

jawab Fikry dengan nada pasrah. Fikry mematikan panggilan. Dia risau Raiq akan

merajuk tapi masa dia dan Amira juga terlalu singkat memandangkan keduanya

dalam satu industri yang sama.

               “RAIQ kenapa tak tidur

lagi ni? Dah pukul 10 dah,” tanya Yana sambil tangannya mengelus pipi Raiq

dengan lembut.

               “Raiq tunggu papa. Petang tadi papa

kata dia balik awal. Tapi kenapa tak sampai lagi? Office papa jauh ke mak long?”

tanya Raiq dengan mata mengantuk.

               “Jalan jammed kot Raiq. Raiq

tidur la dulu, nanti papa sampai Raiq masuk tidur dengan papa ya. Okay,

sayang?” tanya Yana dengan niat untuk memujuk. Kesian sungguh dia melihat

keadaan anak buahnya itu. Ni nasib baik kebetulan dia berkunjung ke rumah Fikry,

kalau tidak memang Raiq tinggal dengan bibik saja la sampai ke tengah malam.

               “Okay, tapi Raiq nak cakap dengan

papa kejap.”

Yana

menelefon Fikry dan membiarkan Raiq bercakap dengan papanya.

“Hello

sayang! Sayang dah makan?”

               “Dah!! Tadi Raiq makan dengan mak

long. Papa kat mana? Papa belum siap work lagi?” tanya Raiq dengan nada manja.

               “Emm papa ada hal kejap la

sayang! Nanti papa balik eh?” ujar Fikry dengan nada lembut.

               “Hal apa? Papa kata papa balik

awal harini,” jawab Raiq dengan nada merajuk.

               “Papa nak jumpa Aunty Mira kejap.

Kejap je okay, nanti papa balik,”

               “Kenapa papa jumpa Aunty Mira

dulu?! Papa kan dah janji nak balik awal! Papa janji nak main dengan Raiq!”

kedengaran suara Raiq yang agak kasar. Marah dengan tindakan Fikry yang mungkir

janji untuk meluangkan masa bersama.

               “Alaaa papa sorry, Raiq. Nanti

esok papa bawak Raiq beli aiskrim okay?” ujar Fikry dengan harapan Raiq setuju

dengan pujukannya.

               “Raiq benci papa! Papa lagi

sayangkan aunty Mira dari Raiq!” jerit Raiq sebelum mematikan panggilan.

Fikry

meraup wajah kusutnya. Bila terpaksa memilih antara Amira dengan Raiq memang

menjadi satu masalah buat dia. Dia segera membuka aplikasi whatsapp dan

menghantarkan pesanan pada kakaknya.

               Yana, pujukkan Raiq please. Aku

ada hal la.

               Hal dengan Amira?

               Na…. Please….

‘Bluetick.

Nampak sangat Yana pon marah dengan aku.’ Dengus Fikry perlahan.

‘KAU ni

memang anak tak kenang budi! Asyik gambar gambar gambar! Kau ingat jadi photographer tu ada hala tuju ke?! Tengok Wafiq tu, dengar je kata aku. Boleh je

tinggalkan kerjaya dia. Kenapa kau ni degil?! Ingat kerja ambik gambar ni dapat

duit banyak?! Aku suruh kau tolong abang kau je! Itu pun tak boleh?!’

Kata-kata

babanya seolah olah terngiang-ngiang di telinga Wildan. Walaupun dia terlihat

baik-baik saja ketika bersama keluarga, tapi jauh di sudut hatinya, dia sering

dihantui kata-kata babanya yang seakan merendahkan impiannya untuk menjadi photographer.

‘Mungkin

ya, aku beruntung sebab aku masih ada ibu dan baba as compared to others yang takde sesiapa dalam hidup mereka. Tapi beruntung ke kalau ada parents tapi tak support anak dia? Jangan kata nak support, hina, keji semua ada. Aku

ni macam takde masa depan je. Ibu… Baba… Kenapa ibu dengan baba buat angah

macam ni? Kenapa selalu je bandingkan angah dengan along? Mungkin bagi along

senang untuk lepaskan cita-cita dia. Tapi tak bagi angah baaa. Ibu dengan baba

tak tengok macamana usahanya angah nak capai cita-cita angah. Angah tak kisah

orang luar nak caci maki kerja angah, tapi bila parents sendiri, angah

rasa macam angah ni takde pape! Angah takde tempat bergantung, tempat meluah!

Sakit, ya Allah!! Tolonglah aku, kuatkan dan jadikan aku seorang yang redha

atas ujianmu,’ bisik hati kecil Wildan sebelum melepaskan keluhan berat.

Wildan

berjalan ke katil untuk mengambil telefon bimbitnya dan menaip sesuatu sebelum

menekan butang send.

TELEFON bimbit

Ainna berbunyi, menandakan ada mesej yang masuk.

               Bagitau ibu dengan baba, angah

tak balik malam ni. Angah stay rumah Paan. Ada hal.

Ainna

mendengus membaca pesanan yang diterima melalui aplikasi whatsapp itu.

               Kenapa tak bagitau sendiri?

               Tolong lah!

               Ye lah!  Ish angah ni!

Ainna

segera turun ke bawah untuk memaklumkan hal itu pada ibu dan babanya. Dan seperti

biasa, pasti dia yang disoal oleh mereka dan disuruh untuk memujuk abangnya

balik ke rumah.

Wafiq dan

Wildan memang berbeza. Wafiq lebih patuh pada ibu dan baba mereka dan akur untuk

mengurus perniagaan keluarga dan mengorbankan cita-citanya untuk menjadi

juruterbang namun berbeza dengan Wildan yang berpegang teguh dengan

keputusannya untuk menjadi photographer dan mengabaikan perniagaan

tradisi keluarga mereka. Sebab itulah, Wildan sedikit jauh dengan keluarga jika

nak dibandingkan dengan Wafiq. Tapi kalau melibatkan hal Ainna, Wildan lah yang

paling ambil berat dan selalu membelanya.

               “Manala adik tahu, angah whatsapp

tu je. Malaslah nak tanya banyak. Siap kerja dia, dia balikla tu.”

               “Angah kau tu memang macam tu.

Semua benda ikut kepala dia saja,” jawab Babanya dengan nada tegas.

Ainna

mendengus perlahan. Bosan dengan drama keluarganya yang sama setiap hari. Ainna

meminta diri untuk naik ke bilik dengan alasan ingin menyiapkan tugasan

pejabatnya.

AINNA sedang

sibuk memakai tudung ketika abangnya, Wildan mengetuk pintu untuk masuk

kebiliknya.

               “Hai putera raja! Dah balik?!”

tegur Ainna sambil matanya melihat ke arah Wildan melalui cermin.

               “Taklah! Ni roh dia,” jawab

Wildan dengan riak wajah yang serabut sambil melabuhkan duduknya di katil

Ainna.

               “Angah okay?”

Ainna

segera duduk di tepi Wildan. Risau pulak dia tengok keadaan abangnya yang satu

itu. Jarang dia boleh tengok wajah tenang Wildan bila di kampung.

               “Okay,” jawab Wildan sepatah.

Ainna

tersenyum nipis. Nampak sangat yang Wildan tak okay.

               “Janganlah badmood. Angah sedih

sebab baba ke sedih sebab Isya nak tunang ni?” usik Ainna dengan niat untuk

mengurangkan stress Wildan.

Wildan

tersenyum nipis. “Kenapa Isya tak pilih aku eh?” jawab Wildan dengan pertanyaan

juga. Sengaja mengikut pembicaraan adiknya.

               “Wait!! Angah? Angah still ada

feeling kat dia ke? Oh my God!!” Ainna segera berdiri dengan matanya yang tidak

lari dari memandang Wildan.

               “Kenapa? Salah ke?”

               “Angah….. Memang la tak salah

tapi Isya dah nak tunang. You should forget her la,” tegas Ainna dengan nada

sedikit keras.

               “Baru tunang bukan bini orang.”

               “What??!”

               “Susah betul ada adik bengap! Dah

la cepatla siap!” jerit Wildan sambil kakinya laju melangkah keluar.

Ainna

ditinggalkan terpinga-pinga dengan jawapan Wildan tadi. Dia segera sambung

memakai tudung selepas sedar yang dia sudah lambat untuk ke majlis.

SUASANA di

majlis itu kelihatan meriah dan bahagia untuk semua yang menghadirinya. Namun

tidak pada Wildan. Dia berdiri di tepi kereta usai majlis pertunangan itu

selesai. Tanpa disedari, dia mengeluh perlahan.

               “Hai.. Kuat mengeluh. Itulah dulu

orang suruh pegang betul betul tak nak! Sekarang baru nak menyesal,” terdengar

seperti suara adiknya yang mengejek.

               “Eh kau ni!! Sibuk je!” tegas

Wildan sambil matanya memandang tasik yang terbentang di tepi rumah Mak Long

nya itu.

               “Angah serius ke?” Ainna masih

tertanya-tanya dengan ucapan Wildan di bilik tadi.

               “Apa?”

               “Pasal Isya bukan bini orang

lagi?” tanya Ainna dengan nada lembut. Risau mengguris hati abangnya.

               “Kau ni kan belajar

tinggi-tinggi. Tapi otak bebal!” jawab Wildan sambil ketawa kecil.

               “Hah?! Maksudnya angah tipu?”

tanya Ainna yang masih dalam kebingungan.

               “Ye lah!! Buat apa nak ambik

tunang orang kalau yang single ramai!” jawab Wildan seraya berjalan menuju ke

dalam kereta.

               “Eeeee!! Angah!!” panggil Ainna

dengan nada marah. Namun dia segera diam selepas melihat ibu dan babanya yang

turun dari rumah Mak Long dan masuk ke dalam kereta Honda City milik abang

sulungnya. Manakala dia masuk ke kereta Wildan.

               “IKYY… Kau dah bangun ke

belum?” tanya Yana sambil tangannya mengetuk pintu bilik Fikry.

Fikry

segera membuka pintu biliknya dan tersenyum melihat si kecil yang memakai baju

boboiboy itu.

               “Selamat pagi, anak papa? Raiq

dah makan?” tanya Fikry sambil duduk mencangkung bagi menyamakan posisi dia dan

anaknya.

Melihat

respon anaknya yang hanya diam, dia segera mendongak memandang Yana.

               “Semalam dia tak nak tidur sebab nak

tunggu kau. Tapi kau lambat sangat dia tertidur jugak la. Pandai-pandai la kau

pujuk dia,” ujar Yana sebelum melangkah meninggalkan dua lelaki itu.

               “Raiq.. Papa sorry okay? Semalam

papa jumpa aunty Mira kejap je. Lepas tu papa kena pergi office balik. Ada

kerja papa yang belum siap,” ujar Fikry dengan niat memujuk. Dia terpaksa

menipu untuk menjaga hati si kecil itu. Dia tahu Raiq pasti akan marah kalau

dia beritahu yang dia pulang lambat kerana menemani Amira ke majlis hari jadi

kawannya.

               “Betul? Papa tak tipu?” tanya

Raiq sedikit terpujuk.

               “Yela! Dah jom kita gi makan.

Lepastu papa hantar Raiq pergi taska. Okay?” ujar Fikry dengan harapan anaknya

segera berhenti merajuk. Raiq hanya diam seraya berjalan ke dapur.

               “JANGAN bawak laju sangat kereta

tu, ngah. Tak payah nak rush la. Kalau mengantuk tukar driver,” ujar Puan

Rozita tanda mengingati anak lelakinya itu.

               “Okay ibu,” jawab Wildan sambil

bersalaman dengan ibu dan babanya. Terlihat babanya hanya tersenyum nipis

menyambut salam darinya. Berbeza dengan adik yang dicium dan dipeluk erat.

Wildan cuba menenangkan hatinya sendiri.

Kereta

Saga milik Wildan berlalu pergi.

               “Angah hantar adik dulu ke canne

ni?” tanya Ainna untuk mengurangkan sunyi dalam kereta.

               “Tengok keadaan. Sampai lambat, kita

terus pergi sana je boleh?” tanya Wildan dengan nada lembut.

               “Boleh je. Adik nak tidur, nanti

angah ngantuk kejut eh!” ujar Ainna seraya menurunkan sedikit kerusinya.

Wildan

hanya menunjukkan muka selenga dia sebelum menurunkan sedikit suara radio. Perjalanan

yang makan masa hampir 5 jam itu hanya dipenuhi dengan celoteh penyampai radio

saja. Ainna hanya bangun untuk berhenti solat saja. Fikiran Wildan juga

melayang entah ke mana sepanjang perjalanan itu.

JAMmenunjukkan 7:30 malam ketika mereka tiba di Kuala Lumpur. Wildan

memberhentikan keretanya di masjid berdekatan dengan sebuah restoran. Niatnya

untuk membersihkan diri dan menunaikan solat sebelum mengisi perutnya yang

berbunyi dari tadi.

               “Kita terus pergi tempat kawan

angah eh dik?” tanya Wildan sambil matanya melihat jam di tangan. Dia risau

terlambat menepati janji untuk berjumpa kawannya jam 9 malam di pusat bandar

yang berdekatan.

               “Okey. Tapi adik tak nak masuk

boleh?” tanya Ainna dengan muka kesian. Dia memang malas kalau nak tunggu abangnya

selesai meeting. Bukannya dia faham apa pun tentang bidang kerja Wildan.

               “Dah tu nak duduk mana? Masuk la

tapi adik duk meja lain. Order la apa yang nak,” ujar Wildan.

               “Kalau tahu aku takyah makan

tadi,” jawab Ainna sedikit kesal.

               “Dah tadi kau kata lapar, angah

nak suruh adik tahan lapar kang mati kebulur adik aku ni,” tegas Wildan sebelum

bangun untuk ke kaunter pembayaran.

Ainna menyuruh

Wildan masuk dulu. Dia ingin pergi ke kedai 7E yang ada di sebelah restoran

itu. Niatnya untuk membeli sedikit makanan ringan untuk dibuat stok. Dalam leka

mencari barang yang diperlukan, Ainna terdengar ada suara yang memanggilnya.

Dia segera menoleh ke suara itu. Ainna agak terkejut melihat gerangan yang

memanggilnya sebelum bibirnya mengukir senyuman nipis kepada lelaki itu.

               “Eh!! Fikry buat apa kat sini?”

tanya Ainna sambil matanya memandang bakul yang dipegang oleh Fikry.

               “Teman awak beli barang,” jawab

Fikry dengan melepaskan tawa kecil.

Ainna

tersenyum nipis. ‘Tak lucu,’ desisnya dalam hati.

               “Sorang je?” tanya Ainna untuk

menyembunyikan rasa janggalnya dengan keadaan itu.

               “Haah. Saya ada meeting kejap

lagi dekat dekat sini. Tu yang singgah beli barang Raiq kejap,” ujar Fikry

sambil tangannya mengambil susu kotak yang ada di rak bersebelahan mereka.

Ainna

hanya mengangguk perlahan sebelum meminta diri untuk pergi ke bahagian lain.

Rasa canggung bila berbual berdua dengan lelaki yang baru dia temui.

Download NovelToon APP on App Store and Google Play

novel PDF download
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play