English
NovelToon NovelToon

It's Always You

Break Up

Vy termenung melihat birunya langit di luar tingkap kelasnya. Peristiwa kemarin terus mengganggu fikirannya. Terkadang sedih, seketika lega ada masa pula menyesali keputusannya memutuskan kekasihnya.

"Huh?! Putus?!!" Era seakan tidak percaya dengan apa yang di dengarnya.

"Hish, kau ni.. perlahan laa sikit" kata Vy sambil mencubit tangan rakannya itu.

"Yaa..putus..." sambungnya, memperpastikan apa yang di dengar sahabatnya itu.

"Tapi...kenapa hati aku sakit.? Macam aku pula yang di putuskan.." Vy meletakkan kepala di atas tanggannya sambil membuang kembali pandangannya di langit luas. Adegan dimana dia memutuskan kekasihnya mulai bermain dibenaknya.

...----------------...

Vy melangkah anak tangga demi anak tangga menuju kelas 4B. Dia sudah bulat hati walau sangat gementar. Inilah tabiatnya, walaupun sudah berpacaran selama 2 tahun tapi dia masih gugup bertemu kekasihnya itu. Mungkin kerana dia adalah kekasih pertamanya? Ya, tepat sekali. Pelajar lelaki itu sudah mencuri perhatiannya sejak kali pertama dia masuk ke kelas Vy. Dia ialah pelajar pindahan dari kelas lain. Gray Carefree, seperti namanya dia seorang yang berfikiran bebas. Tepatnya seorang budak nakal. Sebenarnya keterampilan dan perwatakkan mereka sangat bercanggah, dimana Vy adalah seorang murid pendiam dan tidak mudah bergaul dengan pelajar lain. Namun, entah mengapa dia sangat tertarik dengan murid yang bernama Gray Carefree itu.

Sambil menahan gejolak di hati, akhirnya dia sudah tiba di depan kelas 4B. Suasana sedikit sepi. Hanya kelibat 2 orang di dalam kelas tersebut, iaitu Gray dan temannya Leonard. Vy mengatur langkahnya mendekati Gray yang sedang duduk di atas meja. Keadaan cengang seketika. Vy seakan hilang ayat. Dia selalu begini, seperti orang bodoh ketika berhadapan dengan Gray. Gray juga tidak bersuara, dengan wajah tenang menatap Vy.

"Hai.." Vy membuka bicara. Leonard menjauh seakan memberi ruang untuk mereka berbicara.

"Hai juga" balas Gray. Dia masih dengan expresi wajah yang tenang.

"Apa khabar?" Vy melanjutkan perbualan.

"Baik" seketika Vy tersenyum dengan jawapan itu. Dia seakan tersedar bahawa soalannya itu sangat bonus, menanyakan soalan yang dia sebenarnya tahu. Mereka tidak bertemu setiap hari, walaupun sudah menjalin hubungan 2 tahun tetapi waktu berjumpa itu hanya berberapa kali sahaja itu pun tidak sampai 15 minit. Tapi apa yang dia boleh simpulkan, Gray tetap menjalani hari yang menyenangkan bersama rakan-rakannya. Selalu bermain dan sentiasa terlihat ceria.

"Mengapa tersenyum.?" soal Gray ketika melihat Vy tersenyum sendiri.

"Tiada apa-apa. Cuma teringat awak tertawa, main, having fun dengan kawan- kawan awak. of cause lah awak okay.." balas Vy sambil tersenyum seraya melihat lantai. Gray sebenarnya kurang faham maksud Vy. Sebab itulah dia hanya diam.

"By the way, sebenarnya saya nak jumpa awak ni sebab...saya rasa kita memang tak serasi."

Wajah Gray sedikit berubah. Untuk pertama kalinya dia membuang pandangannya menembusi figura Vy. Dia tidak lagi menatap Vy tapi tetap terdiam seribu bahasa. Untuk seketika, suasana menjadi sangat hening.

"Sudah fikir masak2?" soalan itu memecahkan keheningan yang di sambut dengan anggukan Vy. Suasana hening lagi sebelum Gray menyuruh Vy untuk pergi kerana ketika itu memang waktu untuk pelajar balik.

...----------------...

"Hishh! kau dah kenapa mengelamun?" suara dan pukulan Era membawa Vy ke realiti. Vy mengangkat kepala tidak bermaya.

"Kau kenapa break up?" nada suara Era jelas menentang keputusan Vy.

"Kata sayang laa, rindu laa, apa laa..ni last last nak break up"

"Kau tak faham Ra.. kami tak serasi."

"Kenapa? Apa yang tak serasi? Sebab dia bad boy?"

"No laa. Aku cuma rasa kami tak serasi je.. lagi satu aku sakit dengar gosip-gosip dia sedang date orang lain.." Vy memejamkan matanya. Sakit dicurangi itu seakan benar.

"Tapi itu gosip je kn.. bukannya betul pun" era cuba memadam keraguan vy.

"entah lah Ra..bukannya aku tak pernah nampak dia usik student lain" ungkapan vy itu tiba-tiba membawa ingatannya sendiri di tahun sebelumnya ketika mereka masih di gred 3, di mana dia melihat Gray sedang mengusik seorang pelajar perempuan ketika waktu pulang sekolah. seketika dia tiba-tiba menjadi geram mengingat senyuman Gray yang sedang berjalan bergandingan dengan pelajar perempuan tersebut.

...****************...

Di sisi lain, Gray masih bertingkah tenang di hadapan rakan-rakannya. Walaupun dia sebenarnya masih terpukul dengan perpisahan tersebut tetapi dia tidak ingin menunjukkannya kepada rakannya. Membiarkan pedih dihatinya terubati sendiri seiring waktu berjalan. Dia sejujurnya merasakan kehilangan namun dalam masa yang sama merasa dikhianati. Walaupun tampak tanpa expresi, dia sebenarnya selalu ingat akan Vy. Ya, itulah perempuan yang telah meluahkan perasaan suka padanya 2 tahun lalu. dan detik itu tidak akan pernah dia lupakan. Vyolet. Nama yang pendek namun meninggalkan impak yang dalam hidupnya.

dan begitulah dia menjalani hari berikutnya, tertawa dengan luka di hati.

Download NovelToon APP on App Store and Google Play

novel PDF download
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play