English
NovelToon NovelToon

Tailalat

Aiskrim

Di suatu karnival ... kelihatan seorang pemuda memakan aiskrim 🍦
Matthew
Matthew
*menjilat aiskrim dengan penuh semangat*
Pemuda itu yang bernama Matthew sibuk menjalankan kegiatannya memakan aiskrim sehingga dia terlanggar seseorang
Aiskrim itu pun terjatuh ke lantai akibat kecuaian Matthew yang terlanggar orang yang tidak bersalah
Matthew
Matthew
aduh terjatuh pulak! terbazir dua ringgit saya.
Matthew
Matthew
ish, orang itu tidak minta maaf pun melanggar saya
Malah Matthew salahkan orang lain dan bukan dirinya. Janganlah contohi insan ini.
Tiba-tiba, seekor monyet melompat ke depan Matthew.
Monyet itu melompat kegembiraan setelah melihat aiskrim yang terjatuh itu.
Matthew
Matthew
??
Monyet itu memakan aiskrim tersebut dengan gelojoh sekali.
Munyit
Munyit
OO OO AH AH
Matthew
Matthew
Eh eh kenapa ni?!
Munyit
Munyit
*memeluk kaki Matthew*
Matthew
Matthew
Hei lepaskan saya!
Monyet itu menganggap Matthew kononnya memberikan aiskrim itu kepadanya. Itulah sebab kenapa monyet itu memeluk kaki Matthew - sebagai tanda terima kasih.
Matthew
Matthew
Saya bayar untuk aiskrim itu dan awak free free sahaja memakan aiskrim itu. Dan sekarang awak tiba-tiba ingin mengotorkan seluar saya?!
Matthew segera berlari ke sebuah tandas awam untuk membersihkan kotoran di pakaiannya yang dilakukan oleh monyet tadi.
Lelaki itu tidak menyedari monyet itu dari tadi lagi mengekorinya hingga ke tandas
Matthew mendapat tahu yang monyet ini mengikutinya jadi dia memerangkap si monyet ke dalam salah satu tandas di situ. Akan tetapi, monyet itu akan terkunci di dalam selagi Matthew menahan pintu itu dari luar.
Matthew
Matthew
Hahaha! Sekarang badan berbulu awak tidak boleh keluar.
Munyit
Munyit
*Mengetuk pintu berhabis-habisan* Ooo ooo ah ah! Ooo ooo!
Matthew
Matthew
Oo oo ah ah! Saya harap itu ialah suatu perkataan makian dalam bahasa monyet awak.
Munyit
Munyit
Tolong buka pintu!
Matthew
Matthew
Hah? Awak boleh bercakap?
Matthew segera membuka pintu tandas itu dan ...
Munyit
Munyit
Apakah - apakah yang terjadi?? *dalam nada yang seperti tidak boleh menerima kenyataan*
Matthew
Matthew
Ke mana monyet itu menghilang?
Munyit
Munyit
*memandang ke Matthew* saya lah monyet itu!
(hadeh ktw ak buat dialog ni)
Munyit
Munyit
Saya sendiri pun tidak boleh percaya saya bertukar menjadi seekor manusia yang menjijikkan.
Matthew
Matthew
Hei hei, spesies awak itu yang menjijikkan sebab saya tahu kamu makan dengan kaki...
Munyit
Munyit
Apa yang menjijikkan makan dengan kaki?
Matthew
Matthew
Awak perlu belajar bagaimana hidup sebagai manusia ..
Munyit
Munyit
Tidak perlu kerana saya ingin menjadi monyet kembali!
Tiba-tiba seorang lelaki berjalan melalui mereka. Lelaki itu kehairanan tentang bagaimana perempuan boleh berada di dalam tandas lelaki.
Matthew
Matthew
Oh, awak perlu keluar dari sini. Ini tandas lelaki.
Matthew mengiringi monyet yang bertukar menjadi seorang gadis jelita itu keluar daripada tandas.
Munyit
Munyit
Awak kena bantu saya untuk menjadi seekor monyet kembali!
Matthew
Matthew
Janganlah jerit macam begitu. Malu kalau orang lain dengar , tahu tak? Nanti orang fikir awak ini hisap syabu.
Munyit
Munyit
Apa itu syabu?
Matthew
Matthew
Tidak apalah.
Matthew
Matthew
Sebenarnya mungkin saya yang hisap syabu sekarang. Seekor monyet menjadi manusia? Tidak logik langsung!
Matthew
Matthew
Nampaknya saya perlu pergi ke hospital mental .
Munyit
Munyit
*Memandang Matthew dengan penuh kebingungan*
Munyit
Munyit
Tolonglah saya ... saya rindu bergayut-gayut di pokok.
Matthew
Matthew
Bagaimana? Saya tidak tahu pun macam mana kamu boleh menjadi manusia. Apa lagi kalau tukar kamu balik menjadi monyet.
Munyit
Munyit
Nampaknya terpaksalah saya menjalani kehidupan sebagai seekor manusia.
Matthew
Matthew
Maksud awak, "seorang" manusia?
Munyit
Munyit
Mana-manalah.
Matthew
Matthew
Awak ada tempat tinggalkah? Yang bukan terletak di hutan.
Munyit
Munyit
Tiada. Mestilah tiada.
Matthew
Matthew
Oh ya ya .. *menggaru kepala dengan kekok*
Matthew
Matthew
Ikutlah saya ke apartment saya.
Munyit
Munyit
*mengangguk*
Beberapa minit kemudian setelah mereka sampai ke apartment Matthew.
Matthew
Matthew
Maaf, tempat ini agak berselerak. Bukannya saya selalu dapat tetamu pun.
Munyit
Munyit
Kenapa pula awak tidak dapat banyak tetamu?
Matthew
Matthew
Saya ini agak kesunyian sebenarnya. Tapi apa saya peduli? Saya bahagia saja menjadi sunyi.
Matthew
Matthew
*pergi duduk ke atas sofa dan segera membuka TV*
Munyit
Munyit
Apa tu?
Matthew
Matthew
Apa yang apa?
Munyit
Munyit
Benda yang- hm entahlah saya tidak tahu bagaimana nak ungkapkan.
Matthew
Matthew
Maksud awak televisyen? Atau TV
Munyit
Munyit
Oh ya, tele... telereviyusyen *kesusahan menyebut*
Matthew
Matthew
*ketawa* *menegaskan perkataan* Televisyen.
Munyit
Munyit
Ok itu tidak lagi penting bagi saya.
Matthew
Matthew
Panggil saja benda itu TV kalau kesusahan sangat.
Munyit
Munyit
Saya kata itu tidak lagi penting.
Matthew
Matthew
Janganlah marah, monyet.
Munyit
Munyit
...
Matthew
Matthew
Oh ya. Awak ada nama tak?
Munyit
Munyit
...
Matthew
Matthew
Awak nak saya namakan untuk awak atau apa?
Munyit
Munyit
Baiklah.
Matthew
Matthew
Saya rasa nama yang sesuai untuk awak ialah Zoe.
Munyit
Munyit
Saya tidak berapa suka akan nama itu.
Matthew
Matthew
Saya rasa nama tu cantik. Tapi baiklah.
Matthew
Matthew
Kalau Zara?
Munyit
Munyit
Mungkin tidak.
Matthew
Matthew
Bagaimana dengan Nora?
Munyit
Munyit
Bagus juga nama tu. Mulai hari ini nama saya ialah Nora. *dengan semangat*
Matthew
Matthew
Oh. Nama saya Matthew ... selamat berkenalan.
Pada malam itu ...
Matthew
Matthew
Hari sudah malam. Awak nak tidur di mana?
Nora
Nora
Saya rasa saya agak selesa baring di situ *menunjuk ke suatu arah*
Arah yang ditunjukkan oleh Nora mengejutkan Matthew.
Matthew
Matthew
Awak ini serius mahu tidur atas situ? Atas meja makan?
Nora
Nora
Mana lagi tempat sesuai?
Matthew
Matthew
Saya boleh bagi awak tidur atas sofa. Lagi lembut permukaannya.
Nora
Nora
Baik.
Matthew juga menyediakan Nora selimut.
Selepas itu, Matthew pergi ke bilik tidurnya lalu baring ke atas katil yang empuk.
Matthew
Matthew
NovelToon
Matthew
Matthew
Mungkin monyet itu akan kembali normal keesokan hari ni. Selepas itu saya tidak akan diganggu lagi.
Matthew
Matthew
Tapi ...
Matthew
Matthew
Jika difikirkan balik ... cantik juga monyet itu.
Matthew
Matthew
Mesti ramai monyet jantan yang terpikat.
Matthew menutup matanya dengan perlahan-lahan dan mula bermimpi ...

Download NovelToon APP on App Store and Google Play

novel PDF download
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play