English
NovelToon NovelToon

TSUKASA,ISTERIKU YANG ABADI

Permulaan cinta pertama

TSUKASA, seorang isteri yang begitu cantik.Dia seorang yang prihatin Dan bertanggung jawab kepada orang yang disayanginya.Dia juga pandai melakukan pelbagai perkara

Pada suatu malam,Nasa sedang berjalan-jalan di kawasan taman.Dia keluar rumah kerana merasa bosan di rumah.Semasa dia berjalan-jalan mengambik angin malam,dia melihat seorang wanita duduk di atas kerusi yang terletak di tepi taman bunga.

Nasa terkejut! Pertama Kali dia melihat seorang yang begitu cantik macam bidadari dari syurga.Dia menegur wanita itu, tetapi, wanita itu tiba-tiba berdiri Dan berjalan menuju ke arah bas yang Baru tiba.Nasa mengekori wanita tersebut yang masuk ke dalam bas.Nasa duduk di tepi wanita itu.Dia menanyakan nama wanita itu Dan wanita tersebut menjawab dengan lembut "namaku Tsukasa" Nasa tersenyum malu selepas mendengar suara nya yang lembut.Selepas mereka berkenalan antara satu sama lain,bas mereka tiba di tepi stesen bas.

Nasa yang melihat kecantikan Tsukasa merasa dia telah menjumpai cinta pertamanya di dalam hidupnya.Dia terlalu fokus melihat Tsukasa melintas jalan sehingga dilanggar oleh sebuah kereta.Nasa tercedera,tangannya sedikit terluka dan kakinya telah terseliuh yang mengakibatkan dia tak boleh berjalan.Tsukasa yang melihat kejadian itu,segera berlari untuk menolong Nasa.Orang ramai segera membantu Nasa Dan meletakkannya di atas kerusi di tepi stesen bas.Tsukasa mengelap darah yang keluar dari tangan Nasa dengan sapu tangannya,Nasa yang melihat Tsukasa berada di depannya merasa sangat bahagia seperti melihat bidadari dari syurga.Sebelum Ambulans tiba,Nasa menyatakan cintanya kepada Tsukasa.Tsukasa terdiam Dan mengatakan dia akan ke rumahnya selepas dia sembuh.

Sebulan kemudian,selepas Nasa sembuh,dia pulang kerumah Dan terus tidur di atas katil kerana keletihan.Dia terus tidur hingga terbit fajar di pagi hari.Semasa dia tengah menyediakan sarapan,dia terdengar suara ketukan pintu dari luar rumah.Nasa terus berjalan menuju pintu rumahnya Dan membuka pintu tersebut.Dia terkejut! Dia melihat sosok bidadari buat Kali kedua dalam hidupnya,Tidak lain,tidak bukan kecuali Tsukasa,iaitu cinta pertamanya di taman itu.Hati Nasa merasa berdebar dan gembira kerana Tsukasa datang kerumahnya.Tsukasa menanyakan khabarnya,"Awak dah sihat?" Nasa menjawab "Saya dah pulih,hmm.. Macam mana dengan soalan saya pada malam tu?" Tsukasa menjawab "Saya setuju tapi saya taknak kita bercinta dulu tapi saya nak kita kahwin dulu" Jantung Nasa berdebar dengan sangat kencang,Pertama Kali dia merasa sangat gembira yang luar biasa dalam hidupnya, mulut nya tak berkata-kata

dia terus memeluk Tsukasa Dan mengatakan "adakah awak benar-benar mencintai saya?"

Tsukasa menjawab "Ya sayangku" muka Nasa tiba-tiba memerah Dan dia terdiam.Dia terlalu bahagia sehingga tak mampu berbuat apa-apa.Tsukasa menjawab "Esok kita pergi ke pejebat pendaftaran perkahwinan ya" Nasa menjawab "Baiklah bakal ISTERIKU" Mereka kemudian pergi sarapan bersama-sama di meja makan di rumah Nasa tersebut

Pada waktu malam,mereka bersiar-siar di taman bunga yang sangat indah Dan cantik.Mereka berjalan sambil berpegangan tangan Dan menikmati keindahan malam yang sangat indah.Mereka duduk di bangku sambil menyaksikan bulan mengambang.mereka sempat berciuman sebelum pulang ke rumah masing-masing

Bersambung......

Download NovelToon APP on App Store and Google Play

novel PDF download
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play