Malam yang sunyi dan indah disinari dengan cahaya lampu bagunan dan kereta di sekeliling aku. Aku menaiki kereta menuju sebuah 7 Eleven yang berada di bandar ketika malam itu. Apabila aku tiba di destinasi aku , aku mengambil beberapa minuman dan pergi ke kaunter . Ketika akumdalam perjalanan ingin ke kaunter aku terlanggar sesosok wanita yang cantik dan anggun . Wanita itu meminta maaf kepada ku dan bergegas keluar , apabila dia keluar dia terjatuhkan dompetnya. Lalu aku mengambil dompet itu dan berlari mencari wanita tadi , aku melihat dia sedang tercari cari dompet dan aku menghampiri untuk memberikan dompet miliknya. Ketika dia bertanya kepada ku siapa namaku lalu aku berkata " Hanz" . Perempuan itu terus tersenyum mengucapkan terima kasih dan mengucap semoga kita bertemu lagi Hanz. Setelah itu aku sudah tidak melihat sosok wanita itu lagi, ketika aku ingin pulang ke rumah aku melihat keadaan rumah dalam keadaa gelap dan sepi "ini bukan sesuatu yang biasa dilakukan oleh keluargaku". Lalu aku memasuki pintu rumah dan memberi salam tetapi tiada satu respon dari dalam rumah ketika aku menoleh ke kiri aku dipukul menyebabkan kepala aku dalam sakit dan mata aku semakin lama tidak dapat melihat cahaya dari pintu. Sosok itu lalu menyimbah minyak dan dia mengucapkan "good night". Sosok itu mencampakan mancis ke dalam rumah lalu pergi. Tanpa aku sedari aku ditarik oleh seseorang dan keluar dari rumah lalu sosok itu menyedarkanku dari pingsan rupa rupanya sosok itu ialah pembantu rumah keluarga ku dia mengangkatku dan membawaku masuk kedalam kereta . Lalu dia memandu menujunke hospital berdekatan untuk meminta bantuan ketika dalam perjalanan kami dilanggar oleh sebuah lori menyebabkan kereta kami terbalik dan kami mengalami cedera yang parah . Ketika aku hampir menutup mataku aku terlihat sebuah logo naga yang berda di pintu lori itu.
Setibanya di destinasi, aku keluar dari kereta dan mengambil beberapa minuman dari rak. Aku berjalan perlahan ke kaunter sambil mengamati sekeliling. Cahaya lampu neon memantul pada lantai yang sedikit basah, menambahkan suasana yang dingin dan sunyi. Tiba-tiba, langkahku terhenti kerana aku terlanggar seorang wanita.
Dia cantik, anggun, dan ada sesuatu yang memikat pandanganku—mata yang tajam tapi penuh misteri, rambutnya yang terurai tertiup angin malam, membuatkan aku terpaku sejenak.
“Maafkan saya!” katanya sambil bergegas pergi. Namun, tanpa sengaja, dompetnya terjatuh ke lantai. Tanpa fikir panjang, aku mengambilnya dan berlari mengejarnya, berharap sempat mengembalikannya sebelum dia hilang di antara kereta dan lampu-lampu neon.
Dia kelihatan cemas, sedang mencari-cari sesuatu di sekelilingnya. Aku menghampiri dan menyerahkan dompet itu kepadanya.
Dia membuka dompet itu, matanya tertumpu pada sebuah kad nama yang tertanggal dari dompetku.
“Oh… jadi namamu Hanz?” katanya perlahan sambil tersenyum manis.
“Ya,” jawabku, sedikit gugup tetapi lega, rasa aneh menghentak di dalam dada.
“Terima kasih… semoga kita bertemu lagi, Hanz,” katanya sambil melangkah pergi. Aku hanya mampu menatapnya, namun sebelum sempat aku memberi respons, dia sudah hilang di sebalik lampu-lampu malam, meninggalkan rasa ingin tahu yang aneh dalam hati.
Perjalanan pulang terasa semakin aneh. Rumahku gelap dan sunyi, seolah-olah menelan setiap bunyi dan bayangan di sekeliling. “Ini bukan sesuatu yang biasa dilakukan oleh keluargaku,” aku berbisik dalam hati. Aku membuka pintu dan memberi salam… tetapi tiada jawapan. Hanya kesunyian yang menyambutku. Suara angin malam berdesir di celah tingkap, menambahkan rasa dingin yang menakutkan.
Tiba-tiba, aku dipukul di kepala. Sakitnya menusuk, membuat pandanganku kabur, dan seluruh badan terasa lemah. Sosok itu menyimbah minyak ke lantai dan berkata dengan dingin, “Good night.” Dia mencampakkan mancis ke dalam rumah dan pergi begitu sahaja, meninggalkan bau hangus dan rasa takut yang mendalam.
Sebelum aku sempat bangkit, aku ditarik keluar dari rumah. Sosok itu rupanya pembantu rumah keluargaku. Dengan hati-hati, dia mengangkatku ke dalam kereta, dan memandu menuju hospital terdekat. Hatiku masih berdegup kencang, dan aku cuba memahami apa yang baru saja berlaku.
Namun, malang belum berakhir. Dalam perjalanan, sebuah lori melanggar kereta kami. Kenderaan kami terbalik, dan aku merasakan kesakitan yang amat sangat di seluruh badan. Setiap bunyi siren dan dentuman terasa seperti mengoyak kepala dan hatiku, menambahkan rasa panik yang sukar ditahan.
Saat hampir menutup mata kerana kesakitan, aku ternampak logo naga yang terpahat di pintu lori itu—simbol yang membuat darahku berderau, dan hati ini dipenuhi rasa takut yang sukar dijelaskan. Sesuatu tentang simbol itu terasa… misteri dan menakutkan, seolah-olah menyimpan rahsia yang belum aku ketahui.
Di dalam kegelapan yang pekat, Hanz melihat sebuah tragedi yang amat malang menimpa keluarganya. Api marak menyala, diselangi jeritan yang memecahkan keheningan malam. Bau asap dan darah seolah-olah masih melekat di deria hidungnya. Walaupun dia tahu itu hanyalah mimpi, kesakitan yang dirasainya terlalu nyata, seakan-akan tubuhnya benar-benar berada di tempat kejadian. Mimpi ngeri itu tidak pernah berhenti menghantuinya, sentiasa bermain di dalam fikiran setiap kali dia cuba untuk lena.
Tiktiktik… tiktiktik…
Bunyi itu kedengaran berulang kali, perlahan tetapi jelas. Bunyi tersebut menarik Hanz keluar dari kegelapan mimpinya. Dia mengerang kecil sebelum cuba membuka matanya. Pandangannya kabur, seolah-olah dunia di sekelilingnya diselubungi kabus putih. Perlahan-lahan, bentuk siling dan cahaya lampu menjadi semakin jelas. Bau ubat-ubatan menusuk ke hidungnya.
Dalam samar penglihatannya, Hanz ternampak sesosok tubuh berpakaian putih berdiri berhampiran katilnya. Sosok itu kelihatan seperti seorang jururawat. Tidak lama kemudian, dia terdengar suara itu berkata dengan nada rendah,
“Inspektor, dia telah terjaga.”
Langkah kaki yang berat kedengaran menghampiri. Hanz memalingkan kepalanya dan melihat seorang lelaki bertubuh tinggi dan berbahu bidang berdiri di sisi katil. Wajah lelaki itu serius, penuh dengan garis keletihan, namun matanya tajam dan penuh penelitian, seolah-olah sedang menilai setiap gerak-gerinya.
“Hanz, adakah kamu sudah sedar?” tanya lelaki itu.
Hanz terdiam. Nama itu kedengaran asing di telinganya, namun pada masa yang sama, jantungnya berdegup sedikit laju. Dia mengerutkan dahi, cuba mencari sesuatu di dalam fikirannya, tetapi tiada apa yang muncul selain kekosongan.
“Saya rasa encik tersalah orang,” jawab Hanz perlahan, suaranya serak dan lemah.
Lelaki itu mengangguk kecil. “Hmmm…”
“Nampaknya dia mengalami hilang ingatan selepas kemalangan pada malam itu. Ini akan menyusahkan lagi kerja aku,” katanya perlahan, seolah-olah bercakap kepada dirinya sendiri.
Lelaki tersebut kemudian duduk di kerusi di sisi katil Hanz. Nada suaranya berubah menjadi sedikit lembut. “Adakah kamu masih ingat nama kamu sendiri?”
Hanz menggelengkan kepala. Kepalanya terasa berat dan sakit, seperti ditekan dari dalam. Lelaki itu menarik nafas panjang sebelum berkata,
“Nama kamu ialah Seer Hanz. Saya seorang inspektor polis yang menyiasat kes kemalangan kamu. Bolehkah saya menyoal siasat kamu sedikit?”
Hanz mengangguk perlahan. “Apa yang tuan inspektor mahu soal saya? Adakah saya ada melakukan kesalahan?”
Inspektor itu memandang tepat ke dalam mata Hanz. “Adakah kamu langsung tidak mengingati apa yang berlaku kepada kamu pada malam kemalangan itu?”
Soalan itu seolah-olah mencetuskan sesuatu di dalam fikirannya. Tiba-tiba, kepalanya berdenyut kuat. Rasa mual mula menjalar. Bunyi-bunyi aneh bergema di telinganya, bercampur dengan suara jeritan yang samar. Potongan-potongan ingatan muncul—lampu kereta yang menyilaukan mata, bunyi brek yang nyaring, jeritan seseorang memanggil namanya, dan wajah-wajah yang dipenuhi ketakutan.
“Urghhhh!!!” jerit Hanz sambil memegang kepalanya.
Tubuhnya mula meronta kesakitan. Inspektor segera bangun dan menahan bahunya. “Bertenang, Hanz! Jururawat!” jeritnya.
Beberapa saat kemudian, jururawat bergegas masuk ke dalam bilik. Tanpa berlengah, jururawat menyuntik ubat penenang ke dalam lengan Hanz. Perlahan-lahan, jeritannya terhenti. Nafasnya kembali teratur sebelum matanya tertutup rapat.
Inspektor berdiri di sisi katil, memandang wajah Hanz yang kini tenang. Dia menghela nafas panjang. Kini dia pasti—Seer Hanz benar-benar mengalami hilang ingatan. Namun nalurinya mengatakan bahawa kemalangan itu bukan sekadar kemalangan biasa. Kebenaran masih tersembunyi di dalam minda Hanz, menunggu masa untuk muncul semula.
Dan apabila ingatan itu kembali, segalanya pasti akan berubah.
Selepas beberapa jam, Hanz tertidur akibat daripada kesan ubat tidur itu. Hanz mula terjaga dan melihat di sampingnya ada seorang inspektur yang masih menunggu dirinya tersedar daripada tidur.
“Terjaga juga kamu,” kata inspektur itu.
“Berapa lama aku tertidur, tuan?” tanya Hanz kepada inspektur tersebut.
“Kira-kira kau terlelap dalam masa satu jam.”
Semasa mereka sedang berbual, tiba-tiba lampu di ruangan itu mati. Inspektur pergi melihat persekitaran di luar bilik itu dan mendapati satu bangunan sedang mengalami perkara yang sama.
“Hanz, kamu rasa kamu boleh berjalan tak?” tanya inspektur itu kepada Hanz.
“Aku boleh, tuan,” kata Hanz.
Hanz mencuba untuk berdiri dan berjalan menuju ke arah inspektur.
“Baik! Jom ikut aku untuk periksa bekalan elektrik di bahagian pintu kecemasan.”
Semasa inspektur dan Hanz berjalan di koridor yang sangat sepi itu, dalam kegelapan terdengar bunyi tapak kaki yang semakin menghampiri ke arah mereka. Apabila mereka menoleh, kelihatan sosok tinggi yang berpakaian sangat tertutup sedang memegang sebilah pisau dan menuju ke arah mereka dengan pantas.
“Ke tepi!!” kata inspektur itu kepada Hanz.
Inspektur itu menolak Hanz ke belakangnya dan menahan serangan pisau lelaki tersebut.
“Lari, cari tempat untuk bersembunyi!” jerit inspektur.
Hanz berlari dengan pantas dalam kegelapan untuk mencari tempat bersembunyi. Dalam keadaan Hanz melarikan diri, inspektur sedang bergelut dengan sosok lelaki yang membawa pisau itu.
“Siapa kau? Apa yang kau mahukan?” kata inspektur itu sambil menahan lelaki tersebut daripada terus maju mengejar Hanz.
Lelaki itu hanya berdiam diri dan terusmenyerang inspektur. Semasa mereka bergelut, inspektur mendapati lelaki itu bertangan kidal dan mempunyai ketinggian yang hampir sama dengannya. Lelaki itu sangat lincah, membuatkan inspektur berada dalam kesulitan untuk menghadapinya. Inspektur mengalami beberapa calar di bahagian tubuh badan dan kakinya.
Di dalam kegelapan yang sangat gelap, Hanz berlari dengan pantas dan mencari ruang untuk bersembunyi. Dalam pandangannya, dia melihat sebuah pintu yang terbuka luas. Hanz terus menuju ke arah pintu tersebut.
Apabila dia memasuki ruangan itu, dia cuba meraba-raba dinding dan mencari sebuah kabinet. Namun, Hanz terjatuh akibat tersadung sesuatu yang besar di lantai ruang itu. Hanz mendapati bajunya terasa lembap dan berbau sangat hanyir.
Secara tiba-tiba, bekalan elektrik kembali pulih dan ruangan itu menjadi sangat terang. Dalam tatapan Hanz sekarang terdapat sebuah mayat di lantai dengan bajunya berlumuran darah. Hanz mula berasa pening dan menggigil kerana ingatan masa lalu masih menghantui dirinya.
Tiba-tiba seorang perawat melintasi ruangan itu dan melihat Hanz yang berlumuran darah.
“Arghhhhh!!! Ada pembunuh! Tolong!”
Jeritan itu didengari oleh inspektur yang masih bergelut dengan lelaki misteri tersebut. Lelaki itu tiba-tiba menolak inspektur sehingga terjatuh dan kepalanya terbentur pada kerusi pesakit di koridor tersebut.
Selang beberapa lama kemudian, inspektur dibangunkan oleh Hanz dengan wajah yang gelisah. Inspektur melihat sekeliling dan mendapati lelaki tersebut telah melarikan diri.
“Mana lelaki yang menyerang kita tadi?” tanyanya.
“Tak tahu, tuan. Saya berlari dari bilik bedah kerana ada perawat nampak saya pegang mayat. Mesti saya disyaki sebagai pembunuh sekarang,” kata Hanz dengan cemas.
Tiba-tiba kedengaran bunyi siren di luar hospital itu.
“Apa saya nak buat ni, tuan? Polis dah sampai. Mesti saya sudah dicap sebagai pembunuh,” kata Hanz dengan perasaan takut.
“Relakslah, biar aku urus hal ini,” kata inspektur kepada Hanz dengan penuh keyakinan.
Hanz dan inspektur keluar dari pintu masuk utama hospital untuk berbincang dengan pegawai polis tersebut. Malangnya, Hanz terus ditahan. Namun, polis memberitahu inspektur bahawa Hanz perlu dibawa ke balai polis terlebih dahulu untuk memberi keterangan dengan lebih lanjut.
Apabila tiba di balai polis, Hanz memberi keterangan tentang kejadian yang berlaku di hospital tadi. Walaupun Hanz memberi keterangan dan alibi yang kukuh, polis masih berasa curiga terhadap keterangannya.
Inspektur cuba berbincang dengan pegawai polis tersebut. Hanz hanya melihat perbincangan mereka dari kejauhan. Inspektur cuba merayu agar Hanz dibebaskan, namun raut wajah inspektur berubah menjadi kecewa. Pegawai polis kemudian menghampiri Hanz.
“Maaf encik, kami perlu menahan encik sementara waktu untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut,” kata pegawai polis sambil menggari tangan Hanz.
Hanz terpaksa akur dengan penyataan tersebut, lalu dia dibawa pergi untuk dimasukkan ke dalam sel tahanan sementara.
“Jangan risau, aku pasti akan membebaskan kau nanti!” jerit inspektur kepada Hanz.
Dalam sel, Hanz meratapi nasibnya. Pada pukul 11:30 malam, pintu sel dibuka oleh salah seorang pegawai polis. Inspektur masuk ke dalam sel dan menghulurkan tangannya kepada Hanz.
“Jom keluar.”
Download NovelToon APP on App Store and Google Play