Pelbagai jenayah dilakukan oleh manusia untuk dapatkan apa yang diidamkan tanpa mempedulikan kesan daripada perbuatan tersebut
Rakyat Southia adalah contoh betapa teruknya menjadi penduduk kepada sebuah negara yang lebih popular sebagai pusat jenayah dunia dimana nama khas ini diberikan oleh pemimpin dari semua negara di dunia
Kadar jenayah tidak pernah mengalami penurunan walaupun sudah banyak cara kerajaan Southia lakukan menyebabkan penduduk mula kehilangan harapan terhadap negara ini
Tetapi bagi penduduk dari daerah Elara yang terletak di utara Southia, perkara begitu hanya memberi sedikit kesan kepada mereka. Ia disebabkan Elara satu-satunya dari lima daerah Southia mempunyai purata jenayah sangat rendah
Teori dan konspirasi bermunculan seperti kecekapan pihak berkuasa daerah Elara, perlindungan yang diberikan oleh negara luar dan penjenayah kurang berminat dengan daerah Elara. Tiada satu pun hampir tepat.
Enam tahun kemudian, satu kontroversi mula timbul apabila seorang lelaki menyerah diri kepada polis memberi keterangan bahawa dia diserang oleh dua orang berpakaian seragam sekolah selepas dia merosakkan harta awam
Sejak daripada itu, beberapa penjenayah juga menyerah diri dan memberi keterangan yang sama, bahkan paling terkenal ialah mayat penjenayah ditemui oleh wanita di tepi jalan. Rakyat melihat peristiwa ini sebagai suatu perubahan yang baik dalam menentang maraknya jenayah
Berbeza pula dengan pihak kerajaan yang justru memandang negatif kerana berkemungkinan besar para penjenayah akan mula lebih menyasarkan sektor pendidikan lebih kerap. Jika dibiarkan, semakin ramai golongan muda dalam bahaya
Negara Southia dikecam oleh pelbagai organisasi kemanusiaan dan negara lain atas kelemahan sistem polis serta undang-undang. Tidak sedikit juga organisasi jenayah terkemuka mengancam presiden Southia untuk tetap membiarkan jenayah berlaku
Media sosial tidak terkecuali daripada konflik panjang ini apabila banyak pengguna mula rasis terhadap rakyat Southia dengan membuat panggilan ejekan namun yang paling popular ialah 'Criminalian' atau bermaksud rakyat penjenayah
Orang Southia jarang dibenarkan memasuki negara lain ketika melancong. Terdapat stereotaip dimana jika berlaku sesuatu berkaitan kerugian atau kematian, orang Southia akan disalahkan sebagai puncanya
Download NovelToon APP on App Store and Google Play