English
NovelToon NovelToon

THE MAFIA'S GIRL

BAB 1

17 Tahun Kemudian .....

Arissa kini berumur 19 tahun.

Dia tinggal seorang diri di sebuah apartment kecil yang pernah menjadi tempat tinggal bersama mama dan ayahnya suatu ketika dahulu. Selepas insan yang paling dia sayangi, apartment itu menjadi satu-satunya tempat yang masih menyimpan kenangan lama dalam hidupnya.

Walaupun ruangnya tidak terlalu besar, bagi Arissa tempat itu cukup bermakna. Setiap sudut rumah itu mempunyai cerita tersendiri. Meja makan yang pernah menjadi tempat mereka menikmati sarapan bersama.Sofa lama yang menjadi tempat dia bercerita tentang hari-harinya ketika masih kecil.

Dan bingkai gambar keluarga yang masih tersusun kemas di atas rak ruang tamu.

Semuanya masih ada... Kecuali mereka.

Arissa sudah terbiasa dengan kehidupan yang sunyi. Setiap pagi dia akan bangun seorang diri. Menyediakan sarapan untuk dirinya sendiri. Pergi bekerja. Dan pulang ke rumah yang hanya ditemani bunyi jam berdetik perlahan.

Kadang-kadang, dia merindui masa lalu. Masa ketika dia masih mempunyai seseorang untuk menunggunya pulang. Namun, semua itu hanyalah kenangan yang tidak akan kembali.

Sejak kecil, Arissa tidak pernah tahu banyak tentang keluarga sebelah ayahnya.Setiap kali dia bertanya tentang masa lalu ayahnya, mama hanya akan memberikan jawapan yang sama." Arissa, tak semua perkara dalam hidup kita perlu kita tahu. Ada perkara yang lebih baik kita biarkan berlalu."

Pada mulanya, Arissa tidak memahami maksud kata-kata itu.Tetapi semakin dia membesar, semakin dia sedar bahawa mama seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu.

Malam itu, seperti biasa, Arissa singgah ke sebuah kedai serbaneka yang terletak tidak jauh dari apartmentnya. Setelah membeli beberapa barang keperluan, dia melangkah keluar sambil memegang dua beg plastik di tangannya. Dia melihat jam di telefon bimbitnya. Sudah hampir pukul sebelas malam.

"Kalau ikut jalan besar, lambat pula sampai rumah..." bisiknya perlahan.

Tanpa berfikir panjang, Arissa memilih lorong yang sering digunakannya sejak dahulu. Lorong itu lebih pendek walaupun agak sunyi dan gelap. Selama ini tiada apa-apa yang pernah berlaku, jadi dia tidak pernah berasa takut untuk melaluinya seorang diri.

Namun...

Malam itu berbeza.

Beberapa langkah di hadapan, bunyi pintu kereta ditutup dengan kuat membuatkan langkah Arissa terhenti. Dia mengerutkan dahi lalu memandang ke arah bunyi tersebut. Sebuah kereta mewah berwarna hitam diparkir di tepi lorong, manakala beberapa lelaki berpakaian serba hitam sedang berdiri mengelilingi seseorang yang sedang melutut.

Perasaan ingin tahu membuatkan Arissa melangkah setapak ke hadapan.

Saat itulah...

Dia melihat seorang lelaki tinggi berbadan tegap berjalan perlahan ke arah lelaki yang sedang melutut itu. Sut hitam yang dipakainya kelihatan kemas, manakala wajahnya yang dingin langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan.

"..."

BANG!

Tubuh lelaki yang melutut itu rebah serta-merta.

Mata Arissa terbeliak.

Beg plastik di tangannya terlepas jatuh ke tanah.

"Ya Allah..."

Suaranya hampir tidak kedengaran.

Tanpa disedari...

Lelaki itu mengangkat kepalanya.

Tatapan mata mereka bertemu.

Untuk beberapa saat...

Masa seolah-olah terhenti.

"Boss..."

Salah seorang bodyguard bersuara perlahan.

"Ada orang nampak."

Lelaki itu memandang tepat ke arah Arissa.

Dengan suara yang dingin, dia berkata,

"Kejar dia."

Barulah Arissa tersedar daripada lamunannya. Dia terus berpusing dan berlari sekuat hati meninggalkan lorong itu, sedangkan air matanya sudah mula mengalir tanpa henti.

BAB 2

Kelopak mata Arissa bergerak perlahan sebelum terbuka sedikit demi sedikit. Pandangannya masih kabur, kepalanya terasa berat seolah-olah baru terjaga daripada mimpi yang sangat panjang. Dia mengerutkan dahi sambil memandang siling putih yang dihiasi lampu kristal mewah.

Beberapa saat kemudian, dia terus bangun daripada pembaringannya apabila menyedari bilik yang berada di hadapannya langsung tidak dikenalinya. Katil bersaiz king, langsir hitam yang menutupi tingkap besar serta almari kayu yang kelihatan begitu mahal membuatkan jantungnya berdegup semakin laju. "Aku... dekat mana ni?" bisiknya perlahan sebelum turun daripada katil dan berlari menuju ke arah pintu. Tombol pintu dipulas berkali-kali, namun tetap tidak terbuka.

Nafasnya semakin laju. Perasaan panik mula menguasai diri. Tanpa berfikir panjang, dia mengetuk pintu itu sekuat hati sambil air matanya mula mengalir. "Tolong! Tolong buka pintu! Saya nak balik... tolonglah lepaskan saya , saya merayu sangat !" rayunya berulang kali sehingga kedua-dua tapak tangannya mula terasa sakit. Aduhh , sakit pulakk , Ya Allah , tolongg hambamu ini katanya dalam hati ..

Tidak lama kemudian, pintu itu terbuka dari luar. Namun, apa yang membuatkan Arissa semakin lemah ialah apabila dia melihat empat orang lelaki berbadan tegap berpakaian serba hitam sedang berdiri di hadapannya. Wajah mereka langsung tidak menunjukkan sebarang riak. Arissa mengundur beberapa langkah sambil menggeleng berkali-kali. Apa yang aku rasa sekarang ni , cuma Allah je yang tauu , "Tolong... saya tak buat salah apa-apa. Saya cuma nak balik rumah."

Salah seorang daripada mereka hanya memandangnya seketika sebelum berkata dengan nada yang sopan, "Maaf, cik. Encik Arian tidak membenarkan cik keluar."

Jawapan itu membuatkan air mata Arissa semakin deras mengalir. "Kenapa? Saya cuma lalu situ saja... saya tak sengaja tolongg laa lepaskan laa saya pliss ..." katanya dalam keadaan teresak-esak sambil cuba melepasi mereka, namun langkahnya dihalang.

Dia akhirnya terduduk di lantai, memeluk kedua-dua lututnya sambil menangis tanpa henti. Ketakutan yang dirasainya ketika melihat pembunuhan malam tadi masih belum hilang, malah kini bertambah apabila dia sedar dirinya benar-benar telah diculik. Tak tau nak buat apa sekarang niii , aku nak keluar , pliss laa nak je aku cakapp dengan diorang niii , woii aku nak keluar jangan sampai aku lempang muka kang , tapii aku takut , sumpah aku takut , ehh kalau aku buat macam tu , tak silap hari bulan aku yang kena bunuh , Adoiiiii.

Tiba-tiba, bunyi tapak kasut bergema di koridor. Tap... tap... tap... Keempat-empat bodyguard itu segera berdiri lebih tegak sebelum menundukkan kepala. "Boss." Seorang lelaki tinggi melangkah masuk dengan wajah yang masih sama seperti malam tadi—dingin, bengis dan sukar dibaca.

Sut hitam yang dipakainya masih kelihatan kemas, manakala sepasang mata tajam itu terus memandang ke arah Arissa tanpa berkedip.

Lelaki itu tidak berkata apa-apa selama beberapa saat, sebaliknya hanya memberi isyarat kepada semua bodyguard supaya keluar. Sebaik sahaja pintu ditutup, suasana bilik itu bertukar menjadi sunyi sehingga bunyi tangisan kecil Arissa dapat didengari dengan jelas.

Arian masih berdiri di tempatnya, kemudian perlahan-lahan melangkah menghampiri gadis itu sebelum berhenti beberapa langkah di hadapannya. Dengan suara yang rendah tetapi cukup membuatkan sesiapa sahaja gentar, dia bersuara, "Siapa yang hantar kau?"

BAB 3

Arissa yang sejak tadi terduduk di atas lantai hanya mampu menggeleng berkali-kali. Air matanya masih belum berhenti mengalir, malah semakin deras apabila melihat lelaki yang berdiri di hadapannya itu. Wajahnya yang tampan langsung tidak mampu menghilangkan rasa takut yang sedang menyelubungi dirinya. Tatapan mata lelaki itu terlalu tajam, terlalu dingin sehingga membuatkan seluruh tubuhnya menggeletar. Dia menundukkan wajah, cuba mengelak daripada bertentang mata dengannya.

"Saya... saya tak faham apa yang awak cakap..." balasnya perlahan dalam keadaan tersekat-sekat akibat menangis.

Arian menghela nafas perlahan sebelum melangkah setapak lagi ke hadapan. Kini jarak antara mereka hanya tinggal beberapa langkah sahaja. Dia memandang tepat ke arah gadis itu tanpa sedikit pun menunjukkan rasa simpati.

"Jangan buat aku ulang kali kedua."

Nada suaranya masih tenang, namun cukup untuk membuatkan Arissa menggigil ketakutan.

"Siapa yang hantar kau?"

"CAKAP!!"

"Sumpah... tak ada siapa hantar saya. Saya memang lalu situ saja. Saya balik dari kedai..." jawab Arissa pantas sambil mengesat air matanya menggunakan hujung lengan baju.

Arian masih diam. Pandangannya tidak berganjak walau sedikit pun daripada wajah gadis itu seolah-olah sedang mencari sebarang tanda bahawa Arissa sedang menipu.

"Mustahil."

Hanya satu perkataan itu yang keluar daripada mulutnya.

Arissa mengangkat wajah perlahan. "Saya... saya tak tipu..."

"Jalan gelap macam tu kau guna untuk balik rumah?" soal Arian lagi. Kali ini nadanya sedikit meninggi. "Dahlah malam, jalan kaki pula tu. Kau tak takut kena culik? Tak takut kalau ada orang buat benda bukan-bukan dekat kau? Atau memang kau sengaja ikut aku?"

Arissa terus menggeleng laju.

"Tak! Saya tak ikut awak! Saya memang selalu guna jalan tu. Kalau ikut jalan besar lagi jauh... saya cuma nak cepat sampai rumah. Saya tak sengaja nampak apa yang berlaku. Sumpah demi Allah... saya tak sengaja."

Perkataan "demi Allah" membuatkan Arian terdiam buat seketika. Dia masih memandang Arissa tanpa berkata apa-apa, namun wajahnya jelas masih belum mempercayai setiap penjelasan yang diberikan.

Arissa menundukkan kepalanya semula. Air matanya menitis jatuh ke atas kedua-dua belah tangannya yang sedang menggenggam erat hujung baju. Dia benar-benar takut. Lelaki di hadapannya bukan sahaja seorang pembunuh, malah mempunyai ramai pengawal. Jika dia benar-benar mahu membunuhnya, tiada siapa yang mampu menyelamatkannya.

Suasana bilik itu kembali sunyi. Hanya kedengaran bunyi esakan kecil daripada Arissa.

Beberapa saat kemudian, Arian kembali bersuara.

"Nama."

Arissa mengangkat wajah dengan perlahan.

"...Apa?"

"Nama kau."

"Arissa..."

"Nama penuh."

Tanpa berani membantah, Arissa menarik nafas panjang sebelum menjawab perlahan.

"Arissa Qaisarah binti Mohammad Danial Qairyl Scartias."

Seketika.

Arian yang selama ini kelihatan tenang tiba-tiba membeku di tempatnya. Anak matanya mengecil sebaik sahaja mendengar nama keluarga yang disebut oleh gadis itu.

"...Scartias?"

Suara lelaki itu kali ini jauh lebih perlahan.

Arissa mengangguk perlahan.

"Y... ya."

Arian terus memandang wajah Arissa seolah-olah cuba memastikan gadis itu benar-benar serius.

"Are you seriously?"

"Saya tak tipu..."

"Macam mana ayah kau boleh ada nama tu?"

Arissa menggigit bibir bawahnya sebelum menjawab.

"Ayah saya... masuk Islam sebelum saya lahir. Saya tak tahu sangat tentang kehidupan ayah saya dulu. Mama pun tak pernah cerita banyak. Yang saya tahu Scartias itu sebahagian namanya ."

Arian terus membisu.

Buat pertama kali selepas sekian lama, fikirannya benar-benar bercelaru. Nama yang selama ini hanya didengarinya daripada ayahnya kini berada tepat di hadapan matanya.

'Mustahil...'

Dia menarik nafas perlahan sebelum memalingkan badan membelakangi Arissa.

Tanpa berkata apa-apa lagi, dia melangkah menuju ke arah pintu.

Namun sebelum keluar, langkahnya terhenti.

"Mulai hari ini..."

Suara dinginnya kembali kedengaran.

"...kau tinggal dekat sini."

Mata Arissa terus membulat.

"Hah?"

"Sampai aku benarkan kau keluar."

"Tapi... saya nak balik. Saya tinggal seorang diri. Kalau saya tak balik, nanti jiran saya risau..."

"Itu bukan urusan aku."

Arian membuka pintu bilik itu.

"Kalau kau cuba lari..." dia berhenti seketika sebelum menoleh ke arah Arissa dengan tatapan yang cukup tajam, "...aku sendiri yang akan cari kau lepastu... aku bunuh kau hidup-hidup , FAHAM !!!"

Tubuh Arissa terus kaku.

Dia hanya mampu mengangguk perlahan kerana terlalu takut untuk membantah.

Sebaik sahaja pintu ditutup, Arian mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail satu nombor yang hanya disimpan atas satu nama.

Father.

Panggilan itu disambut beberapa saat kemudian.

Arian memandang ke arah pintu bilik yang baru ditinggalkannya sebelum bersuara dalam bahasa Inggeris dengan nada yang tenang.

"Father... I've found Uncle Darmian's daughter."

Beberapa saat dia terdiam mendengar suara di hujung talian.

"Her name is Arissa Qaisarah... Arissa Qaisarah binti Mohammad Danial Qairyl Scartias."

Wajah Arian yang selama ini sukar dibaca akhirnya berubah sedikit.

"Yes... she's with me now."

Dia mematikan panggilan perlahan-lahan sebelum memandang ke arah langit malam melalui tingkap koridor banglo tersebut.

"Jadi... ini anak Uncle Darmian..."

Tanpa disedarinya, pertemuan yang pada awalnya dianggap sekadar satu kebetulan itu bakal mengubah seluruh hidupnya... dan juga hidup Arissa Qaisarah.

Download NovelToon APP on App Store and Google Play

novel PDF download
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play