Tajuk Carpen : Hijrah Pendosa
(BAB1)
'Hati yang hampir Mati'
Ku lihat kebahagian mereka berdua, seola-olah meruntun jiwaku yang kecewa, hatiku sakit dek cemburu,1001 persoalan misteri dalam otakku yang sudah lama serabut, perbagai masalah datang menguji diriku dalam satu masa, sehingga aku jatuh tersungkur menyembah bumi, tubuhku lemah, jiwaku bengkak, hatiku hancur berkecai, kenapa mesti dia ? apa salahku sehingga dia berpinda ke hati orang lain, aku dah cuba jaga hati dia sebaik mungkin, aku mengabaikan teguran sahabat sahabatku hanya kerana membela dia seorang, masih tak cukup baik ke aku untuk nya, padahal selama ini aku iklhas mencintainya, dan tulus sayang padanya, seola olah dirinya, lah kebahagian episode kehidupanku, aku tertipu dengan kata-katanya yang membahasakan "Cinta kerana Allah" aku mempercayai nya secara bulat-bulat tetapi dia mendustaiku, diam-diam membunuh segala percayaku kepada sang ajnabi, pernah ada seorang makcik ni, bagi nasihat dekat aku dulu,
"Kalau dia tak serious kahwin dengan Kau, lebih baik kau tinggalkan, sebelum kau yang ditinggalkan, percayalah kalau dia jodohmu tak kan kemana, tapi kalau dia bukan jodoh mu, dia akan pergi dengan sendiri nya,"
Aku benar-benar tawar hati, setelah aku ketahui dia curang pada kawan baik ku sendiri, adil kah semua ini buat mu, ? Kau hadirkan aku dalam hidup mu untuk apa untuk kau kecewakan ? Kau biarkan aku masuk dalam hatimu, untuk apa untuk kau permainkan ? lalu diam-diam kau menghadirkan dirinya, dan berkata "dia jauh lebih baik dari aku" kau tinggalkan aku sendirian, sehingga hati ini terasa bagai kan nak mati, dan tak sanggup nak dihidupkan lagi, seperti dihari itu lah berakhirnya episode kebahagianku, seorang lelaki yang aku kenal selama 2 tahun Dan selama 2 tahun aku bercinta dengan nya, tiba-tiba dah nak berbincang Untuk berkhawin, dia batalkan semua nya, alasan nya belum bersedia tapi rupanya dia lebih pertahankan orang ketiga dalam hubungan kami, segala kenangan indah bersama nya, begitu mudanya bagi dia untuk di lupakan, hatiku hancur, hancur sehancur hancurnya, seandainya saja jalan membunuh diri itu halal di dalam agama Islam, pada malam itu juga aku menamatkan riwayat hidupku, aku tak mampu lagi teruskan hidup.
Bisikkan syaitan mula membisik telingaku mengajak ku untuk tinggal bersama nya di neraka kelak, airmata sedari tadi, yang mengalir deras sudah berhenti dek kepenatan, nak perap airmata darah sekali pun tak berguna, lelaki tu tak kan kembali dengan kau lagi, dia dah pilih perempuan tu berbanding kau, sedar lah diri, mataku bengkak, sebengkak dengan hatiku, jiwaku penat sepenat dengan badanku, aku tak larat lagi, pandaganku fokus menuju kearah sebuah botol kecil, yang mampu memutikan lantai yang hitam,
kepalakku serabut, fikiranku tak waras lagi, aku dah tak sanggup.. hidup dalam dunia, yang penuh dengan manusia pendusta, kawan jadi musuh, musuh jadi kawan, sudah-sudah lah menipu duhai manusia, aku mencapai botol kecil di rak bilik mandi yang bertulis 'peluntur' aku membuka penutup botol itu perlahan demi perlahan, aku sudah bersedia hendak meminumnya, namun aku disedari dengan satu ayat suci dalam Al-Quran, yang berbunyi
"Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun, akan tetapi manusia itulah yang menzalimi diri mereka sendiri."
(QS. Yunus 10 : 44)
Hatiku yang sedari tadinya mati, tertiba rasa dibangunkan ingin bertaubat, jiwaku meminta, "mengaduhlah kepada Allah tentang penderitan hidupmu," hatiku dipuju dengan kasih sayang Allah, sedangkan hati ini rancak bermaksiat, dalam sedar, betapa berdosanya aku 'Ya Allah,' aku hampir membunuh diriku, hanya kerana dikecewakan oleh manusia yang bernama lelaki,
"Astagfirullah' "'Astagfirullah'' "Astagfirullah"
"Aku taubat ya Allah, ampunilah aku,"
"Hatiku berubah menjadi tenang, setelah selesai melaksakan solat sunat taubat 2 raakat, Fadilat istigfar, menemani ku sehingga aku terlelap, hanya satu yang aku minta kepada sang pemilik hati, hidupkan hatiku semula, beri lah aku hati yang baru untuk berhijrah sesunggguhnya, aku hanya lah seorang wanita pendosa yang hina,"
-Bersambung-