Tajuk Carpen : Hijrah Pendosa
(BAB3)
'Lelaki yang dibenci,'
Sebulan dah pun berlalu.. pejam celik pejam celik cepatnya masa berjalan, sebuah perkerjaaan yang memenatkan badan, demi mencari sesuap nasi, dah dekat setahun aku still kekal disitu pebagai perkerja, majikan ku pun orang nya baik hati, dan peramah, tahkalah aku sibuk dengan kerjaku pesanan nya cuma satu, "jangan pernah tinggal solat." Alhamdulillah allah hadirkan orang-orang baik dalam kehidupanku, kadang aku berasa malu dngn diri sendiri, aku bukan lah termasuk dari orang-orang yang baik.
"Ada masa nya aku terfikir, kenapa lah aku perlu memilih untuk membenci orang, ketika dia mengecewakan ku, bagi aku memang wajar lah, kenapa aku harus membenci dia, sebab dia sudah merosakan segala bahagiaku dan aku lupa kebahagiaan yang telah aku cipta bersama dia bukanlah kebahagian yang sebenarnya" dialogku,
"Krieng-Krieng"
Telefon bimbit menghentikan lamunanku,
"Assalamualaikum.. Kau dimana." Soal sahabatku
"Waalaikumussalam.. Aku dirumah ni kenapa."
"Kau cuti kan hari ni.. Jam berapa kau datang sini?" Katanya
"Yes aku cuti hari ni.. dalam pukul 2:00 aku gerak,"
"Bah okay.. hati-hati dijalan yaa" balas sahabatku,
*****
Sebenarnya aku jenis yang tak suka berjalan, kalau ada urusan penting ke apa, nak beli barang ke apa, baru lah aku akan jalan, tapi kali ni aku berbeza dengan diri aku yang dulu, diri aku yang dulu sorang yang penakut, tak suka bergaul dengan semua orang, suka duduk sorang sorang, kalau boleh memang aku nak tinggal dalam hutan, namun mampu kah aku melawan takdir tuhan.. Allah hadirkan satu per satu manusia, dalam hidupaku sehingga aku bertemu dengan seseorang yang bernama sahabat yang menyayangiku tanpa syarat, yang ikhlas cinta nya terhadapku seperti cinta nya seorang kekasih, dan terima segala kekuranganku dan menerima baik buruk nya perangaiku.
Jam tepat menunjukan pukul 2:00 petang, aku dah sedia, aku memakai tudung bawal labuh, berwarna hijau, dikenakan dngn baju jubah polos berwarna hijau gelap, pakaiku sempurna menutup aurat, aku menanti kan sebuah kereta, yang bernama "Encik Grab 10 minit kemudian aku dibawa, kesatu tempat yang penuh dengan ketenangan, sahabat perjuanganku ada disana, tak sabar nak jumpa.. bila cuti kerja, kami akan berkumpul, di madrasa An-nisa, rumahnya dua tingkat, disana juga lah tempat kami semua belajar, dan bermuhasabah diri, ada lapan orang sahabat sehijrahku, dan sahabatku yang satu, bernama Pinkwah, sudah pun mendirikan rumah tangga pada tahun (2016) dan kini mempunyai seorang anak lelaki yang, sangat comel dan menambakan lagi kebahagian kami semua, mereka lah sahabat dunia akhiratku,
" Telah lama aku nantikan sebuah pertemuan dengan mu, rinduku pada mu hanya tuhan yang tahu, betapa beruntunhnya aku mempunyai sahabat sepertimu, oleh kerana itu aku mahu berjumpa dengan mu lagi disyurga nya kelak."
"Cik.. Cik kita dah sampai ni." tegur encik grab
"Okay terima kasih bang.." "Oraite sama-sama dek," balas encik grab
"Jauh nya aku termenung tadi, sampai aku tak peraasan kereta betul-betul terpaking didepan rumah ni.. " bisik hati kecilku,
"Assalamualaikum.." aku membagi salam,
"Waalaikumussalam. alhamduillah sampai pun dia," jawap sahabatku ustazah faridah sambil membuka pintu pagar yang terkunci,
"Hai awak sihat tak lama tak jumpa meh sini nak peluk kejap rindu.." sapa sahabatku Anis Syahirah,
"Alhamdulillah sihat jaa.. rindu kak anis juga .." Kataku sambil tersenyum sinis,
"berapa hari kau cuti ni." Kata Anis Syahirah
"Macam biasa lah arliana cuti dua hari jaa." Kataku
"Siapa mahu ikut kita orang nak pergi pantai petang ni." Kata Ustazah Faridah
"Nakk ikuttt" balasku
"Ikut bhaaa." sahut kak juna
"Yeah Anis pun nak ikut juga." sambung kak Anis
"Aina mahu ikut tapi aina penat lah baru je balik kerja ni," kata Kak Aina
"Jumlah kak aina bukan selalu tahu kita jalan macam ni lagipun saya cuti hari nie je esok balik dah please..." Kataku cuba memujuk,
"Baiklah for today.." Balasnya
"Okay gusy kita solat asar dulu, dah masuk waktu ni.. siapa yang boleh solat tu bhaa jom solatt." Kata Anis Syahirah
*****
Kak Anis, kak juna, dan aku menaiki kereta, disebabkan kita orang takda kenderahan sendiri, so terpaksa lah tempah Grab, kami ada lima orang jalan, tapi grab boleh bawa tiga orang ja, so Kak Aina dengan ustazah faridah terpaksa lah menaiki motor, kesian diorang hahaha,
---------
"Waktu pertama kali.. ku lihat dirimu hadir rasa hati ini inginkan dirimu, hati tenang mendengar suara indah menyapa gelorahnya hati ini tak ku sangka,"
Sebuah lagi dimainkan diradio kereta, menemani perjalanan kami, lagu itu mengigatkan aku pada seorang lelaki yang pernah aku sayang separuh nak mati, dia pernah nyayikan lagu itu untuk hiburkan aku, bila aku tengah bosan, dia yang hadir untuk seketika, lalu pergi meninggalkan luka dihatiku, lagu yang berputar di radio kereta, betul-betul memberi aku kesan, susah untuk
move on dia lelaki yang aku benci.. Aaaa tersangat benci... aku benci semua kenangan bersama dia dulu, seandainya masa boleh ku putar semula jujur aku tak mau mengenali lelaki itu cukuplah aku nak lupakan semua nya, biarlah aku paksa hati ini, biarlah sakit yang aku rasa, tapi sampai bila ? aku nak simpan perasaan benci ini, kalau hanya memakan diriku sendiri."
-Bersambung-