The Impossible Client-
Author: ShiAizel
Romance
"Tugas Aria adalah menulis ucapan kematian untuk orang mati.
Kadang-kadang mereka menangis.
Ada juga pasangan mereka yang menangis.
Kadang-kadang tiada langsung airmata.
Tetapi sepanjang lima tahun melakukan pekerjaan ini—dia tidak pernah menulis ucapan untuk seseorang yang masih hidup. Sehinggalah lelaki itu tiba."
Seo Aria. Gadis berumur dua puluh sembilan tahun. Kalau ada orang tanya tentang status hidup gadis ini, jawapannya mudah sahaja: tiada waris, tiada harta, dan tiada talian hayat.
Bagi orang lain, kehidupan bersama keluarga selalunya dipenuhi memori manis dan indah.
Berbeza dengan Aria.
Di dalam kad pengenalan dirinya, ruangan nama penjaga hanya ada satu nama yang sudah lama pergi bersama takdir—mendiang neneknya, Park Jung-hee.
Aria langsung tidak pernah ingat siapa ibu bapa kandungnya. Mereka meninggal sewaktu Aria masih kecil, dia ditinggalkan di sebuah rumah usang di pinggir daerah luar bandar bersama seorang wanita tua dan pakciknya.
Kehidupannya yang serba sederhana dan ada kekurangam namun Aria tetap membesar dengan baik.
Zaman kanak-kanak Aria tidak diisi dengan taman permainan atau permainan video.
Sebaliknya, ia dipenuhi dengan serpihan memori, bunyi guruh, hujan dan ketakutan.
Di rumah kayu neneknya menjadi saksi pertama di mana kebolehan aneh Aria bermula. Gifted Child
────୨ৎ────
Sewaktu Aria berusia 11 tahun dirumah neneknya, hujan turun tanpa henti malam itu.
Aria menangis teresak-esak sambil memeluk neneknya, menjerit ketakutan kerana melihat visual sebuah lori besar merempuh sebuah van mini berwarna putih.
Aria berdiri di tepi pintu, tangan kecilnya menggigil ketika dia memeluk lengan neneknya.
"Halmeoni..."
"Samchon".. "samchon"... ukkk.. erm
Kata-kata Aria tersekat-sekat. Bunyi sedu yang dalam, Aria cuba menahan tangisan untuk bercakap. Tubuhnya menggigil bukan kerana kesejukan tetapi ketakutan dengan apa yang dilihat dalam serpihan memori tadi.
Neneknya segera memeluknya erat.
"Kamu cuma mengigau... demam panas," bisiknya, cuba menenangkan Aria.
Aria tidak menjawab. Tangisan masih kedengaran. Matanya masih kosong, seperti masih berada di tempat lain. Neneknya menyangka Aria cuma meracau akibat demam panas.
Namun, tiga jam kemudian, ketukan pintu bertalu-talu memecah sunyi dirumah mereka.
Seorang anggota polis berdiri di hadapan rumah.
Wajahnya agak tegang. Dia seolah-olah tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara. "Halmeoni—Van mini Ji-Hoon terlibat kemalangan di selekoh bukit.."Dia..
Nenek Aria tidak mampu mendengar habis ayat itu.
Van mini yang dipandu oleh pakciknya digilis lori di selekoh bukit petang tadi. Semuanya berlaku tepat seperti serpihan memori yang ada dalam kepala kecil Aria.
Dan untuk Aria ia adalah visual pertama yang berakhir dengan kematian. Dan orang itu adalah pakcik saudaranya.
Secebis ingatan sejak hari itu, Aria tahu dia berbeza. Dia bukan bomoh, bukan juga ahli nujum. Dia adalah GIFTED CHILD.
Aria manusia yang dapat melihat visual maut setiap kali langit menurunkan hujannya.
••••
Suasana di dalam dewan pengebumian tradisional itu tersangat sepi, hanya ditemani bunyi titisan hujan lebat yang kedengaran dibumbung di luar.
Shshshshsh.....(deruan air hujan yang mencurah-curah dari langit gelap).
Bau asap colok kayu cendana bercampur haruman bunga kekwa (gukhwa) putih yang memenuhi ruang hadapan potret mendiang pakcik kandung Aria—satu-satunya darah daging yang menjaganya selepas kematian ibu bapanya.
Aria yang ketika itu masih bersedih—duduk melutut di sudut lantai dengan pandangan yang kosong. Aria memakai pakaian kabung hitamnya. Jiwanya bukan sekadar hancur kerana kehilangan, tetapi kerana dia sedang terseksa dengan satu cursed yang dia sendiri tidak fahami.
Malam sebelum pakciknya disahkan meninggal akibat kemalangan, Aria sudahpun melihatnya serpihan memori itu terlebih dahulu.
Zzzt...
Satu kilasan visual ngeri di mana dia nampak van pakciknya dirempuh lori. Nafasnya terhenti di dalam gelap—suasana ketika itu sunyi. Wajah pakciknya kelihatan walaupun kurang jelas.
Dan ketika itu, Aria sangka dia cuma berhalusinasi.
────୨ৎ────
Namun, berita kemalangan itu sampai dalam keadaan yang tepat seperti draf yang dilukis oleh mindanya, Aria tersentak. Dia ketakutan. Dia sedar, ada sesuatu yang tidak kena pada matanya. Bukan rabun atau silau—tapi dia boleh melihat kematian!
"Ji Hoon-ah kamu mati mengejut dan menyedihkan," bisik tetamu yang hadir di belakang, memandang kosong ke arah potret. "Kesian Aria, neneknya makin tua..." kata-kata yang dapat didengar oleh Aria.
Aria hanya mampu menundukkan kepala, menggenggam erat kain rok hitamnya. Air mata menitis laju, sejuk di atas lantai marmar. Dia rasa seperti hendak meraung. Dia mahu memberitahu dunia bahawa dia tahu pakciknya akan mati, tetapi dia tidak berdaya untuk menghalangnya.
Dan mana mungkin dia menghalang. Itukan takdir yang tidak boleh diubah.
Tiba-tiba, bunyi derapan kasut yang sekata memecah keheningan dewan.
Seorang lelaki berumur pertengahan 30 an melangkah masuk dengan tenang. Dia memakai kot labuh hitam yang dilitupi sisa air hujan, tubuhnya tegap, dan wajahnya memancarkan satu aura kewibawaan yang sangat matang lagi misteri.
Kehadirannya yang asing membuatkan beberapa tetamu berbisik sesama sendiri. Lelaki itu tidak memandang sesiapa, melainkan potret pakcik Aria.
Dia berjalan mendekati altar, membakar sebatang colok, lalu berpusing menghadap para tetamu yang hadir. Dari dalam poket kotnya, dia mengeluarkan sehelai kertas draf berwarna hitam pudar.
"Siapa pakcik ni...?" bisik hati Aria , matanya yang bengkak memandang ke arah lelaki asing itu.
Lelaki itu membetulkan kedudukan cermin matanya, lalu mula membacakan ucapan kematian dengan nada suara yang tersangat rendah, garau, tetapi penuh dengan frekuensi yang menenangkan jiwa yang mendengar.
'Kematian tidak pernah meminta izin daripada sesiapa sebelum tiba. Dia datang seperti hujan malam di kota Seoul—dingin, mengejut, dan meninggalkan duka-duka yang dalam. Mendiang Park Ji-hoon... dan dia menamatkan draf ucapannya.
Namun, ketahuilah... bagi setiap jiwa yang merasa kehilangan, sebaris nama ini tidak akan pernah padam. Dia tidak pergi ke tempat yang jauh, dia cuma pulang ke tempat asal yang telah ditetapkan oleh takdir. Rehatlah dalam damai, sahabat. Biarkan hujan di luar membasuh segala lelahmu."
────୨ৎ────
Sepotong ucapan yang tersangat puitis dan mendalam itu membuatkan beberapa tetamu mula mengesat air mata. Kata-katanya bukan seperti ucapan takziah biasa — ia kedengaran seperti sebuah puisi sedih.
Selesai membacakan ucapan, lelaki itu melipat kertas hitamnya semula. Sebelum dia melangkah keluar dari dewan pengebumian, langkah kakinya terhenti tepat di hadapan Aria yang masih melutut kebingungan.
Lelaki itu menundukkan sedikit badannya. Sepasang matanya yang tajam di sebalik cermin mata merenung dalam ke dalam anak mata Aria yang masih tersisa kesedihan. Untuk satu saat, Aria merasakan seolah-olah lelaki ini mampu membaca segala isi hatinya.
"Mata yang melihat kebenaran tak seharusnya menangis, Aria-ah," bisik lelaki itu perlahan— tersangat misteri, sebelum dia meletakkan sekeping kad perniagaan kecil di atas lantai di sebelah tangan Aria.
Di atas kad perniagaan putih itu, terukir sebaris nama dengan tulisan emas yang kemas:
[DR HAN DAEHYUN — THE SPEECH HOUSE].
────୨ৎ────
Ketika usia Aria 18 tahun, neneknya pula meninggal dunia—waktu hujan lebat serpihan memori mula muncul sebagai kilasan memori.
Kehilangan itu membuatkan Aria trauma. Bagaimana mahu meneruskan hidup jika memori dalam hujan itu—membuatkan dia meratapi kematian orang yang dikenali, sehingga air mata hampir kering dek kerana tangisan dan kesedihan yang terlalu berat untuknya.
Sebab itulah Aria perlukan pekerjaan yang boleh menerima kewujudan peliknya ini. Dan itulah puncanya dia boleh tersangkut bekerja di The Speech House sejak lima tahun yang lalu,
bersama Pengarah Han.
•••
Kini Aria berpindah ke Kota Seoul dan menjalani kehidupan dan menerima gifted eyes nya yang dipanggil ketentuan.
Takdir mata yang melihat kematian dan dianggap special atau cursed.
The Eyes That Sees Death
Sejak berpindah ke bandar Seoul—Aria menyewa sebuah flat studio yang tersangat kecil di kawasan bukit Haebangchon, daerah Yongsan. Lorong dekat situ memang terkenal dengan kecuraman gila dan kedudukan rumah yang melekat pada lereng bukit. Rumah Aria terletak di tingkat paling atas sebuah bangunan bata merah lama yang langsung tidak mempunyai lif.
Kelebihan rumah itu? Sewanya murah untuk poket seorang penulis ucapan seperti dia, siap ada balkoni kecil yang menghadap terus ke arah Menara Namsan. Kekurangannya? Setiap kali pulang membawa barang dapur yang berat, kaki Aria rasa seperti mahu tercabut dari lututnya akibat mendaki anak tangga yang menegak.
Di dalam rumah studio bersaiz kotak itu, Aria tinggal bersendirian. Tiada kucing, tiada pokok dan bunga. Namun Aria mula terpikir untuk membeli pokok hijau untuk menambah oksigen ketika dia di fasa shifting sekaligus bagi nampak berseri sikit biliknya.
29 tahun, tiada teman lelaki, tiada kawan! Haih! Itulah keluhan Aria setiap kali dia tinggal bersendirian.
Hanya ada sebuah katil bujang di sudut bilik, sebuah meja kayu tempat dia meletakkan komputer riba, dan deretan buku rujukan lama. Rumah itu sentiasa sunyi, emosi tuannya yang memang tidak suka diganggu.
────୨ৎ────
Satu-satunya detik di mana hidup Aria terasa agak 'bising' dan "normal" adalah apabila dia berada di Office bersama dua orang rakan sekerjanya: Yoon Sera dan Han Minho. Mereka berdua sajalah manusia hidup yang Aria jumpa setiap hari selain daripada orang mati.
Dan mereka berdua lah yang nampak normal dimata Aria. Walaupun hakikatnya Yoon Sera ni macam-macam kerenah. Dan klien-klien The Speech House yang pelbagai dan macam ragam.
"Aria-unni!
'Kalau awak kunyah nasi tu perlahan sangat macam tu, esok pagi pun kita tak balik pejabat lagi!" Cepat! bebel sera sambil menjengkilkan matanya.
Suara nyaring Sera memecah kesunyian kedai makan seolleongtang (sup daging lembu) kegemaran mereka yang terletak di lorong belakang pejabat.
Yoon Sera, gadis bahagian pentadbiran berumur dua puluh tujuh tahun yang sentiasa bertenaga mengalahkan bateri jenama terkenal, sedang sibuk mengacau kuah supnya yang putih pekat dengan potongan daging yang melimpah.
Di sebelahnya, Han Minho, pakar data The Speech House yang berumur tiga puluh empat tahun dan berkacamata tebal, sedang tekun menatap skrin telefon pintarnya sambil menyuap sup ke dalam mulutnya.
"Biarlah Aria-ssi makan dengan tenang—Sera-ah, celah Han Minho serius.
'Saraf pencernaan manusia memerlukan masa dua puluh minit untuk menghantar isyarat kenyang ke otak. Awak tu yang makan macam esok dunia nak kiamat," balas Minho mendatar, langsung tidak memandang Sera.
Sera menjeling tajam, sambil tangannya memberi isyarat ingin mencucuk mata Minho menggunakan penyepit besi miliknya.
"Diamlah, Minho-ssi."
Saya makan laju sebab lepas ni saya nak singgah kedai kosmetik sekejap. Awak apa tahu? Sibuk je!"balas Sera seakan merajuk.
Minho membetulkan cermin matanya yang melorot ke bawah hidungnya.
────୨ৎ────
Aria hanya mampu tersenyum nipis, menyuap sedikit nasi ke dalam mulut. Melihat pergaduhan mereka yang tidak pernah tamat sejak lima tahun lalu sudah menjadi hiburan percuma untuknya.
"Aria-ssi," Minho tiba-tiba mengalihkan pandangannya. Matanya yang mengecil di sebalik kanta tebal itu merenung wajah Aria dengan serius. "Muka awak nampak pucat sejak dua hari lepas. Awak okey ke?"soal Minho prihatin.
Suasana meja terus berubah rentak. Sera yang tadinya bising, terus meletakkan penyepit besi dan memandang Aria dengan riak risau. Mereka berdua tahu tentang 'Gifted' yang ada pada Aria, walaupun mereka tidak memahami sepenuhnya bagaimana sistem visual maut itu berfungsi. Bagi mereka, Aria cuma seorang gadis yang mempunyai trauma psikologi terhadap hujan.
"Saya okey je. "Cuma draft ucapan minggu lepas agak panjang," jawab Aria ringkas, cuba berdalih untuk mengurangkan kerisauan mereka.
Minho mengeluh kecil, menolak cermin matanya ke atas batang hidung.
"Jangan paksa diri. Kalau awak tak sihat nanti kerja-kerja ucapan The Speech House minggu ni akan tergendala. Saya tak reti nak draft ucapan puitis untuk pelanggan."
"Eleh, cakap jelah awak malas! Bukannya awak pandai pun nak menulis!" usik Sera sambil flip rambutnya dan menjeling ke arah Minho.
Selepas selesai makan dan menghabiskan sisa masa rehat dengan gosip Sera tentang pelakon drama terbaru, mereka bertiga bergerak ke office semula. Namun, Aria terpaksa berpisah dengan mereka seketika kerana perlu singgah ke perpustakaan daerah untuk memulangkan beberapa buah buku rujukan.
•••
Selepas urusan di perpustakaan selesai, Aria menaiki bas untuk kembali ke pejabat. Dia merenung ke luar tingkap bas yang bergerak perlahan membelah kesesakan jalan raya kota Seoul.
Di luar, langit kelihatan seperti kanvas berwarna kelabu pekat. Titisan air mula kelihatan pada kaca tingkap, membentuk aliran-aliran kecil yang herot-berot. Aria mengetatkan pegangan pada beg galasnya. Dia bukan benci hujan.
Bukan kerana dia tak suka rasa basah pada hujung kasutnya, atau lecak jalan tar yang terkena pada seluarnya. Tetapi kerana dia tahu, setiap kali awan menumpahkan isinya, ia bukan sekadar membawa air hujan. Ia membawa sesuatu yang lebih berat. Sesuatu yang luar biasa untuk manusia normal macam dia.
Setiap kali hujan turun... serpihan memori seseorang bakal mati akan muncul!
Bas berhenti di hentian berhampiran Stesen Miyeok. Aria melangkah keluar, membuka payung lipat hitamnya dengan segera sebelum titisan hujan sempat menyentuh rambutnya. Dia berjalan pantas melepasi deretan kedai, sebelum membelok ke sebuah lorong kecil yang agak tersorok.
Di situ berdirinya
The Speech House.
Sesiapa yang lalu-lalang di hadapan bangunan dua tingkat bercat cokolat gelap itu pasti akan menyangka ia hanyalah sebuah kedai buku antik atau firma guaman kecil yang hampir muflis.
Papan tandanya kecil, diperbuat daripada kayu gelap yang macam nak tercabut dah dengan tulisan perak yang ringkas:
The Speech House.
Tempatnya kecil, sunyi, dan sangat eksklusif. Orang selalu salah faham apabila mendengar tentang tempat ini. Mereka menyangka Aria adalah seorang pengurus pengebumian atau ejen insurans maut. Tetapi hakikatnya, dia hanyalah seorang penulis ucapan maut bukan nak ambil duit orang yang akan mati. Aria menulis perkara yang paling sukar diucapkan oleh manusia—kata-kata selamat tinggal.
Kring.
Loceng di atas pintu berbunyi lembut sebaik sahaja Aria melangkah masuk.
Kehangatan pemanas ruang dalam pejabat segera menyapa pipinya yang sejuk.
"Aria-unni! Lambat dua minit!"
Satu suara yang ceria menyapa dari sebalik kaunter penyambut tetamu.
Yoon Sera sedang sibuk mengikir kukunya sambil tersengih. Han Minho yang sedang tekun menatap skrin komputer dengan dahi berkerut.
"Bas tersangkut tadi dekat lampu isyarat Jongno," jawab Aria ringkas, menyangkut payungnya pada rak.
"Baiklah unni ," usik Sera, lalu menghulurkan secawan kopi panas yang baru dibancuh kepada Aria.
"Nah, minum dulu. Muka akak tu dah macam mayat hidup dah saya tengok. Cuba senyum sikit." Gurau Sera.
"Sera, fokus," sampuk Minho tanpa memandang mereka. Suaranya mendatar dan terlalu serius. "Rekod latar belakang untuk kes pukul sepuluh pagi ni dah siap. Tolong check."
Sera menjulurkan lidah ke arah belakang kepala Minho. Aria hanya mampu tersenyum nipis. Di sebalik tugas mereka yang suram, kehadiran Sera dan Minho adalah satu-satunya perkara yang membuatkan hidup Aria terasa normal.
•••
Tepat jam sepuluh pagi, pintu The Speech House terbuka perlahan.
Seorang wanita muda dengan mata yang bengkak dan merah melangkah masuk. Wanita itu baru sahaja kehilangan ayahnya akibat serangan jantung mengejut dua hari lepas.
Aria duduk bertentangan dengannya di bilik rundingan yang kecil. Tiada kamera, tiada kertas borang yang tebal. Hanya ada Aria, sebatang pen, dan sebuah buku nota kosong.
"Dia—dia seorang ayah yang tegas..," Wanita itu memulakan bicara, suaranya terketar-ketar. "Kami kerap bergaduh sebelum dia sakit. Saya tak sempat beritahu dia yang saya dah maafkan dia. Saya tak tahu macam mana nak sebut semua ni di depan tetamu pengebumian nanti—Seo-ssi."
Aria mendengar dengan tekun. Dia tidak mencatat setiap perkataan, tetapi dia mencatat emosi. Melalui butiran-butiran kecil itulah Aria membina jambatan kata-kata puitisnya.
•••
Menjelang malam, suasana di pejabat menjadi sunyi sepi. Sera dan Minho sudah lama pulang. Aria pula memilih untuk siapkan kerja dan menyelesaikan draf ucapan untuk client tadi di bawah cahaya lampu meja yang samar.
Aria meletakkan pennya seketika, mengurut leher yang lenguh. Matanya terarah pada bingkai gambar kecil di sudut meja—gambar dirinya bersama mendiang neneknya.
Zzzt... zzzt...
Lampu meja Aria tiba-tiba berkelip perlahan. Bunyi titisan hujan di luar yang tadinya renyai, kini berubah menjadi lebat secara mendadak. Angin malam menolak dedaun tingkap dengan kuat. Aria memegang dadanya yang tiba-tiba terasa senak. Kesunyian malam itu menjadikan dia berdebar dan anxious.
Dan pada saat itulah, pandangannya kabur.
Vision itu datang lagi. "Apa lagi ni!"bentak Aria.
〔 DEATH VISION 〕
Imej itu datang tanpa signal. Datang seperti memori asing yang main masuk je ke dalam otak Aria tanpa warning.
Dan—Jalan raya yang basah lencun. Lampu neon bandar Seoul yang memantul pada lopak air. Hujan yang turun bagai mencurah-curah dari langit.
Di tengah-tengah kelebatan hujan itu, berdiri susuk tubuh seorang lelaki. Dia memegang sebuah payung hitam. Wajahnya tidak kelihatan jelas. Namun, auranya—like ada sebuah aura kematian yang ganas dikelilingnya, seolah-olah impak besar bakal merentap nyawanya dalam beberapa saat sahaja lagi.
Lelaki itu... adalah lelaki yang sama yang muncul dalam serpihan memori sebelum ini.
•••
Zzzt... ttt...
Lampu meja kembali menyala terang. Aria tersentak, pen yang dipegangnya terjatuh ke lantai. Nafasnya tercungap-cungap, peluh dingin membasahi dahi.
"Siapa dia ni..." bisik Aria perlahan.
"Aria-ya? Kamu belum balik lagi?" Suara garau yang memecah kesunyian malam itu membuatkan Aria tersentak. Dia berpaling dan melihat Mr. Han Daehyun, pemilik mutlak The Speech House yang berusia 56 tahun, berdiri di muka pintu pejabat dengan kot tebalnya. Wajah tuanya yang dipenuhi garis tua kelihatan tenang namun penuh misteri.
Mr. Han melangkah masuk, meletakkan sebuah fail tebal berwarna hitam di atas meja Aria. Fail itu ditulis dengan dakwat merah yang terang.
"Simpan fail ni. Kita ada pelanggan baru esok pagi," kata Mr. Han.
"Baik, Han Sajangnim. Kes apa ni?"
Mr. Han diam seketika, matanya yang redup merenung Aria dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Pelanggan kali ini agak—istimewa. Dia akan datang bukan untuk menulis ucapan bagi pihak sesiapa. Dia mahu kita menulis ucapan kematian untuk dirinya sendiri."
Aria tercengang. "Oh dia sakit kot." itu yang terlintas dihatinya.
•••
Continue read the Chapter 1 Now 🤎