PROLOGUE THE BOY WHO HAD NO CORE Dua belas tahun lalu. Malam itu, seluruh langit di atas Kingdom of Asteria bertukar merah. Bukan kerana matahari. Bukan kerana perang. Tetapi kerana satu fenomena yang tidak pernah dicatat dalam sejarah sihir. BOOOOOOM! Sebuah gunung di kejauhan terbelah. Tanah bergegar. Bangunan runtuh satu demi satu. Ribuan Sorcerer elit telah dikerahkan. Namun tiada seorang pun mampu menghentikan fenomena itu. Di tengah-tengah kehancuran tersebut, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun berdiri sendirian. Rambutnya berwarna hitam. Matanya tenang. Namanya— Yuuto Vance. Di hadapannya berdiri makhluk raksasa yang terbentuk daripada jutaan serpihan mana. Seorang Master Sorcerer menjerit: “SEMUA ORANG BERUNDUR!” “Kita tak mampu lawan benda itu!” Kanak-kanak itu hanya memandang ke hadapan. Tidak menangis. Tidak berlari. Tidak menunjukkan ketakutan. Seorang lelaki dewasa datang dari belakang dan memegang bahunya. “Yuuto.” Kanak-kanak itu menoleh. “Ayah?” Lelaki tersebut ialah ketua Klan Vance. Wajahnya serius. “Jangan gunakan Core kau.” Yuuto memandang makhluk di hadapannya. “Kalau saya tak buat?” Ayahnya diam seketika. Kemudian berkata perlahan: “Mereka akan tahu siapa kau sebenarnya.” Yuuto menggenggam tangannya. Di dalam dadanya… Inner Core miliknya terbuka. Bukan cahaya. Bukan api. Bukan petir. Tetapi— kegelapan yang tiada penghujung. Mana di seluruh kawasan mula bergerak ke arahnya. Pokok-pokok bergetar. Batu-batu terangkat. Para Master Sorcerer tiba-tiba jatuh berlutut. “Apa… tekanan ini?” Seorang lagi menjerit: “Mustahil!” “Core seorang kanak-kanak tak mungkin sebesar ini!” Yuuto mengangkat tangannya. Satu titik cahaya muncul di hujung jarinya. TIK. Makhluk raksasa itu berhenti bergerak. Kemudian— lenyap. Bukan meletup. Bukan terbakar. Bukan musnah. Ia seolah-olah… tidak pernah wujud. Seluruh kawasan menjadi sunyi. Yuuto menurunkan tangannya. “Dah selesai.” Ayahnya memandangnya dengan wajah berat. “Mulai malam ini…” Dia berlutut di hadapan Yuuto. “Dunia tidak boleh tahu tentang kekuatan kau.” Yuuto mengerutkan dahi. “Kenapa?” Ayahnya memandang ke arah langit merah. “Kerana manusia takut kepada sesuatu yang tidak mampu mereka kawal.” ⸻ 12 TAHUN KEMUDIAN AETHERIA GRAND MAGIC ACADEMY Hari pertama tahun akademik. Ribuan pelajar memenuhi pintu gerbang akademi sihir paling berprestij di dunia. Kereta bangsawan berhenti satu demi satu. Anak-anak keluarga elit turun dengan pakaian seragam yang sempurna. Aura Inner Core mereka memenuhi kawasan. Di tengah-tengah kerumunan itu… seorang lelaki muda berjalan sambil memasukkan tangan ke dalam poket. Yuuto Vance. Dia berhenti di hadapan pintu akademi. Di sebelahnya berdiri seorang gadis berambut panjang. Elena Vance. Elena tersenyum. “Abang.” “Hmm?” “Hari ini kita akan masuk akademi yang sama.” Yuuto tersenyum kecil. “Ya.” Elena menggenggam tangannya. “Jangan lupa.” Yuuto memandangnya. “Apa?” Elena berbisik: “Jangan jadi terlalu kuat.” Yuuto ketawa kecil. “Aku tahu.” Mereka berjalan masuk. Beberapa minit kemudian— INNER CORE EVALUATION Nama Elena muncul pada skrin. ELENA VANCE Core Purity: 99.7% Core Stability: 98.9% Classification: ELITE Seluruh dewan bersorak. “VANCE?!” “Pure Resonance Core!” “Dia genius!” Kemudian nama kedua muncul. YUUTO VANCE Mesin pengimbas mula berfungsi. BEEP. … BEEP. … ERROR. Penguji mengerutkan dahi. Dia cuba sekali lagi. SCAN FAILED. Kemudian keputusan muncul: INNER CORE CONDITION: CRITICAL CORE CAPACITY: LOW CORE STABILITY: 3% Dewan mula berbisik. “Core dia rosak?” “Dia keluarga Vance juga?” “Macam mana boleh ada perbezaan sejauh itu?” Yuuto hanya melihat keputusan tersebut. Kemudian tersenyum. Elena menahan ketawa. Dia tahu keputusan itu palsu. Penguji akhirnya mengumumkan: “Yuuto Vance — Course 2.” Sorakan kecil dan ketawa kedengaran dari bahagian pelajar elit. Yuuto berjalan keluar dari dewan. Seorang pelajar lelaki menghalangnya. Kaelen Thorne. Waris Klan Thorne. Kaelen memandang Yuuto dari atas ke bawah. “Jadi kau abang kepada Elena?” Yuuto mengangguk. “Ya.” Kaelen tersenyum sinis. “Sayang sekali.” Yuuto: “Apa?” “Adik kau genius.” Kaelen mendekat. “Tapi kau cuma sampah dengan Core yang hampir mati.” Elena terus melangkah ke hadapan. Namun sebelum dia sempat berkata apa-apa— Yuuto menahannya. “Tak apa.” Dia memandang Kaelen. Tenang. Tanpa aura. Tanpa niat membunuh. “Kalau kau fikir aku lemah…” Yuuto berjalan melepasinya. “…jangan ubah fikiran kau.” Kaelen terdiam. Kerana pada saat Yuuto berjalan melepasinya— untuk sepersekian saat— Inner Core Kaelen bergetar. Dia tidak tahu kenapa. Tetapi tubuhnya… takut. Yuuto terus berjalan. Dan tanpa disedari oleh sesiapa— di dalam tubuhnya… Abyssal Core berdenyut sekali. THUM. THUM. THUM. Kemudian satu suara misteri bergema dalam fikirannya. “Yuuto…” Yuuto berhenti. Matanya berubah serius. “Mereka sudah mula mencari kau.” Yuuto memandang langit. “Jadi akhirnya mereka datang.” Dan pada hari pertama Yuuto Vance memasuki akademi— perang antara Sepuluh Klan Besar telah bermula.
NovelToon got authorization from Qayyum to publish this work, the content is the author's own point of view, and does not represent the stand of NovelToon.
My Adopted Brother Is The Strongest Sorcerer Comments