Di era moden yang dipenuhi pencakar langit, teknologi canggih, dan manusia yang sibuk mengejar kekayaan… tiada siapa menyedari bahawa tenaga spiritual sebenarnya telah kembali ke dunia.
Xu Feng hanyalah seorang pelajar universiti biasa—sering dipandang rendah, hidup serba kekurangan, dan sentiasa menjadi bahan hinaan. Sehingga suatu malam, dia dikhianati dan hampir mati di lorong gelap kota.
Saat nafasnya hampir terhenti, satu notifikasi misterius muncul di hadapannya—
“Sistem Pilihan Pertama telah diaktifkan.”
Berbeza dengan sistem biasa, Xu Feng tidak diberi kuasa secara langsung.
Sebaliknya, dia diberikan pilihan.
Pilihan 1: Menyerah dan mati tanpa jejak.
Pilihan 2: Bangkit dengan risiko kematian 90% dan membuka jalan kultivasi.
Xu Feng memilih tanpa ragu—
“Aku pilih jalan kedua.”
Sejak saat itu, setiap langkah hidupnya ditentukan oleh sistem
NovelToon got authorization from LOYDZ to publish this work, the content is the author's own point of view, and does not represent the stand of NovelToon.
Sistem Pilihan Pertama Di Dunia Moden Comments