Ainna
mendengus perlahan memandang telefon bimbit yang tidak henti berdering dari
tadi. Bingung dia dengan perangai kekasih abangnya yang terlalu posesif itu. ‘Kalau
boleh setiap minit kot nak dengar suara along. Annoying betolla perempuan ni,’
dengus hati kecil Ainna.
“Along!! Telefon kau bunyi ni!
Bingit la dari tadi tak henti henti!” jerit Ainna dengan nada sedikit kesal.
“Kau tak boleh tolong jawabkan
ke?!” jerit abang sulungnya, Wafiq yang baru naik dari dapur dengan tuala di
leher. Wafiq bukannya sengaja tidak menghiraukan panggilan itu, tapi dia baru
sahaja selesai mandi.
“Malas aku nak bercakap dengan
awek psiko kau tu,” jawab Ainna seraya bangun dan berjalan laju menuju ke biliknya.
Risau ditengking Wafiq.
Wafiq
hanya menggeleng melihat tingkah laku adiknya. Memang dia tahu yang
adik-adiknya tidak terlalu menyokong hubungannya dan Sheila. Walaupun semua
menentang, selagi dia boleh bertahan dia cuba. Sampai bila boleh bertahan itu
yang dia sendiri tidak tahu.
Wafiq segera
menelefon kekasihnya untuk memberi khabar sambil berjalan menuju ke beranda
rumah. Usai mematikan panggilan, dia perasan ada seseorang yang berdiri di
hadapan pagar rumahnya dengan gerak geri yang mencurigakan. ‘Sape pulak mamat
ni? Datang rumah orang malam malam buta ni.’ Bisik hati kecilnya sambil matanya
masih fokus pada gerangan tersebut.
Ainna yang
baru keluar dari bilik untuk ke dapur berasa hairan melihat tingkah laku abangnya
segera menghampiri Wafiq.
“Kau tengok apa, long?” tanya dia
dengan nada perlahan tapi telah mengejutkan Wafiq.
“Eh!!! Kau ni!! Terkejut aku!
Weh, dik cuba kau tengok kat pagar tu, nampak tak apa yang aku nampak?” Tanya Wafiq
dengan nada serius.
“Kau ni tak payah la nak takutkan
aku. Kau cakap gitu, ingat aku takut ke? Hello!! Ni Ainna Wardina la
semua horror movie aku dah khatam,” jawab Ainna dengan suara yang agak
kuat. Dia berfikir Wafiq hanya ingin bergurau dengan dia saja.
Wafiq
menolak lembut kepala Ainna, “otak kau! Cuba la tengok dulu!” tegas Wafiq
dengan mata yang masih memerhati lelaki itu.
Ainna
segera menoleh ke arah pintu pagar rumahnya dan terlihat seorang lelaki memakai cap dan berbaju hitam sedang mengintip suasana dalam rumah.
“Eh!! Ye lah long! Apa dia buat?
Ke kau ada jual benda haram?” tanya Ainna niat untuk bergurau.
Wafiq
menjeling memandang adiknya, “kau boleh serius kejap tak?” geram betul Wafiq
dengan perangai adiknya itu.
Ainna
tersenyum nipis dengan riak bersalah. Dia lihat lelaki itu masih berdiri di
hadapan rumah mereka. Nasib baik beranda yang mereka berdiri itu sedikit
tersembunyi dari pagar rumah. Mungkin lelaki itu tidak perasan kehadiran
mereka.
“Long, cuba kau gi jumpa dia.
Mana lah tahu dia ada hal dengan baba ke?” usul Ainna supaya Wafiq turun untuk
menemui lelaki itu. Takkan sampai tengah malam dia nak tengok je lelaki itu
mengintip rumahnya.
“Haaaa ye jugak! Kau tunggu sini!
Jangan turun dan jangan sampai dia nampak kau,” tegas Wafiq sambil kakinya berjalan
menuju ke tangga untuk turun ke bawah.
Ainna
hanya mengangguk sambil matanya masih memerhati ke ara pagar rumah itu. Namun,
beberapa saat kemudian, lelaki itu bergegas pergi dari pagar rumahnya.
‘Kenapa
dengan mamat ni? Apa dia nak? Ke dia ni…. Ishh!! Tak mungkinlah! Takkanlah dia
tahu rumah aku’ bisik hati kecil Ainna yang tiba-tiba teringat tentang
seseorang dari masa lalunya.
“Dia dah blah la. Mesti dia dengar aku nak
bukak pintu tadi. Aku pelikla, dia nak apa? Kalau betul nak jumpa baba, kenapa nak
mengintip macam pencuri?” Wafiq memandang Ainna setelah beberapa saat bicaranya
tidak disahut oleh gadis itu.
“Weh!! Kau dengar aku tak?” tegur
Wafiq dengan sedikit keras.
“Haaa! Aaaaa dengar la! Mana lah
aku tahu! Ish dah la aku nak pergi dapur,” jawab Ainna untuk menutup kegusaran
hatinya lalu melangkah turun ke bawah.
Wafiq
bingung melihat tingkah laku adiknya namun dia membiarkan kebingungan itu
berlalu. Dia masih teringat akan lelaki tadi dan tertanya tanya tentang sebab
lelaki itu datang ke rumahnya.
FIKRYmenghidupkan enjin kereta dan meluncur laju ke jalan raya. Tubuhnya terasa
sangat letih dengan photoshoot sepanjang hari itu.
‘Baru
model part time dah kecoh macam retis! Tolonglah!’ dengus hati kecilnya
bila teringat perangai model dari Indonesia itu.
Kringg!!
Kringg!!Kedengaran telefon bimbitnya berdering.
“You.. You kat mana? Dah habis ke
shoot?” kedengaran suara gedik si pemanggil.
“Baru habis. Ni I nak balik jumpa
Raiq. Dia dah merengek dah dua tiga hari ni I asyik busy je”
“Alaaaa jomla lepak kejap. Kita
dah lama tak dating. Pleaseeeeee,” pujuk Amira.
“Tapi I dah janji dengan Raiq,”
jawab Fikry dengan nada lembut. Risau Amira akan merajuk nanti.
“Raiq tu bukan lari mana pon!
Duduk rumah you jugak. Jomla. Esok I dah start busy,” pujuk Amira sekali lagi
dengan manja.
“Hmmm okayla. Tapi kejap je tau!”
jawab Fikry dengan nada pasrah. Fikry mematikan panggilan. Dia risau Raiq akan
merajuk tapi masa dia dan Amira juga terlalu singkat memandangkan keduanya
dalam satu industri yang sama.
“RAIQ kenapa tak tidur
lagi ni? Dah pukul 10 dah,” tanya Yana sambil tangannya mengelus pipi Raiq
dengan lembut.
“Raiq tunggu papa. Petang tadi papa
kata dia balik awal. Tapi kenapa tak sampai lagi? Office papa jauh ke mak long?”
tanya Raiq dengan mata mengantuk.
“Jalan jammed kot Raiq. Raiq
tidur la dulu, nanti papa sampai Raiq masuk tidur dengan papa ya. Okay,
sayang?” tanya Yana dengan niat untuk memujuk. Kesian sungguh dia melihat
keadaan anak buahnya itu. Ni nasib baik kebetulan dia berkunjung ke rumah Fikry,
kalau tidak memang Raiq tinggal dengan bibik saja la sampai ke tengah malam.
“Okay, tapi Raiq nak cakap dengan
papa kejap.”
Yana
menelefon Fikry dan membiarkan Raiq bercakap dengan papanya.
“Hello
sayang! Sayang dah makan?”
“Dah!! Tadi Raiq makan dengan mak
long. Papa kat mana? Papa belum siap work lagi?” tanya Raiq dengan nada manja.
“Emm papa ada hal kejap la
sayang! Nanti papa balik eh?” ujar Fikry dengan nada lembut.
“Hal apa? Papa kata papa balik
awal harini,” jawab Raiq dengan nada merajuk.
“Papa nak jumpa Aunty Mira kejap.
Kejap je okay, nanti papa balik,”
“Kenapa papa jumpa Aunty Mira
dulu?! Papa kan dah janji nak balik awal! Papa janji nak main dengan Raiq!”
kedengaran suara Raiq yang agak kasar. Marah dengan tindakan Fikry yang mungkir
janji untuk meluangkan masa bersama.
“Alaaa papa sorry, Raiq. Nanti
esok papa bawak Raiq beli aiskrim okay?” ujar Fikry dengan harapan Raiq setuju
dengan pujukannya.
“Raiq benci papa! Papa lagi
sayangkan aunty Mira dari Raiq!” jerit Raiq sebelum mematikan panggilan.
Fikry
meraup wajah kusutnya. Bila terpaksa memilih antara Amira dengan Raiq memang
menjadi satu masalah buat dia. Dia segera membuka aplikasi whatsapp dan
menghantarkan pesanan pada kakaknya.
Yana, pujukkan Raiq please. Aku
ada hal la.
Hal dengan Amira?
Na…. Please….
‘Bluetick.
Nampak sangat Yana pon marah dengan aku.’ Dengus Fikry perlahan.
‘KAU ni
memang anak tak kenang budi! Asyik gambar gambar gambar! Kau ingat jadi photographer tu ada hala tuju ke?! Tengok Wafiq tu, dengar je kata aku. Boleh je
tinggalkan kerjaya dia. Kenapa kau ni degil?! Ingat kerja ambik gambar ni dapat
duit banyak?! Aku suruh kau tolong abang kau je! Itu pun tak boleh?!’
Kata-kata
babanya seolah olah terngiang-ngiang di telinga Wildan. Walaupun dia terlihat
baik-baik saja ketika bersama keluarga, tapi jauh di sudut hatinya, dia sering
dihantui kata-kata babanya yang seakan merendahkan impiannya untuk menjadi photographer.
‘Mungkin
ya, aku beruntung sebab aku masih ada ibu dan baba as compared to others yang takde sesiapa dalam hidup mereka. Tapi beruntung ke kalau ada parents tapi tak support anak dia? Jangan kata nak support, hina, keji semua ada. Aku
ni macam takde masa depan je. Ibu… Baba… Kenapa ibu dengan baba buat angah
macam ni? Kenapa selalu je bandingkan angah dengan along? Mungkin bagi along
senang untuk lepaskan cita-cita dia. Tapi tak bagi angah baaa. Ibu dengan baba
tak tengok macamana usahanya angah nak capai cita-cita angah. Angah tak kisah
orang luar nak caci maki kerja angah, tapi bila parents sendiri, angah
rasa macam angah ni takde pape! Angah takde tempat bergantung, tempat meluah!
Sakit, ya Allah!! Tolonglah aku, kuatkan dan jadikan aku seorang yang redha
atas ujianmu,’ bisik hati kecil Wildan sebelum melepaskan keluhan berat.
Wildan
berjalan ke katil untuk mengambil telefon bimbitnya dan menaip sesuatu sebelum
menekan butang send.
TELEFON bimbit
Ainna berbunyi, menandakan ada mesej yang masuk.
Bagitau ibu dengan baba, angah
tak balik malam ni. Angah stay rumah Paan. Ada hal.
Ainna
mendengus membaca pesanan yang diterima melalui aplikasi whatsapp itu.
Kenapa tak bagitau sendiri?
Tolong lah!
Ye lah! Ish angah ni!
Ainna
segera turun ke bawah untuk memaklumkan hal itu pada ibu dan babanya. Dan seperti
biasa, pasti dia yang disoal oleh mereka dan disuruh untuk memujuk abangnya
balik ke rumah.
Wafiq dan
Wildan memang berbeza. Wafiq lebih patuh pada ibu dan baba mereka dan akur untuk
mengurus perniagaan keluarga dan mengorbankan cita-citanya untuk menjadi
juruterbang namun berbeza dengan Wildan yang berpegang teguh dengan
keputusannya untuk menjadi photographer dan mengabaikan perniagaan
tradisi keluarga mereka. Sebab itulah, Wildan sedikit jauh dengan keluarga jika
nak dibandingkan dengan Wafiq. Tapi kalau melibatkan hal Ainna, Wildan lah yang
paling ambil berat dan selalu membelanya.
“Manala adik tahu, angah whatsapp
tu je. Malaslah nak tanya banyak. Siap kerja dia, dia balikla tu.”
“Angah kau tu memang macam tu.
Semua benda ikut kepala dia saja,” jawab Babanya dengan nada tegas.
Ainna
mendengus perlahan. Bosan dengan drama keluarganya yang sama setiap hari. Ainna
meminta diri untuk naik ke bilik dengan alasan ingin menyiapkan tugasan
pejabatnya.
AINNA sedang
sibuk memakai tudung ketika abangnya, Wildan mengetuk pintu untuk masuk
kebiliknya.
“Hai putera raja! Dah balik?!”
tegur Ainna sambil matanya melihat ke arah Wildan melalui cermin.
“Taklah! Ni roh dia,” jawab
Wildan dengan riak wajah yang serabut sambil melabuhkan duduknya di katil
Ainna.
“Angah okay?”
Ainna
segera duduk di tepi Wildan. Risau pulak dia tengok keadaan abangnya yang satu
itu. Jarang dia boleh tengok wajah tenang Wildan bila di kampung.
“Okay,” jawab Wildan sepatah.
Ainna
tersenyum nipis. Nampak sangat yang Wildan tak okay.
“Janganlah badmood. Angah sedih
sebab baba ke sedih sebab Isya nak tunang ni?” usik Ainna dengan niat untuk
mengurangkan stress Wildan.
Wildan
tersenyum nipis. “Kenapa Isya tak pilih aku eh?” jawab Wildan dengan pertanyaan
juga. Sengaja mengikut pembicaraan adiknya.
“Wait!! Angah? Angah still ada
feeling kat dia ke? Oh my God!!” Ainna segera berdiri dengan matanya yang tidak
lari dari memandang Wildan.
“Kenapa? Salah ke?”
“Angah….. Memang la tak salah
tapi Isya dah nak tunang. You should forget her la,” tegas Ainna dengan nada
sedikit keras.
“Baru tunang bukan bini orang.”
“What??!”
“Susah betul ada adik bengap! Dah
la cepatla siap!” jerit Wildan sambil kakinya laju melangkah keluar.
Ainna
ditinggalkan terpinga-pinga dengan jawapan Wildan tadi. Dia segera sambung
memakai tudung selepas sedar yang dia sudah lambat untuk ke majlis.
SUASANA di
majlis itu kelihatan meriah dan bahagia untuk semua yang menghadirinya. Namun
tidak pada Wildan. Dia berdiri di tepi kereta usai majlis pertunangan itu
selesai. Tanpa disedari, dia mengeluh perlahan.
“Hai.. Kuat mengeluh. Itulah dulu
orang suruh pegang betul betul tak nak! Sekarang baru nak menyesal,” terdengar
seperti suara adiknya yang mengejek.
“Eh kau ni!! Sibuk je!” tegas
Wildan sambil matanya memandang tasik yang terbentang di tepi rumah Mak Long
nya itu.
“Angah serius ke?” Ainna masih
tertanya-tanya dengan ucapan Wildan di bilik tadi.
“Apa?”
“Pasal Isya bukan bini orang
lagi?” tanya Ainna dengan nada lembut. Risau mengguris hati abangnya.
“Kau ni kan belajar
tinggi-tinggi. Tapi otak bebal!” jawab Wildan sambil ketawa kecil.
“Hah?! Maksudnya angah tipu?”
tanya Ainna yang masih dalam kebingungan.
“Ye lah!! Buat apa nak ambik
tunang orang kalau yang single ramai!” jawab Wildan seraya berjalan menuju ke
dalam kereta.
“Eeeee!! Angah!!” panggil Ainna
dengan nada marah. Namun dia segera diam selepas melihat ibu dan babanya yang
turun dari rumah Mak Long dan masuk ke dalam kereta Honda City milik abang
sulungnya. Manakala dia masuk ke kereta Wildan.
“IKYY… Kau dah bangun ke
belum?” tanya Yana sambil tangannya mengetuk pintu bilik Fikry.
Fikry
segera membuka pintu biliknya dan tersenyum melihat si kecil yang memakai baju
boboiboy itu.
“Selamat pagi, anak papa? Raiq
dah makan?” tanya Fikry sambil duduk mencangkung bagi menyamakan posisi dia dan
anaknya.
Melihat
respon anaknya yang hanya diam, dia segera mendongak memandang Yana.
“Semalam dia tak nak tidur sebab nak
tunggu kau. Tapi kau lambat sangat dia tertidur jugak la. Pandai-pandai la kau
pujuk dia,” ujar Yana sebelum melangkah meninggalkan dua lelaki itu.
“Raiq.. Papa sorry okay? Semalam
papa jumpa aunty Mira kejap je. Lepas tu papa kena pergi office balik. Ada
kerja papa yang belum siap,” ujar Fikry dengan niat memujuk. Dia terpaksa
menipu untuk menjaga hati si kecil itu. Dia tahu Raiq pasti akan marah kalau
dia beritahu yang dia pulang lambat kerana menemani Amira ke majlis hari jadi
kawannya.
“Betul? Papa tak tipu?” tanya
Raiq sedikit terpujuk.
“Yela! Dah jom kita gi makan.
Lepastu papa hantar Raiq pergi taska. Okay?” ujar Fikry dengan harapan anaknya
segera berhenti merajuk. Raiq hanya diam seraya berjalan ke dapur.
“JANGAN bawak laju sangat kereta
tu, ngah. Tak payah nak rush la. Kalau mengantuk tukar driver,” ujar Puan
Rozita tanda mengingati anak lelakinya itu.
“Okay ibu,” jawab Wildan sambil
bersalaman dengan ibu dan babanya. Terlihat babanya hanya tersenyum nipis
menyambut salam darinya. Berbeza dengan adik yang dicium dan dipeluk erat.
Wildan cuba menenangkan hatinya sendiri.
Kereta
Saga milik Wildan berlalu pergi.
“Angah hantar adik dulu ke canne
ni?” tanya Ainna untuk mengurangkan sunyi dalam kereta.
“Tengok keadaan. Sampai lambat, kita
terus pergi sana je boleh?” tanya Wildan dengan nada lembut.
“Boleh je. Adik nak tidur, nanti
angah ngantuk kejut eh!” ujar Ainna seraya menurunkan sedikit kerusinya.
Wildan
hanya menunjukkan muka selenga dia sebelum menurunkan sedikit suara radio. Perjalanan
yang makan masa hampir 5 jam itu hanya dipenuhi dengan celoteh penyampai radio
saja. Ainna hanya bangun untuk berhenti solat saja. Fikiran Wildan juga
melayang entah ke mana sepanjang perjalanan itu.
JAMmenunjukkan 7:30 malam ketika mereka tiba di Kuala Lumpur. Wildan
memberhentikan keretanya di masjid berdekatan dengan sebuah restoran. Niatnya
untuk membersihkan diri dan menunaikan solat sebelum mengisi perutnya yang
berbunyi dari tadi.
“Kita terus pergi tempat kawan
angah eh dik?” tanya Wildan sambil matanya melihat jam di tangan. Dia risau
terlambat menepati janji untuk berjumpa kawannya jam 9 malam di pusat bandar
yang berdekatan.
“Okey. Tapi adik tak nak masuk
boleh?” tanya Ainna dengan muka kesian. Dia memang malas kalau nak tunggu abangnya
selesai meeting. Bukannya dia faham apa pun tentang bidang kerja Wildan.
“Dah tu nak duduk mana? Masuk la
tapi adik duk meja lain. Order la apa yang nak,” ujar Wildan.
“Kalau tahu aku takyah makan
tadi,” jawab Ainna sedikit kesal.
“Dah tadi kau kata lapar, angah
nak suruh adik tahan lapar kang mati kebulur adik aku ni,” tegas Wildan sebelum
bangun untuk ke kaunter pembayaran.
Ainna menyuruh
Wildan masuk dulu. Dia ingin pergi ke kedai 7E yang ada di sebelah restoran
itu. Niatnya untuk membeli sedikit makanan ringan untuk dibuat stok. Dalam leka
mencari barang yang diperlukan, Ainna terdengar ada suara yang memanggilnya.
Dia segera menoleh ke suara itu. Ainna agak terkejut melihat gerangan yang
memanggilnya sebelum bibirnya mengukir senyuman nipis kepada lelaki itu.
“Eh!! Fikry buat apa kat sini?”
tanya Ainna sambil matanya memandang bakul yang dipegang oleh Fikry.
“Teman awak beli barang,” jawab
Fikry dengan melepaskan tawa kecil.
Ainna
tersenyum nipis. ‘Tak lucu,’ desisnya dalam hati.
“Sorang je?” tanya Ainna untuk
menyembunyikan rasa janggalnya dengan keadaan itu.
“Haah. Saya ada meeting kejap
lagi dekat dekat sini. Tu yang singgah beli barang Raiq kejap,” ujar Fikry
sambil tangannya mengambil susu kotak yang ada di rak bersebelahan mereka.
Ainna
hanya mengangguk perlahan sebelum meminta diri untuk pergi ke bahagian lain.
Rasa canggung bila berbual berdua dengan lelaki yang baru dia temui.
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Comments