Mangsa

Mangsa

Persekolahan

Helaian rambut yang tebal itu di ikat rapi tanpa ada kekusutan walaupun sedikit. Carine, gadis berusia 15 tahun itu merupakan anak kepada Puan Emica dan Encik Antonio Lim . Carine merupakan anak yang terlampau mementingkan kekemasan dalam setiap hal. Orang lain tidak dibenarkan menyentuh segala barang yang sudah dikemasnya. Jika berlaku sedikit kesengetan, Carine akan terus memberontak kerana dia menghidap masalah OCD .

“Lama nya kamu bersiap Carine,” tanya ibunya Puan Emica.

“Dah siap dah ni mak. Nak gerak pegi sekolah dahni. Mana bekalan Carine?”

“Di atas meja tu mak dah siapkan bekalan kamu dan sekali untuk kawan-kawan kamu. Makan lah bersama ya” tambah ibunya.

“Baiklah, Carine berangkat ke sekolah dulu” ujar nya lagi.

Setibanya di sekolah dia langsung pergi ke dewan menunggu lalu Ayden yang dia lihat dahulu. “Heyy, good morning Ayden!” Ujar Carine dengan semangat .

“Morning Carine. Aku ada gossip baru tau harini. Kau jangan terlepas pulak. Gossip hot haa gitu…” kata Ayden yang sedikit keperempuanan dalam tingkah laku nya.

Tidak lama kemudian kelihatan kelibat Joana dan Monica dalam perjalanan menuju ke arah dia dan Ayden. Mereka berkumpul di dewan sementara menungggu arahan untuk masuk ke dalam kelas bagi meneruskan sesi PDPR . Mereka sempat berbual dan Carine memberitahu bahawa ibunya ada menyediakan bekal untuk mereka semua. Rakannya sangat gembira lebih-lebih lagi si sotong, Ayden .

“Balik ni nanti aku singgah ke rumah kau tau.. kata Joana kepada Carine”

“Okeyy, siap. Ayden dan Monica tak join sekali ke?” Tanya Carine lagi.

“Entahla dorang ni . Tadi kata nak join sekali tapi Monica cakap dia nak pergi hospital nanti temankan mak dia disana..”

“Oh yeke, baiklah kalau macamtu..”

Setibanya di rumah, dia langsung mencari ibunya namun tidak kelihatan. Cheryl, mana mak? Tanya dia kepada adik bongsu nya.

“Tu ada kat belakang” jawab Cheryl selamber ..

Dia mendatangi ibunya lalu memberitahu rakannya akan singgah bermain di rumahnya nanti. Seperti biasa ibunya menyiapkan makan malam untuk mereka semua termasuk kawan Carine .

Sekitar jam 6 petang, bapaknya Antonio Lim atau biasa dipanggil Jaja oleh anak-anaknya kini pulang dari kerja. Mereka semua menikmati makan malam bersama . Gelak tawa mereka sekeluarga termasuk Joana menjadi kenangan indah bagi mereka .

Kedengaran bunyi dari rumah kosong tidak berpenghuni membuatkan mereka hairan . Ibunya menjenguk keluar untuk melihat apa yang berlaku. Rupanya mereka mempunyai jiran baharu . Jiran berbangsa iban . Mereka sekeluarga turut membantu jiran mereka mengalihkan barang-barang yang ringan. Sambil-sambil itu mereka berkenalan antara satu sama lain .

Lima bulan kemudian,

Encik Luther meminta pertolongan ibu Carine untuk menghantarnya ke hospital . “Puan boleh tolong saya tak? Kereta saya masih di workshop. Saya perlu ke hospital kerana ibu saya baru sahaja disahkan meninggal dunia” kata jiran mereka itu sambil mengusap air di matanya . Ibu Carine langsung bergegas menghantar beliau ke hospital dan mengabari suaminya dahulu . Carine yang baru saja pulang dari sekolah terkejut mendengar berita tersebut. Langsung dia dan rakannya menyusuli mereka ke hospital menggunakan Grab Car. Encik Luther sangat berterima kasih kepada mereka semua atas pertolongan yang tidak putus-putus itu.

“Terima kasih Puan kerana menolong saya dan keluarga saya. Jasa kamu sekeluarga amat saya hargai.” Kata Luther .

“Tidak apa-apa . Ketuk je pintu kalau memerlukan apa-apa pertolongan” kata ibu Carine.

“Bolehkah saya meminta nombor telefon Puan supaya senang saya menghubungi Puan kalau ada apa-apa yang say perlukan nanti..”

“Tentu saja boleh”.. lalu ibu Carine memberinya nombor telefon .

Jam sudah menunjukkan 6:00 pagi . Seperti biasa Carine dan kakaknya Crystal menyiapkan diri untuk turun ke sekolah . Adiknya Cheryl dan Alex masih lagi tidur dengan nyenyak . Hari ini agak istimewa kerana ibunya menghantar mereka berdua ke sekolah . Semasa di dalam perjalanan, ibunya banyak bercerita pasal jiran mereka Encik Luther . Mereka berdua hanya mendengarkan dan memuji sikap ibunya yang suka membantu orang sekeliling.

..one messages notifications from WhatsApp..

Puan Emica membuka aplikasi WhatsApp lalu mendapati mesej daripada Encik Luther…

Selepas beberapa hari..

Wajah ibu Carine kelihatan begitu ceria . Hari demi hari dia kelihatan begitu gembira. Tidak lepas telefon dari tangan nya. Sehinggakan Jaja perasan akan hal itu. Jaja yang penat pulang dari kerja membuka tudung salji tetapi tiada makanan terhidang . Cuma lauk semalam sahaja ada.

Lalu dia menanyakan kepada isterinya, “Awak tak masak ke malamni”

“Tak abang. Abang pergi la pesan makanan di aplikasi Foodpanda ataupun bungkus makanan di luar. Anak-anak semua dah makan tadi bang..” jawab nya lalu kembali mengetik telefon lagi .

Semakin hari perangai ibu Carine semakin pelik. Carine sedih mengenangkan ibunya yang agak berubah baru baru ini. Dia menceritakan hal tersebut kepada Ayden .

“Aku sedih la Ayden. Mak aku cam tak kisah dah pasal kami sekeluarga..”

“Maksud kau? Tak kisah yang macam mana..?” tanya Ayden kebingunggan .

“Ye lah dengan takde bekalan turun ke sekolah. Makan malam pun jarang disediakan . Kadang-kadang mak aku suruh Jaja bungkus makanan kat luar untuk kami semua. Tapi yang peliknya mak aku tak join kita orang makan sekali tahu. Dia asyik duduk dalam bilik je. Tak pun dia sibuk melayan telefon. Bahkan aku becakap pun dia tak layan.” Keluh Carine .

“Mungkin dia ada masalah kot, mak kau tengok apa je kat telefon tu?”

“Eh mana la aku tahu. Takkan la aku nak usha telefon dia pulak. Kau ni pun. Eee dahla malas la cerita dengan kau” kata Carine sedikit merajuk lalu pergi meninggalkan Ayden yang masih binggung sambil memegang botol air merah jambu nya.

“Mak!” Jeritan Carine itu membuatkan Joana dan Ayden terkejut . Carine langsung berlari ke arah kereta ibunya tanpa berkata apa-apa kepada Joana dan Ayden . Carine gembira melihat ibunya menjemputnya balik dari sekolah . Dia menyangka ibunya mungkin sudah kembali. Senyuman kegembiraan itu mengiringi perjalanan mereka berdua menjemput kakaknya Crystal di sekolah.

“Kamu disini dulu ye Carine. Mak nak beli makanan sebelah tu . “

Telefon berbunyi lagi.

Carine mendapati telefon ibunya tertinggal. Dengan tidak sengaja dia melihat nama terpapar di depan screen itu. Sedikit terkejut lalu ibunya membuka pintu kereta. Carine diam seribu bahasa . Apa yang dia baca?

Setibanya mereka bertiga dirumah , Carine mencapai telefonnya lalu menghantar pesanan kepada Monica memberitahu bahawa dia tidak sengaja membaca mesej yang dihantar oleh seseorang kepada ibunya. Dia mengunci diri didalam bilik sehingga malam . Tertanya-tanya siapa kah itu.. Kenapa mak berubah? Kenapa.. Apa kurangnya Jaja. Salah apa yang Jaja dah buat selamani. Siapa…

Episodes
Episodes

Updated 1 Episodes

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play