HARGA SEBUAH DOSA

HARGA SEBUAH DOSA

BAB 1 - Sunyi Selepas Jeritan

Pada waktu itu malam terlalu sunyi .

Langit gelap tak berbulan bagai gelap yang tak berkesudahan

Aku berdiri kaku dengan pandangan kosong melihat tubuh yang terbaring tak bergerak tak bernyawa.

Matanya terbuka memandang tepat ke arahku seperti sedang bertanya

           "mengapa? "

Aku sendiri tidak tahu apa jawapanya.

Adakah aku marah? Ya , tapi aku tahu itu bukanlah alasan untuk mengakhiri hidup seseorang.

Cuma pada malam itu aku tidak dapat mengawal amarah ku. Tangan bertindak sebelum akal sempat bersuara.

    Dan kini semuanya sudah terlambat...

Pisau yang aku gunakan untuk mengakhiri hidup seseorang itu masih aku pegang erat. Panas dengan darah yang belum kering .

Baunya seperti bau logam dan hanyir .

       "Maaf"

Hanya itu yang mampu aku katakan walaupun kata maaf tidak berguna untuk waktu itu.

Di luar, Aku mendengar anjing menyalak dari kejauhan . Tapi cukup membuat jantung bergetar dengan ketakutan.

Aku berjalan menuju tandas.

Aku cuci tangan , Tapi darah itu tidak mahu hilang.

Sabun digosok berkali-kali, sampai kulit terasa pedih, mengelupas merah. Dan setiap kali aku memandang tapak tangan ini…

 Aku masih melihat darah. Masih terasa hangatnya. Masih terdengar suara jeritan terakhir itu.

Cermin di depan aku memantulkan wajah yang tidak aku kenal.

Mata merah, rambut kusut.

Air mata mengalir,Aku gementar.

Bukan kerana mayat di bilik belakang, tapi kerana aku tahu… aku takkan pernah jadi orang yang sama lagi.

Aku keluar dari rumah mengintai malam , dengan perasaan yang tidak dapat aku sampaikan dan berfikir.

       "apa jadi kalau aku...ikut dia? "

Aku ambil pisau .Pisau yang aku guna untuk membunuh.

Tak berani, tapi tak juga mahu hidup.

degupan jantung semakin laju,

Suara dari akal mau,suara hati takut.

aku pejam mata perlahan-lahan sambil aku letak pisau tepat di leher.

Aku mencari keberanian sekali lagi untuk membunuh, Tapi kali ini untuk diri aku dendiri.

Pisau sudah melekat di kulit, Menunggu jawapan dari diri sendiri.

Hanya satu gerakan dan semuanya akan berakhir.

Tiada lagi rasa bersalah. Tiada lagi perasaan takut.

Tiada lagi aku...

Tapi..

Telefon berdering.

Aku jatuh. Pisau yang harusnya aku gunakan untuk mengakhiri hidup ku terlepas dari genggaman.

   Panggilan dari "mama,"

Aku biar ia berdering sampai mati.

Aku tak mampu dengar suara dia malam ini. Tak sanggup dengar kasih sayang dari seorang sepatutnya akan memberi nasihat, Bertanya khabar , berubah menjadi makian jika tahu apa yang sudah di lakukan anaknya.

Tidak lama selepas itu.Bunyi ketukan pintu mengubah sunyi malam.

Tuk, Tuk, Tuk

Aku kaku. Jantung terus berdegup .Bukan kerana takut mati,Tapi apa yang akan berlaku .

        "fian... "

Suaranya perlahan hampir berbisik. Tapi aku tahu suara siapa

 Mama.

"Fian.... Buka lah pintu ni, Mama risau kamu tidak angkat telefon, Kamu tak pernah tak angkat kalau mama telefon"

Aku tidak menjawab, Aku terdiam kaku dihantui rasa takut, malu, menyesal. Aku mau mati tak tak sempat. Tuhan hantar mama .

Sebagai peringatan. Mungkin peluang kedua.

Kaki berjalan menghampiri pintu, Tangan Sedia untuk membuka pintu . Tapi akal Berfikir. Jasad di bilik belakang masih di sana.

Bukti Dosa.

Kalau aku buka pintu, semuanya akan terbongkar.

Kalau aku terus diam, mama akan terus ketuk… atau lebih buruk, hubungi polis.

"Fian… buka pintu. Tolonglah…”

Dan pada saat itu, aku terperangkap.

Bukan antara hidup dan mati,

tetapi antara penyesalan dan kebenaran.

Episodes
Episodes

Updated 1 Episodes

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play