Cinta Yang Terjaga
⚠️ Content warning ⚠️
Ini mengandungi emosi berat, heartbreak, dan elemen kehilangan. Baca dengan tenang
Afiq duduk di meja makan rumah sewa bujang itu, termenung sambil memegang mug kopi yang sudah sejuk. Jam menunjukkan 7.15 pagi, tapi suasana dalam rumah masih senyap kecuali bunyi water heater di bilik air yang sesekali berbunyi. Amir dan Rayan masih bersiap untuk pergi kerja—hari itu mereka bertiga dijadualkan masuk pejabat semula selepas cuti hujung minggu yang panjang.
Tetapi kepala Afiq bukan pada kerja.
Bukan pada pejabat.
Bukan pada fail projek yang menimbun.
Kepala Afiq hanya pada satu nama.
Alya.
Nama yang sepatutnya tak wujud dalam dunia nyata.
Nama yang selama ini hanya hidup dalam mimpi panjang yang kelihatan terlalu nyata, terlalu sakit, dan terlalu manis untuk dilupakan.
Tiga hari sudah berlalu sejak hari Mira membawa Afiq berjumpa kawan baiknya, dan di situlah Afiq terpaku, seolah-olah seluruh dunia berhenti bernafas buat beberapa saat.
Alya.
Alya itu wujud.
Bukan dalam mimpi.
Bukan bayangan.
Bukan khayalan.
Dan wajahnya… sama.
Betul-betul sama seperti dalam mimpi yang menghantui malam Afiq selama berbulan-bulan.
Walaupun Afiq tahu itu cuma mimpi, namun rasa dalam dada—rasa suka, rasa pedih, rasa kehilangan—bukan mimpi.
Itu rasa yang hidup.
Afiq menyentuh rantai kecil yang pernah diberikannya pada seorang budak perempuan ketika kecil. Rantai itu ditemui semula oleh ibunya semasa mengemas rumah lama minggu lepas.
Dan ketika Afiq melihat rantai itu… hatinya bergetar.
Dia teringat balik.
— Budak kecil perempuan yang suka dengan kakaknya.
— Yang suka ikut Afiq main.
— Yang suka ketawa bila Afiq marah pura-pura.
— Yang hilang tanpa sempat dia tanya nama.
Alya.
Tapi mustahil kan?
Atau mungkin tak mustahil?
Afiq mengeluh kecil. Suaranya perlahan.
“Kenapa mesti jadi macam ni…?”
Belum sempat dia menghabiskan ayat, Amir keluar dari bilik air sambil mengelap rambut dengan tuala.
“Bro, kau okay tak?” tanya Amir sambil duduk bertentang dengan Afiq.
Afiq mengangguk, tapi anggukan yang kosong.
“Kau dari hari tu murung je. Fikiran kau asyik jauh. Mira pun perasan, Rayan pun perasan… aku lagi perasan sebab aku serumah dengan kau.”
Afiq cuba senyum sedikit tapi tak menjadi.
“Aku okay…”
“Tipu,” potong Rayan yang tiba-tiba keluar dari biliknya sambil memasang jam tangan. “Kau bukan okay, Fiq. Kau confuse dengan mimpi tu kan?”
Afiq terdiam.
Rayan duduk di sebelah Amir. Dua-dua pandang dia seperti psikiatri nak menilai kes mental pesakit.
“Kau nak cerita, cerita. Jangan simpan,” kata Amir lembut.
Afiq menarik nafas. Perlahan. Dalam.
“Okay… aku cerita.”
Sejak hari Mira bawa Alya bersama teman lelakinya, Hariz, Afiq tak tenang. Dia terasa dirinya terperangkap antara kenyataan dan mimpi. Dia tak boleh buang rasa bersalah—rasa yang wujud hanya dalam mimpi, tapi seperti benar.
“Dalam mimpi tu…” suara Afiq serak sedikit, “…Alya dan aku rapat. Sangat rapat. Tapi aku tak pernah berterus terang. Dan dalam mimpi tu juga, dia terluka sebab aku lambat untuk jaga dia.”
Amir dan Rayan saling berpandangan.
“Kau takut benda tu jadi dalam dunia sebenar pula?” tanya Rayan.
Afiq angguk perlahan.
“Aku takut… aku ulang kesilapan yang aku tak pernah buat.”
Amir ketawa kecil. “Bro… itu mimpi. Bukan real.”
“Ya, tapi rasa tu real,” balas Afiq perlahan.
Ketika itu, pintu rumah diketuk.
Tiga lelaki itu saling memandang.
“Siapa pula pagi-pagi Isnin ni?” gumam Rayan sambil bangun.
Dia buka pintu.
Dan ketiga-tiga mereka terdiam.
Di hadapan mereka berdiri Mira, memakai baju kerja, rambut diikat, dan wajah nampak sangat… serius.
“Aku nak cakap dengan Afiq. Sekarang.”
Afiq berkelip beberapa kali.
“Sekarang…?”
“Sekarang.”
Mira masuk tanpa dijemput, kemudian berpusing ke arah Afiq.
“Afiq. Aku nak tanya satu benda.”
Afiq mengangguk. Amir dan Rayan duduk diam di sofa, tidak berani bersuara.
“Mimpi yang kau cerita hari tu… yang Alya tu wujud dalam mimpi kau,” kata Mira perlahan, “kau ingat mimpi tu penuh? Kau ingat semua detail?”
Afiq angguk.
“Ya. Setiap satu… seolah-olah ia bukan mimpi.”
Mira mendekat dengan wajah tegang.
“Masa dalam mimpi kau tu… Alya tu, macam mana kau rasa dekat dia?”
Afiq menelan air liur.
Rayan dan Amir sudah senyum nakal tapi tak berani bersuara.
Afiq jawab dengan jujur.
“Aku… aku sayang dia.”
Mira angkat kening.
“Sayang macam mana?”
Afiq termenung sebentar.
Kemudian dia jawab tanpa berbelit.
“Sayang yang aku tak pernah cakap. Sayang yang aku simpan. Sayang yang aku tak pernah berani lepaskan… sebab dalam mimpi tu aku takut kalau aku buat dia terluka.”
Mira diam beberapa saat. Nafasnya jatuh perlahan.
“Okay,” katanya akhirnya. “Sekarang aku nak kau dengar satu benda.”
Afiq mengerutkan kening.
Mira menelan air liur, kemudian berkata perlahan:
“Alya yang aku kenal… dia memang pernah hilang ingatan masa kecil. Dia pernah beritahu aku—masa umur dia tujuh tahun, dia pindah dari kampung dan tak sempat ucap selamat tinggal pada kawan baik lelaki dia. Kawan tu pernah bagi dia rantai.”
Afiq membeku.
Seluruh tubuh rasa seperti disambar petir.
Rantai.
Rantai kecil yang sama.
Jantung Afiq berdegup kencang.
“Mira…” suara Afiq perlahan, “…kau kata apa tadi?”
Mira ulang, kali ini lebih jelas.
“Alya pernah hilang kawan masa kecil. Kawan tu lelaki. Umur lebih kurang seminggu tua daripada dia. Kawan tu selalu main dengan kakak dia. Dan kawan tu… bagi dia rantai sebelum dia pindah.”
Afiq rasa seluruh dunia berhenti.
Kerusi terasa jauh. Lantai terasa goyah.
“B…budak tu…” Afiq cuba bercakap tapi suaranya pecah. “Budak tu… aku.”
Mira mengangkat muka.
“Aku tak pasti,” katanya. “Sebab Alya tak pernah ingat nama budak tu. Dan dia tak pernah cerita lebih dari itu. Tapi bila kau cerita mimpi kau… dan bila aku ingat apa Alya cerita dulu… aku rasa ada sesuatu antara cerita kau dan cerita dia yang… sama.”
Afiq pegang rantai di poketnya. Tangannya menggigil.
“Kenapa kau cakap sekarang…
Sambung episode seterusnya 💛
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Updated 31 Episodes
Comments