The Stray Man
Kubur yang berbatu nisan atas nama Raidah Nisa ditatap sepi tanpa sebarang tangisan hingusan yang meratapi pemergian seorang ibu . Tatapan kosong gadis itu jatuh kepada adik perempuannya yang sudah pun dijujuri air mata dipipi . Entah apa akan terjadi dengan nasib mereka berdua selepas ini .
"Kesian tak ada yang nak jaga dua adik beradik tu dah lepas ni " kedengaran yang tidak jauh seorang wanita yang sudah berusia berbisik menyumbang gosip kepada yang lain. Qasya hanya mendiamkan diri sambil memekakkan telinganya dari mendengar kata kata cacian orang .
"Bapa entah ke mana , mak pula meninggal dunia . " Sambung salah satu daripada makcik tadi .
"Betul , bapa pun berhutang sana sini . Tak tau macam manalah diorang nak bayar semua hutang tu" balas makcik yang lain pula. Hampir naik berang Qasya mendengar makcik makcik tu bergosip tentang kehidupan mereka . Tangan dikepul dengan kuat menahan amarah yang kemungkinan bila bila masa saja akan meletus .
Sejujurnya apa yang digosip hangat oleh makcik makcik tadi tak salah . Semuanya betul termasuk ayah mereka yang tinggalkan mereka setelah berhutang banyak dengan cacing panas . Kemudian sisakan hutang itu untuk mereka langsaikan . Dia sendiri masih menyimpan dendam kepada ayahnya sendiri .
"Qasya lepas ni kita nak bergantung dengan siapa ? Hiks" tanya Useerah sambil tersedu sedan menahan tangis . Rapuh hati gadis itu apabila wanita yang dia panggil ibu selama 16 tahun ini pergi tinggalkan mereka untuk selamanya . Dia belum sedia menerima semua rasa sedih dan duka didalam hatinya ini .
"Jangan risau , aku ada . Aku boleh sara hidup kita berdua adik beradik ." Ujar Qasya menenangkan hati Useerah yang risau tentang masa depan mereka . Bahu adiknya dipeluk sebelum mengusap dengan lembut .
"Qasya tak dengar ke apa yang makcik kat belakang tu cakap ? Ayah banyak berhutang dengan ah long . Kalau dia orang cari kita sebab nak bayaran hutang tu macam mana ?" Tanya Useerah bertalu talu . Kepalanya dia dongakkan sedikit untuk melihat wajah kakaknya .
"Shh .. tak apa jangan risau , aku akan cari jalan untuk selesaikan masalah ni" sekali lagi Qasya menenangkan hati gadis itu . Siapa saja yang tidak bimbang dan cemas sewaktu berada dalam keadaan ni . Sehelai sepinggang , tidak ada satu pun tempat untuk berharap .
10.00 malam
Habis upacara pengebumian arwah puan Raidah , Qasya dan Useerah segera bergegas pulang ke rumah . Pahit di hati dengan pemergian puan Raidah masih lagi jelas terasa oleh mereka berdua . Terkesan dengan pemergian puan Raidah yang secara tiba tiba.
"Seerah duduk dulu , Qasya ada nak cakap ." Wajah Useerah dipandang sekilas sebelum menepuk sofa yang empuk itu menandakan agar gadis itu mengambil tempat duduk . "Qasya nak cakap apa ?" Gadis itu mengajukan soalan setelah melabuhkan punggungnya .
"Qasya nak cari kerja mulai esok . Qasya tak nak kita merempat di tepi jalan mengharapkan belas kasihan orang lain" tutur Qasya yakin dengan keputusan yang dia buat. Useerah yang duduk mendengar kakaknya berkata sebegitu terkejut sambil membutangkan biji matanya .
"Habis tu sekolah macam mana ? Qasya nak ke tepikan pelajaran dan bekerja ?" Tanya Useerah tidak bersetuju dengan kata kata Qasya tadi . " Bukan macam tu . Dengar dulu , Qasya akan cari kerja sambilan jadi Qasya boleh belajar sambil kerja " jelas Qasya secara pendek tapi padat untuk di fahamkan .
"Seerah bukan tak sepakat dengan keputusan Qasya . Tapi Seerah tak nak Qasya jejaskan kesihatan Qasya " sayu Useerah menatap Qasya dihadapan . Andai dia boleh bantu kakaknya itu dalam kekuatan fizikal , sudah lama dia tolong .
Apakan daya faktor kesihatannya juga menjadi punca halangan bagi dirinya membantu Qasya . "Tak perlu risau Seerah .Qasya pandai jaga diri . Kalau Qasya tak kerja sampai bila kita kena jadi pengemis tepi jalan tu minta simpati orang lain pada kita"
Tangan halus Seerah diraih lembut . Perlahan dia mengusap tangan tu dan pantas memeluk tubuh kecil Seerah . "Kita tak ada pilihan lain selain bergantung pada diri kita sendiri Seerah"
Sambung Qasya lagi dan menepuk perlahan belakang badan Seerah .
"Seerah tumpukan perhatian pada pelajaran saja . Qasya tak nak pelajaran Seerah merosot sebab hal ni . Masalah ni biar Qasya yang urus " pinta Qasya yang sudah menahan air mata dari jatuh ke pipi . Enggan dilihat lemah di hadapan Seerah dia memilih untuk tabah dan terus bersabar dengan keadaan yang mereka hadapi.
"Qasya je yang tak apa apa . Seerah peduli dengan Qasya , akak terpaksa tanggung beban ni " kata Seerah mulai teresak esak menangis semula . Air mata laju dia sekah menggunakan lengan baju kurungnya .
"Seerah jangan nangis . Qasya ok je tak apa .. shh" pujuk Qasya setelah melihat
Seerah betitisan air mata bagi pihaknya . "Tak! Hiks , Seerah tak nak semua ni . Seerah nak ibu balik" makin kuat tangisan gadis itu apabila segenang ingatan pasal puan Raidah melintas di benak fikirannya .
Pasrah dengan adegan pujuk memujuk Qasya akhirnya tewas juga . Deras air mata mengalir ke pipi tanpa henti . Tubuh Seerah ditarik masuk ke dalam dakapannya untuk menghangatkan tubuh mereka yang terlalu terdedah dengan angin sejuk malam .
Paginya Qasya bersiap sedia untuk pergi mencari kerja berdekatan dengan tempat tinggal mereka . Hal semalam masih lagi terlintas di fikirannya . Seketika membuat Qasya lebih bersemangat untuk mencari kerja bagi menampung hidup mereka berdua.
Seera pula seperti biasa akan berangkat ke sekolah pada awal pagi . Beruntung hari ni sekolah Qasya memberikannya cuti sehari sempena peringatan peninggalan puan Raidah , ibu kepada Qasya .
"Seerah baik baik tau!" Laung Qasya menghantar Seerah didepan pintu.
"Qasya pun sama !" Balas Seerah lalu melambaikan tangannya ke atas . Satu senyuman terukir di bibir gadis itu . Reda hatinya setelah Seerah pada akhirnya menyetujui keputusan yang dia buat semalam .
Tak mampu dia berbuat apa apa kalau Seerah tidak berfikiran sama dengannya .
-----
Alur jalan yang dihujani dengan bangunan bangunan tinggi itu dilalui oleh Qasya yang sedang mencari pekerjaan . Sudah merata tempat dia pergi namun satu pun tidak ada yang berkenan dengan mereka mahu mengambil dirinya bekerja.
"Mana lagi aku nak pergi ni . Semua kedai aku dah tanya , tak ada satu pun yang nak ambil aku kerja ni" bebelnya seorang diri . Berpeluh satu badan kerana berdiri di bawah terik matahari yang naik . Satu keluhan keluar dari mulutnya .
"Kalau begini memang tak dapatlah aku alamatnya" gumamnya sambil mendongak ke atas memandang langit biru yang luas . Kereta yang lalu lalang juga menjadi pusat perhatiannya untuk melihat telatah orang .
Bingit di telinga mendengar pelbagai bunyi bising yang dihasilkan oleh sekitarnya . Baru saja dia nak berlalu pergi dari situ , satu suara memanggil namanya . Laju saja dia memusingkan badan untuk melihat gerangan si pemanggil .
"Qasya "
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Comments