KES-X Malaysia

KES-X Malaysia

KES- EPISOD 1 "PILOT"

STARRING.

•Ejen Aqiel Zayn.💳

•Ejen Zyra Kalista.💳

CHARACTERS 2.

•Chua.

•Inspektor Zeng Li.

•Ketua Pengarah Farid Rahman.💳

•Datuk M.

•Doktor Giran.

Pada malam yang gelap dan sunyi itu,seorang gadis yang mengenakan baju tidur berwarna putih kelihatan berlari tanpa henti di dalam hutan yang tebal.Nafasnya tercungap-cungap,wajahnya dipenuhi ketakutan seolah-olah dia sedang melarikan diri daripada sesuatu yang tidak kelihatan sesuatu yang mengancam nyawanya.

Gadis:

ah… fuh… ah fuh…! (tercungap-cungap sambil terus berlari,langkahnya semakin lemah)

Tiba-tiba.

"DONG.!" 💥

(bunyi kuat bergema apabila kakinya tersadung akar pokok lalu dia terjatuh ke tanah)

Gadis:

ergh…! (mengaduh kesakitan,cuba bangun semula)

Belum sempat dia berdiri.

"KKUUUU~~!!" ⚡

(cahaya terang menyambar dari arah atas,menyilaukan seluruh kawasan hutan)

Gadis:

erkk… tidak…!! (menutup wajahnya dengan kedua-dua tangan,tubuhnya menggigil ketakutan)

IBU PEJABAT BIRO PENYIASATAN BERSEKUTU (B.P.B),KUALA LUMPUR,MALAYSIA.9:00 PAGI.

Suasana di dalam bilik temuduga kelihatan tenang tetapi tegang.Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an duduk tegak di belakang meja,memerhati seorang Ejen wanita yang berdiri di hadapannya dengan penuh disiplin.

KP Farid Rahman:

sila perkenalkan diri kau.

Ejen Zyra Kalista:

terima kasih tuan.Nama aku Ejen Zyra Kalista,berasal dari Kota Kinabalu.Aku juga seorang doktor pakar,dan dalam masa yang sama aku telah berkhidmat sebagai ejen B.P.B di Sabah selama hampir dua tahun.Aku dipindahkan ke sini kerana diberikan tugasan untuk bekerjasama dengan ejen terbaik di Kuala Lumpur,iaitu Ejen Aqiel Zayn.Ketua Pengarah Farid Rahman memandangnya dengan tajam,seolah-olah menilai keikhlasan di sebalik setiap kata yang diucapkan.

KP Farid Rahman:

kau pasti kau akan bekerjasama dengan Ejen Aqiel Zayn dengan hati yang ikhlas?Terima semua tugasan walaupun ia mungkin membahayakan nyawa kau?

Ejen Zyra Kalista:

ya tuan.Aku akan jalankan setiap tugas yang diberikan dengan sebaik mungkin,tanpa mengira risiko.

Ketua Pengarah Farid Rahman mengangguk perlahan,kemudian menyambung dengan nada yang lebih serius.

KP Farid Rahman:

kau dah tahu identiti penuh Ejen Aqiel Zayn?

Ejen Zyra Kalista:

ya,aku dah semak rekod dia.Ejen Aqiel Zayn telah berkhidmat di Biro Penyiasatan Kuala Lumpur selama empat tahun.Dia dikenali sebagai seorang yang percaya dengan kewujudan makhluk asing,UFO,dan perkara-perkara paranormal.Selain itu dia juga pernah kehilangan adik perempuan dia,bernama Salina Zayn,ketika dia berusia 12 tahun.Berdasarkan rekod,dia percaya kehilangan itu ada kaitan dengan penculikan oleh makhluk asing.

Suasana menjadi sedikit sunyi seketika.Ketua Pengarah Farid Rahman menyandarkan badan ke kerusi.

KP Farid Rahman:

kau sendiri…percaya dengan semua tu?

Ejen Zyra Kalista menarik nafas perlahan sebelum menjawab dengan tenang.

Ejen Zyra Kalista:

secara jujurnya,aku bukan jenis yang mudah percaya benda-benda yang tak logik.Lagi-lagi pasal makhluk asing atau UFO.Sebab itu aku setuju untuk jadi partner dia aku nak tengok sendiri bukti yang dia ada.Aku nak nilai semua Kes-X yang dia kendalikan dengan mata kepala aku sendiri,sebagai wakil kerajaan Malaysia.

Datuk Farid Rahman tersenyum nipis,jelas berpuas hati dengan jawapan itu.

KP Farid Rahman:

bagus,Ejen Zyra.Itu yang kami perlukan.Seseorang yang berfikir secara logik tapi masih terbuka untuk kemungkinan.

Ejen Zyra Kalista:

terima kasih tuan.Aku juga hargai peluang ni.Aku akan buat yang terbaik sebagai partner baru Ejen Aqiel Zayn dalam pengendalian Kes-X.

Mereka berdua kemudian berdiri dan berjabat tangan sebagai tanda rasmi permulaan kerjasama.

KP Farid Rahman:

baiklah…selamat datang ke Kuala Lumpur.

Ejen Zyra Kalista:

terima kasih,tuan.

BILIK PEJABAT EJEN AQIEL ZAYN,IBU PEJABAT B.P.B, KUALA LUMPUR.

Suasana di dalam bilik itu kelihatan agak berbeza berbanding pejabat Ejen lain.Dindingnya dipenuhi dengan gambar,nota,dan keratan akhbar yang berkaitan dengan kejadian pelik serta fenomena yang sukar dijelaskan.Sebuah papan besar di tengah dinding memaparkan pelbagai lakaran objek terbang yang tidak dikenali.Meja kerja pula berselerak dengan fail-fail lama,seolah-olah tidak pernah disentuh oleh sistem pengurusan biasa.

"TOK! TOK! TOK!"

Bunyi ketukan pintu memecah kesunyian bilik tersebut.

Ejen Aqiel Zayn:

maaf,orang dalam bilik ni tengah sibuk cari kapal piring UFO…! (bersuara selamba tanpa memandang ke arah pintu,tubuhnya bersandar santai di kerusi)

Pintu perlahan-lahan dibuka dari luar,lalu seorang wanita melangkah masuk dengan tenang dan penuh yakin.

Ejen Zyra Kalista:

hi…kau Ejen Aqiel Zayn,kan? Aku Ejen Zyra Kalista dari Kota Kinabalu Sabah,partner baru kau. (tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk berjabat)

Ejen Aqiel Zayn yang tadi kelihatan santai,terus mengangkat keningnya sedikit,memandang wanita di hadapannya dengan riak ingin tahu.

Ejen Aqiel Zayn:

…? ohh… jadi kaulah orangnya yang diorang hantar untuk bekerjasama dengan aku tu,ya? (bangun perlahan dari kerusi dan menyambut salam) atau sebenarnya…diorang hantar kau sebagai spy untuk perhatikan aku? baguslah kalau macam tu.

Ejen Zyra Kalista menarik sedikit senyumannya,namun nada suaranya kekal tenang dan profesional.

Ejen Zyra Kalista:

maaf,aku bukan dihantar untuk jadi spy kau.Aku datang ke sini sebagai partner baru kau,itu saja.

Ejen Aqiel Zayn tersenyum sinis,seolah-olah sudah biasa dengan jawapan seperti itu.

Ejen Aqiel Zayn:

seorang spy memang takkan pernah mengaku dia tu pengintip tapi tak apa lah.Kalau betul kau partner baru aku,aku terima je. (menyandarkan badan ke meja sambil memandangnya tajam) tapi…kau dah tahu ke jenis kes yang aku kendalikan?

Ejen Zyra Kalista mengangguk perlahan tanpa teragak-agak.

Ejen Zyra Kalista:

ya,aku tahu.Kes-X…kes yang melibatkan benda-benda tak normal,paranormal,di luar logik dan macam-macam lagi.

Ejen Aqiel Zayn ketawa kecil,kemudian berjalan perlahan mengelilingi biliknya yang sempit itu.

Ejen Aqiel Zayn:

dalam negara ni…cuma aku seorang je yang uruskan Kes-X. (tangannya menunjuk ke sekeliling bilik) kau tengoklah sendiri keadaan bilik aku ni sempit,kecil,dan bersepah.Pihak kerajaan langsung tak ambil serius kes-kes macam ni.Diorang tak nak percaya pasal makhluk asing,UFO, atau apa-apa yang di luar pemikiran biasa.

Dia berhenti seketika,kemudian memandang tepat ke arah Zyra.

Ejen Aqiel Zayn:

di mata diorang…aku ni gila.Terlalu obses dengan benda-benda yang tak wujud.Mereka gelar aku 'Ejen yang menyeramkan' (nada suaranya sedikit perlahan) jadi…kau pun fikir benda yang sama? Kau pun anggap aku macam tu?

Ejen Zyra Kalista tidak terus menjawab.Dia memerhati sekeliling bilik itu terlebih dahulu,seolah-olah cuba memahami dunia yang Aqiel cuba tunjukkan.

Ejen Zyra Kalista:

aku cuba faham kerja kau…serius.Tapi aku bukan jenis yang mudah percaya.Selagi aku tak nampak sendiri dengan mata kepala aku…aku takkan terima semua tu sebagai fakta.

Jawapan itu membuatkan Aqiel terdiam seketika,kemudian dia mengangguk perlahan dengan senyuman tipis.

Ejen Aqiel Zayn:

hmm… jujur.Aku suka jawapan macam tu.Sekurang-kurangnya kau tak pura-pura percaya. (berjalan kembali ke meja dan mengambil satu fail) 📑

Dia mengangkat fail tersebut dan melemparkannya perlahan ke atas meja di hadapan Zyra.

Ejen Aqiel Zayn:

kebetulan pagi tadi aku baru je terima satu kes baru Kes-X.Kes ni mungkin sesuai untuk “buka mata” kau.

Ejen Zyra Kalista mengambil fail itu lalu memandang Aqiel dengan yakin.

Ejen Zyra Kalista:

📑aku sentiasa bersedia.

Ejen Aqiel Zayn tersenyum,kali ini dengan sedikit keseriusan di wajahnya.

Ejen Aqiel Zayn:

bagus…sebab kes ni mungkin ada kaitan dengan kehilangan lama yang tak pernah selesai termasuk kes adik aku,Sarina Zayn.

Di dalam bilik pejabat yang sempit itu,suasana mula berubah menjadi lebih serius.Ejen Aqiel Zayn berdiri di hadapan mejanya sambil memegang sebuah fail tebal berwarna coklat yang kelihatan sudah lama digunakan.Matanya tajam memandang ke arah Zyra,seolah-olah dia sedang menguji sejauh mana wanita itu mampu menerima sesuatu di luar kebiasaan.

Ejen Zyra Kalista menyambut fail tersebut dengan dahi sedikit berkerut,lalu membuka helaian demi helaian dengan penuh teliti.

Ejen Zyra Kalista:

…?📑 (membelek isi fail sambil cuba memahami maklumat yang tertera)

Ejen Aqiel Zayn kemudian berjalan ke arah papan putih besar di dinding,lalu menekan suis untuk menghidupkan pita video yang memaparkan beberapa gambar kes.

Ejen Aqiel Zayn:

di kawasan pedalaman…dekat pinggir Kuala Lumpur,mayat seorang gadis ditemui mati dalam hutan.Lokasi mayat tu tak jauh dari rumah dia sendiri.Tapi yang peliknya tak ada langsung kesan tikaman,tak ada tanda dia dicekik,tak ada luka pertahanan seolah-olah dia mati tanpa sebarang serangan fizikal yang jelas.

Gambar pertama mangsa muncul di papan putih wajah pucat,tubuh kaku,dan suasana hutan yang suram mengelilinginya.

Ejen Aqiel Zayn:

setakat ni,penyiasat cuma jumpa satu benda yang mencurigakan… (menunjuk ke arah gambar) dekat bahagian belakang punggung mangsa,ada dua benjolan kecil.

Ejen Zyra Kalista mendekatkan diri ke arah papan putih,memerhati gambar tersebut dengan lebih teliti sebelum memberikan pandangannya.

Ejen Zyra Kalista:

benjolan tu…ada kemungkinan kesan gigitan nyamuk aedes.Biasalah kawasan hutan memang banyak nyamuk.

Ejen Aqiel Zayn terdiam seketika,kemudian senyum sinis terukir di wajahnya.

Ejen Aqiel Zayn:

gigitan nyamuk…? (menggeleng perlahan) cuba tengok yang ni pula.

Dia menekan alat kawalan,lalu gambar kedua muncul,seorang lagi mangsa dengan keadaan yang hampir sama.

Ejen Zyra Kalista:

…? (mata terbeliak sedikit) mangsa yang ni…pun ada kesan benjolan yang sama macam yang pertama tadi?

Ejen Aqiel Zayn menyilangkan tangan,bersandar santai sambil memerhati reaksi Zyra.

Ejen Aqiel Zayn:

nyamuk takkan pilih satu tempat je untuk gigit manusia.Diorang bebas hisap darah dekat mana-mana bahagian badan. (senyum sinis) dan setahu aku seekor nyamuk takkan mampu bunuh manusia dalam masa yang singkat macam ni.

Kata-kata itu membuatkan Zyra terdiam seketika.Logiknya masih cuba menafsir apa yang dilihat,tetapi bukti di hadapan matanya mula menimbulkan persoalan yang sukar dijawab.

Ejen Zyra Kalista:

… (tidak berkata apa-apa,hanya memandang semula gambar dengan wajah serius)

Ejen Aqiel Zayn kemudian mencapai alat kawalan dan mematikan paparan tersebut,sebelum berpaling semula ke arah Zyra.

Ejen Aqiel Zayn:

kau nak maklumat lebih lanjut…?

Dia mengambil jaketnya dari kerusi,lalu berjalan ke arah pintu dengan langkah yakin.

Ejen Aqiel Zayn:

jom…kita pergi sendiri ke tempat kejadian.Kadang-kadang,jawapan sebenar tak ada dalam fail tapi ada di lokasi.

Ejen Zyra Kalista menutup fail di tangannya perlahan-lahan,kemudian menarik nafas dalam sebelum mengangguk.

Ejen Zyra Kalista:

baik…aku ikut.

Ejen Aqiel Zayn dan Ejen Zyra Kalista tiba di lokasi kejadian yang terletak di kawasan hutan kecil di pinggir bandar.Suasana di situ sunyi,hanya kedengaran bunyi angin yang perlahan menyentuh dedaunan kering di atas tanah.Garisan kuning polis masih terpasang,menandakan kawasan tersebut masih dalam siasatan.Mereka berdua berjalan perlahan sambil memerhati setiap inci kawasan dengan teliti,seolah-olah mencari sesuatu yang terlepas pandang oleh orang lain.

Pegawai Polis:

kami jumpa mayat gadis tu tepat dekat sini… (menunjuk ke satu kawasan di tanah) dan yang peliknya,tak ada langsung kesan tapak kaki orang lain selain mangsa.

Ejen Aqiel Zayn mencangkung,menyentuh tanah dan daun-daun kering di sekeliling kawasan tersebut.

Ejen Aqiel Zayn:

tengok ni…daun-daun kering ni macam ditolak ke tepi seolah-olah ada sesuatu yang meniupnya ke arah luar dari titik tengah ni.

Pegawai Polis mengerutkan dahi,cuba memahami maksudnya.

Pegawai Polis:

ditiup…? maksud kau angin dari kapal terbang atau helikopter?

Ejen Aqiel Zayn menggeleng perlahan sambil bangun semula.

Ejen Aqiel Zayn:

bukan.Kalau angin dari pesawat atau helikopter,daun-daun ni takkan berkumpul dekat-dekat macam ni.Ia sepatutnya berterbangan jauh dan berselerak lebih luas.

Pegawai Polis:

hmm…betul juga tu. (menggaru kepala,masih keliru)

Ejen Zyra Kalista yang berdiri di sisi,memandang kawasan tersebut dengan wajah serius.

Ejen Zyra Kalista:

jadi…kesimpulan kau,benda ni bukan disebabkan oleh mana-mana pesawat buatan manusia?

Ejen Aqiel Zayn hanya tersenyum kecil tanpa terus menjawab.

Ejen Zyra Kalista:

dan mangsa ditembak dengan senjata laser UFO,macam tu?

Ejen Aqiel Zayn ketawa kecil,menggeleng kepala.

Ejen Aqiel Zayn:

haha…bukan macam tu.Mangsa tak dibunuh dengan cara tu.

Ejen Zyra Kalista:

jadi macam mana?

Ejen Aqiel Zayn memandang semula ke arah kawasan tanah tersebut,seolah-olah sedang menyusun sesuatu dalam fikirannya.

Ejen Aqiel Zayn:

ingat tak dua tanda benjolan dekat belakang punggung mangsa tu? Mesti ada sebab kenapa tanda tu wujud. (berpaling ke arah pegawai polis) encik,boleh bagi aku maklumat orang terdekat dengan mangsa?

Pegawai Polis:

boleh,tuan.Kami memang ada rekod tu.

HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR.

3:15 PETANG.

Di dalam wad rawatan,suasana sunyi dengan bunyi mesin perubatan yang berfungsi perlahan.Seorang lelaki pertengahan umur terbaring kaku di atas katil hospital,disambungkan dengan pelbagai alat bantuan hayat.

Doktor Giran:

pesakit ni dah berada dekat sini hampir dua minggu.Dia mengalami koma separuh badan selepas kemalangan.

Ejen Aqiel Zayn berdiri di sisi katil sambil memerhati wajah pesakit itu dengan penuh fokus.

Ejen Aqiel Zayn:

nama dia…Chua.Sebelum ni kerja sebagai juruterbang selama tiga tahun.Berdasarkan rekod hospital,dia koma selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya…dekat kawasan hutan kecil,tak jauh dari lokasi kes tadi.

Doktor Giran:

ya,itu betul.

Ejen Zyra Kalista memandang ke arah Aqiel dengan penuh persoalan.

Ejen Zyra Kalista:

jadi…apa kaitan lelaki ni dengan mangsa yang mati tu?

Ejen Aqiel Zayn menarik nafas perlahan.

Ejen Aqiel Zayn:

kemungkinan besar…diorang rapat.Mungkin juga pasangan kekasih. (berpaling) jom,ikut aku ke lokasi kemalangan dia.

Ejen Zyra Kalista sedikit teragak-agak.

Ejen Zyra Kalista:

tapi itu kan..

Ejen Aqiel Zayn:

ikut je.

Tidak lama kemudian,mereka tiba di lokasi kemalangan yang terletak berhampiran hutan kecil.Jalan raya di situ kelihatan sunyi,hanya sesekali dilalui kenderaan.Ejen Aqiel Zayn sengaja membuka radio kereta dan memandu dengan kelajuan sederhana.Lagu yang dimainkan tiba-tiba terganggu dengan bunyi statik yang kuat.

"KRSSHHHH—"

Gangguan itu membuatkan Aqiel terus memberhentikan kereta secara mengejut.

Ejen Aqiel Zayn:

kau dengar tu?

Dia terus keluar dari kereta tanpa menunggu jawapan,lalu berjalan ke tengah jalan.Dari poketnya,dia mengeluarkan spray cat berwarna putih dan menanda permukaan jalan dengan huruf besar—“X”.Ejen Zyra Kalista turut keluar dari kereta,memandangnya dengan wajah hairan.

Ejen Zyra Kalista:

kau tengah buat apa tu?

Ejen Aqiel Zayn berdiri sambil memandang tanda “X” itu,kemudian bersuara perlahan.

Ejen Aqiel Zayn:

aku yakin…ini laluan diorang.Laluan sesuatu yang bukan dari bumi.

Dia kemudian memandang Zyra sambil mengenyit mata,seolah-olah yakin dengan teorinya.Ejen Zyra Kalista menghela nafas panjang,lalu mencekak pinggangnya.

Ejen Zyra Kalista:

uft…sudahlah tu.Tak mungkin benda tu UFO.Aku tetap tak percaya.

Ejen Aqiel Zayn hanya tersenyum,tidak langsung terkesan dengan penolakan itu.

Ejen Aqiel Zayn:

tak apa malam ni kita datang balik sini.Kita cari jawapan yang sebenar.

HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR,MALAYSIA.8:40 MALAM.

Suasana di wad pada waktu malam itu yang sepatutnya tenang tiba-tiba bertukar kecoh.Seorang pesakit lelaki yang sebelum ini tidak sedarkan diri mula meronta dengan agresif di atas katilnya.

Chua:

arghh…lepaskan aku! Aku kena pergi sekarang!! (meronta-ronta dengan tenaga yang luar biasa)

Kakitangan Hospital:

bertenang encik! Keadaan kau masih belum stabil!

Doktor Giran bergegas masuk ke dalam bilik,cuba mengawal situasi.

Doktor Giran:

jangan banyak bergerak,encik Chua! Kecederaan kau belum pulih sepenuhnya!

Namun,kata-kata itu langsung tidak diendahkan.Dengan keadaan separa sedar,Chua terus meronta dan tiba-tiba menendang kuat ke arah salah seorang kakitangan hospital.

"DUSH!" 💥

Kakitangan Hospital:

urghh! (terjatuh ke lantai akibat tendangan kuat)

Dalam kekecohan itu,Chua berjaya melepaskan diri.Tanpa menghiraukan kesakitan atau keadaan dirinya,dia berlari keluar dari wad,meninggalkan hospital dalam keadaan yang penuh misteri.

PENDALAMAN KAWASAN BERHAMPIRAN HUTAN,JALAN RAYA LERENG BUKIT.9:10 MALAM.

Angin malam bertiup perlahan,suasana gelap hanya ditemani bunyi serangga hutan.Ejen Aqiel Zayn dan Ejen Zyra Kalista masih berada di lokasi yang sama seperti siang tadi,menunggu sesuatu yang belum pasti.

Ejen Zyra Kalista:

dah sejam lebih kita tunggu dekat sini tapi langsung tak ada apa-apa pun.

Ejen Aqiel Zayn:

sabar..🔦 (menyuluh kawasan hutan dengan lampu suluh,matanya sentiasa berjaga-jaga)

Tiba-tiba.

"KUUUU~~!!" ⚡

(satu cahaya terang muncul dari dalam hutan,menyilaukan pandangan)

Tanpa berfikir panjang,Aqiel terus berlari masuk ke dalam hutan,mengikuti arah cahaya tersebut.

Ejen Zyra Kalista:

eh! Ejen Aqiel! Tunggu!

Dia segera mengejar,namun dalam kegelapan hutan yang tebal,dia kehilangan jejak Aqiel.

Ejen Zyra Kalista:

Ejen Aqiel?! Kau dekat mana?! 🔦(menyuluh ke sekeliling dengan cemas)

Cahaya terang itu semakin kuat,seolah-olah memanggilnya lebih dekat.

Ejen Zyra Kalista:

siapa dekat sana tu?! Ejen Aqiel ke?! (mengangkat tangan untuk melindungi mata daripada silauan)

Di tengah-tengah cahaya itu,kelihatan satu kelibat manusia berdiri kaku.Tanpa berlengah,Zyra segera mengeluarkan pistol dari belakang seluarnya dan mengacukannya ke arah bayang tersebut.

Ejen Zyra Kalista:

Biro Penyiasatan Bersekutu! Jangan bergerak! 🔫

Tiba-tiba,satu suara tegas membalas dari dalam cahaya.

Inspektor Zeng Li: ini kawasan larangan! Kau berundur sekarang! 🔫 (mengacukan senapang patah)

Ejen Zyra Kalista:

eh…?🔫

Cahaya itu semakin malap,memperlihatkan sosok seorang lelaki berpakaian seragam polis.

Inspektor Zeng Li:

aku Inspektor Zeng Li,bertugas di kawasan ni.Sesiapa pun kau,kau tak dibenarkan masuk ke sini!

Ejen Zyra Kalista menurunkan sedikit pistolnya,masih berjaga-jaga.

Ejen Zyra Kalista:

aku cuma cari partner aku dia baru saja masuk ke kawasan ni tadi.

Inspektor Zeng Li memandangnya seketika sebelum menjawab.

Inspektor Zeng Li:

aku dah jumpa dia.Sekarang dia ada dekat sebelah jalan sana.

Ejen Zyra Kalista menarik nafas lega.

Ejen Zyra Kalista:

oh…baik.Maafkan aku.Kami akan beredar dari sini.

(20 minit kemudian…)

Hujan mula turun renyai-renyai,dan suasana malam semakin gelap.Ejen Aqiel Zayn dan Ejen Zyra Kalista berdiri berhampiran kereta mereka di tepi jalan,masih cuba memahami apa yang baru sahaja berlaku.

Ejen Zyra Kalista:

jadi…cahaya tadi tu cuma lampu kereta Inspektor Zeng Li.Bukan kapal piring macam yang kau fikir tu,Ejen Aqiel.

Ejen Aqiel Zayn mengeluh perlahan,wajahnya jelas menunjukkan kekecewaan.

Ejen Aqiel Zayn:

aku ingatkan itu diorang…tapi rupanya bukan…

Tiba-tiba.

"GROOMM!!" 🌩️

(bunyi guruh berdentum kuat di langit,diikuti kilat yang menyambar)

Ejen Zyra Kalista:

kita balik ke ibu pejabat.Nampaknya hujan nak turun lebat.

Tidak lama kemudian,hujan turun mencurah-curah.Mereka berdua segera masuk ke dalam kereta.Namun,walaupun berada di dalam,Aqiel masih kelihatan gelisah,fikirannya tidak berhenti memikirkan kes tersebut.Beberapa saat kemudian,dia tiba-tiba membuka pintu dan keluar semula ke dalam hujan lebat.

Ejen Aqiel Zayn:

aku tak boleh berputus asa! Aku yakin kematian dua gadis tu bukan kebetulan! Ada sesuatu di sebaliknya sesuatu yang kita masih belum nampak! (suara tinggi,penuh emosi) nyawa diorang mungkin diragut untuk dijadikan eksperimen!

Ejen Zyra Kalista turut keluar dari kereta,hujan membasahi rambut dan pakaiannya.

Ejen Zyra Kalista:

cukup,Ejen Aqiel! Itu semua tak masuk akal! Kematian diorang tak ada kena mengena dengan makhluk asing!

Ejen Aqiel Zayn menggeleng kuat.

Ejen Aqiel Zayn:

ya,mungkin bukan secara langsung! Tapi aku percaya ada manusia yang terlibat manusia yang sanggup korbankan orang tak bersalah untuk sesuatu yang lebih besar mungkin untuk makhluk dari luar sana!

Hujan semakin lebat,suara mereka hampir tenggelam dalam bunyi hujan yang menghentam jalan.

Ejen Zyra Kalista:

kau sebenarnya masih tak boleh lepaskan apa yang jadi pada adik kau,kan? (nada suara berubah serius) disebabkan kepercayaan kau yang dia diculik oleh makhluk asing kau terus kaitkan semua benda dengan perkara tu!

Kata-kata itu membuatkan Aqiel terdiam serta-merta.

Ejen Aqiel Zayn:

… (membisu,hanya memandang ke bawah,hujan menitis di wajahnya)

Tiada lagi kata-kata selepas itu.Hanya bunyi hujan yang menemani mereka.

30 minit kemudian…Mereka berpisah dan pulang ke apartmen masing-masing.Di dalam biliknya,Zyra membersihkan diri dan cuba menenangkan fikiran.Namun ketika dia sedang mengenakan pakaian tidur,matanya tertumpu pada sesuatu yang membuatkan jantungnya berdegup laju.Dua benjolan kecil di bahagian belakang punggungnya.Tanpa membuang masa,dia terus mencapai telefon dan menghubungi Aqiel,lalu bergegas ke apartmennya.

APARTMEN EJEN AQIEL ZAYN.MALAM.

Zyra berdiri di dalam ruang tamu yang agak gelap,hanya diterangi cahaya lilin.

Ejen Zyra Kalista:

Ejen Aqiel apa benda ni? Adakah ini… (nada cemas)

Ejen Aqiel Zayn memandang sekilas,kemudian menahan senyum.

Ejen Aqiel Zayn:

bukan apa-apa tu cuma kesan gigitan nyamuk je.

Ejen Zyra Kalista menghela nafas lega.

Ejen Zyra Kalista:

Huhh…buat aku terkejut.Tapi…kenapa rumah kau gelap macam ni? Blackout ke?

Ejen Aqiel Zayn:

ya elektrik terputus.Jadi aku guna lilin. (senyum ringan) duduklah kau nak minum kopi?

Ejen Zyra Kalista:

tak apa,terima kasih. (duduk perlahan)

Ejen Aqiel Zayn:

tadi kau nak tanya apa?

Ejen Zyra Kalista:

oh ya aku masih tak tahu sepenuhnya tentang kehilangan adik kau…Sarina Zayn.Aku cuma baca rekod ringkas.Kenapa kau begitu yakin dia diculik oleh makhluk asing?

Wajah Aqiel berubah serius.Dia terdiam seketika sebelum bersuara perlahan.

Ejen Aqiel Zayn:

sebab…aku ada dekat situ masa tu.

Zyra terdiam,memberi ruang untuk dia meneruskan.

Ejen Aqiel Zayn:

malam tu dia tiba-tiba melayang…dan hilang betul-betul dekat tingkap rumah lama kami.Ada cahaya terang…rumah bergegar…masa macam jadi perlahan…semua tu tanda kehadiran diorang.

Ejen Zyra Kalista memandangnya dengan ragu,tetapi masih cuba berhati-hati dengan kata-kata.

Ejen Zyra Kalista:

tapi…siapa tahu itu cuma mimpi kau? Kadang-kadang budak kecil bila bermimpi diorang rasa macam benda tu realiti.

Ejen Aqiel Zayn terus mengangkat kepala,matanya tepat memandang Zyra.

Ejen Aqiel Zayn:

mimpi…? (nada suaranya perlahan tapi tegas) aku tahu beza antara mimpi dengan realiti.Aku tak bermimpi…semua tu berlaku depan mata aku sendiri.

Suasana menjadi sunyi.

Ejen Aqiel Zayn:

aku…betul-betul rindukan adik aku.

🕯️Cahaya lilin berkelip perlahan,dan di sebalik ketenangan malam itu misteri yang menyelubungi mereka semakin dalam.

"TRRUUTT!!" 📱

(bunyi telefon memecah kesunyian malam di dalam apartmen)

Ejen Aqiel Zayn segera mencapai telefonnya lalu menjawab panggilan tersebut.

Ejen Aqiel Zayn:

ya…apa dia,Doktor Giran?

Doktor Giran:

aku dah berkali-kali hubungi kau tadi,tapi langsung tak ada respon.

Ejen Aqiel Zayn:

maaf…bateri telefon aku habis tadi.Kenapa? Ada apa-apa berlaku?

Nada suara di hujung talian kedengaran cemas.

Doktor Giran:

pesakit yang bernama Chua dia dah melarikan diri dari hospital!

Ejen Aqiel Zayn:

apa?! Sejak bila?!

Doktor Giran:

lebih kurang dua jam lepas.Aku dah maklumkan pihak polis untuk cari dia!

Ejen Aqiel Zayn:

baik terima kasih,doktor. (menamatkan panggilan)

Zyra yang berada tidak jauh darinya terus memandang dengan wajah penuh tanda tanya.

Ejen Zyra Kalista:

kenapa? Apa yang jadi?

Ejen Aqiel Zayn mencapai jaketnya dengan tergesa-gesa.

Ejen Aqiel Zayn:

Chua dah lari dari hospital dan aku rasa aku tahu ke mana dia pergi.Jom,kita gerak sekarang!

PENDALAMAN HUTAN BERHAMPIRAN JALAN RAYA LERENG BUKIT.2:00 PAGI.

Suasana malam itu lebih sunyi dan menyeramkan berbanding sebelumnya.Kabus nipis mula menyelubungi kawasan hutan,manakala angin malam bertiup dingin.Di tengah jalan,kelihatan seorang lelaki berlari dalam keadaan terhuyung-hayang sambil mendukung seorang gadis dalam pelukannya.

Chua:

ah… fuh… ah fuh…! (berlari dengan nafas tercungap-cungap,wajahnya penuh ketakutan dan air mata)

Dari belakang,seorang lelaki mengejarnya dengan penuh panik.

Inspektor Zeng Li:

Chua! Jangan ke sana,anak aku!! (menjerit sambil berlari mengejar)

Chua langsung tidak menoleh,seolah-olah dia sudah membuat keputusan yang tidak boleh diubah.

Inspektor Zeng Li:

Chua!! Dengar cakap aku!!

Tiba-tiba.

"KUUUU~~!!!" ⚡

(satu cahaya terang memancar dari udara,turun tepat ke permukaan jalan)

Seluruh kawasan diterangi cahaya yang menyilaukan.Angin seolah-olah berhenti,dan suasana menjadi sunyi secara tiba-tiba.Chua berhenti di tengah cahaya itu.Air matanya mengalir tanpa henti.

Chua:

maafkan aku,ayah…maafkan aku… (suara bergetar,memeluk gadis itu lebih erat)

Inspektor Zeng Li terhenti beberapa meter darinya,wajahnya penuh keputusasaan.

Inspektor Zeng Li:

jangan pergi…jangan tinggalkan aku…ayah tak nak kehilangan kau lagi…! (air mata mengalir deras)

Pada saat itu,Ejen Aqiel Zayn tiba di lokasi tersebut,nafasnya laju selepas berlari.

Ejen Aqiel Zayn:

Chua! Dengar cakap ayah kau! Kalau kau ikut diorang kau takkan kembali lagi!!

Chua Zeng mengangkat wajahnya perlahan,matanya berkaca seperti seorang kanak-kanak yang ketakutan.

Chua:

err… err… selamat tinggal…Ayah..😢(menangis teresak-esak)

Inspektor Zeng Li:

TIDAAAKK!! Chua!! Anak aku!!😭

Tiba-tiba.

"ZHUUUFF!!" ⚡

(dalam sekelip mata,tubuh Chua bersama gadis yang didukungnya lenyap ke dalam cahaya itu)

Cahaya tersebut kemudian hilang begitu sahaja meninggalkan kegelapan yang sunyi.Ejen Aqiel Zayn hanya berdiri kaku,kepalanya tertunduk,wajahnya penuh kesedihan dan kekecewaan.

Ejen Aqiel Zayn:

… (membisu)

Beberapa saat kemudian,Ejen Zyra Kalista tiba dari arah belakang,tercungap-cungap.

Ejen Zyra Kalista:

Ejen Aqiel apa yang berlaku tadi?! Apa yang aku terlepas?!

Ejen Aqiel Zayn tidak terus memandangnya.

Ejen Aqiel Zayn:

dia…dah pergi…diorang dah ambil dia…

Ejen Zyra Kalista:

diorang…?

Di hadapan mereka,Inspektor Zeng Li jatuh berlutut di atas jalan,meraung dalam tangisan yang memilukan.

Inspektor Zeng Li:

😭 uwaaahh…Chua…anak aku…!! (menangis tanpa henti)

Malam itu menjadi saksi kehilangan yang tidak dapat dijelaskan dan buat pertama kalinya,Zyra sendiri mula meragui logik yang selama ini dipegangnya.

IBU PEJABAT B.P.B,KUALA LUMPUR,MALAYSIA.8:10 PAGI (KEESOKANNYA)

Suasana pagi di ibu pejabat kelihatan sibuk seperti biasa,namun bagi sesetengah pihak kes malam tadi masih menghantui fikiran.

Laporan rasmi:

"Menurut Ejen Aqiel Zayn,Chua merupakan individu yang ‘terpilih’ untuk dijadikan bahan kajian oleh ‘mereka’,iaitu makhluk asing yang dikaitkan dengan fenomena UFO.Kedua-dua mangsa gadis sebelum ini dipercayai menjadi korban,dipersembahkan oleh Chua kepada ‘mereka’ sebagai sebahagian daripada eksperimen.Namun begitu,kenyataan ini adalah berdasarkan hipotesis Ejen Aqiel Zayn semata-mata.Sebagai rakan kerjasama yang baru,aku masih belum mempunyai bukti kukuh atau maklumat lengkap berkenaan Kes-X yang dikendalikannya.Tambahan pula,ketika kejadian malam tadi,aku tiba lewat di lokasi.Hanya Ejen Aqiel Zayn yang menyaksikan secara langsung saat Chua berdiri di tengah kawasan bersama seorang gadis,sebelum satu pancaran cahaya putih turun dari langit dan kedua-duanya lenyap dalam sekelip mata.Ejen Aqiel Zayn percaya cahaya tersebut berasal daripada kapal piring UFO.Namun,sama ada ia benar atau tidak..itu masih belum dapat dipastikan."

{Laporan oleh: Ejen Zyra Kalista}

BILIK PENGARAH B.P.B.

Di dalam bilik yang luas dan eksklusif itu,dua orang pegawai atasan sedang berbincang.Asap rokok memenuhi ruang udara,menambahkan suasana serius dalam perbualan mereka.

Datuk M:

nampaknya Ejen baru tu serasi dengan Ejen Aqiel…aku setuju diorang teruskan kerjasama ni.🚬 (menghembus asap rokok perlahan)

Ketua Pengarah Farid Rahman mengangguk kecil.

KP Farid Rahman:

betul.Aku harap diorang boleh jalankan tugas dengan baik…kes ni bukan kes biasa.

"TOK! TOK! TOK!"

Ketukan pintu kedengaran.

KP Farid Rahman:

silakan masuk.

Datuk M bangun dari tempat duduknya.

Datuk M:

aku pergi dulu.

KP Farid Rahman:

(mengangguk)

Pintu dibuka,dan Ejen Zyra Kalista melangkah masuk dengan wajah tenang namun serius.

Ejen Zyra Kalista:

tuan…tuan panggil aku?

KP Farid Rahman:

ya,Ejen Zyra.Duduk.

Ejen Zyra Kalista:

terima kasih,tuan. (duduk dengan tertib)

Ketua Pengarah Farid Rahman mencapai satu fail di atas mejanya laporan yang baru sahaja dihantar pagi itu.

KP Farid Rahman:

aku dah baca laporan kau.Jadi…semua yang ditulis tu benar?

Ejen Zyra Kalista menarik nafas perlahan sebelum menjawab dengan berhati-hati.

Ejen Zyra Kalista:

itu adalah apa yang Ejen Aqiel beritahu aku,tuan.Masa kejadian berlaku aku sampai lewat.Hanya dia yang sempat lihat semuanya dengan jelas.

Ketua Pengarah Farid Rahman memandangnya tajam,seolah-olah cuba menilai kejujuran di sebalik jawapan tersebut.

KP Farid Rahman:

kau tak rasa…dia mungkin mereka-reka cerita?

Soalan itu membuatkan Zyra terdiam seketika.

Ejen Zyra Kalista:

…itu aku tak berani nak sahkan,tuan.Tapi…Ejen Aqiel pernah cakap pada aku.

Dia berhenti seketika sebelum menyambung.

Ejen Zyra Kalista:

dia percaya kita sebenarnya tak bersendirian...

Bilik itu menjadi sunyi seketika.Kata-kata itu menggantung di udara,membawa makna yang lebih dalam daripada sekadar kepercayaan biasa.Dan tanpa disedari garis antara logik dan kepercayaan mula menjadi semakin kabur.

KES-❌ DI TUTUP.👽

" KEBENARAN ITU BERADA DI LUAR SANA. . . "

Episodes
Episodes

Updated 1 Episodes

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play