Kembali Cinta Semula

Kembali Cinta Semula

1

"HAHAAHHAHHAHAHH...."

Kedengaran jelas gelak tawa seorang demi seorang iaitu papa, mama dan adik tirinya . Tapi hatinya makin pedih apabila melihat insan yang dia percaya dan cinta setulus hati turut ketawakan dia.

"Padan muka engkau.. mampus lah engkau " kata perempuan muda yang sedang memegang erat lengang seorang lelaki yang sedang mencium cium lehernya itu.

Ya, perempuan muda itu ialah adik tirinya, Arissa. Manakala lelaki yang masih mencium-cium leher Arissa itu ialah Frendy, kekasih cinta hati yang dia percayakan itu.

Qrissa yang sedang nyawa-nyawa ikan didalam hati hanya berdoa dan bersumpah berharap dihadapannya adalah sebuah mimpi.

Tiba-tiba ...

DEGEBANGGGGG... pintu gerbang itu telah terbuka luas apabila diterajang oleh seorang lelaki yang dikenali Qrisya sangat. Lelaki yang selalu menderanya menjadikan dirinya hanya hamba pemuas nafsu. Qrisya bencikan lelaki itu, Rayyan.

Rayyan datang menghampiri jasad Qrisya. Wajah Rayyan sudah berubah menjadi tegang dan serius.

"Pukul mereka dan campak ke sangkar buaya, Pastikan mereka mati kena makan!!" jerkah Rayyan memberi arahan kepada anak buahnya. Apabila panglima telah memberi arahan mereka wajib patuh.

Semua tabit lalu bergerak mengari papa, mama, Arissa dan Frendy.

Tiada siapa disitu kecuali Rayyan dan jasad yang terkaku itu, Qrisya.

"Qrisya.... kenapa awak tinggalkan saya?" soal Rayyan sambil meletakkan jasad itu diatas ribanya. Tangannya diusap pelan kepala Qrisya.

Qrisya seperti roh di hadapan Rayyan, Qrisya melihat Rayyan sudah menitis air mata sambil mengusap halus pipi jasadnya itu. Qrisya berasa hairan, KENAPA??.. bukankah Rayyan tidak suka padanya?. Selalu berlaku kasar padanya.

"Sebelum datang ke sini saya dah telan racun apabila mendengar berita awak telah dibunuh. Saya tak sanggup hidup seorang diri tanpa awak, Qrisya" kata Rayyan yang sudah muntah darah itu. Roh Qrisya terkejut mendengar dan melihat keadaan Rayyan. Tak sangka Rayyan setulus itu cinta padanya, CINTA?.

"Rayyan... setulus itu ke awak cintakan saya?. Kenapa awak selalu kasar pada saya?. Kalau saya di berikan peluang saya akan belajar mencintai awak, Rayyan. Kalau saya dapat undurkan masa, saya sepatutnya mencintai awak Rayyan" kata Qrisya sambil mengusap pipi Rayyan walaupun Rayyan tidak dapat rasa tangannya yang menempusi pipi itu kerana dia hanyalah roh bayang-bayang tetapi dia berharap Rayyan dapat merasa kehadirannnya.

"Saya... UHUKKK!!" batuk Rayyan semakin kuat. Cecair darah makin pekat dimuntahnya.

"saya ..cintakan awak..UHUKKK!" Rayyan akhirnya rebah terbaring disisi Qrisya sambil menggenggam tangan Qrisya dengan erat.

"Qrisya..." panggil Rayyan pelahan, sebelum dirinya turut tidak sedarkan diri.

Bayangan roh Qrisya seolah menangis tersedu-sedu apabila melihat Rayyan yang tidak bernyawa disisinya sambil menggenggam erat tangannya.

"Kalaulah boleh undurkan masa... kalau lah boleh undurkan masa... undurkan masa.. undurkan masa... undurkan masaaaaa..." jerit Qrisya yang memejamkan mata sambil menjerit sekuat hati dan menangis teresak-esak itu.

"Qrisya!"

Qrisya membuka mata.

Wajahnya terkejut. Dia kini di kekelingin ramai orang dan dihadapan nya ialah Fendy.

Di manakah aku ni ?. kata Qrisya didalam hati. Qrisya melihat didalam tangannya ada sekotak kecil yang dibaluti kertas bercorak hati ,love. Sekejap..

Ini macam ... masa aku berikan hadiah pada Frendy. Sekejap...

AKU DAH DI MASA LALU???. AKU DAH UNDURKAN MASA???..

Wajah Qrisya terkejut beruk. Qrisya sudah menampar pipinya berkali - kali. SAKIT.. Jadi..betullah!!..

"Qrisya... itu hadiah untuk saya kan?. " kata Frendy sambil tersenyum sinis. Macamlah dia tak tahu, sekarang kan hari kekasih. Mesti Qrisya akan memberinya hadiah. Seperti semua orang tahu Qrisya memang dari dulu gilakan dia. Tangan sudah dihulur pada Qrisya, tanda inginkan hadiah tersebut.

Dari jauh kedengaran moto superbike.

"Oi!"

Suara itu macam... Qrisya menoleh. Rayyan!.

BERSAMBUNG...

Episodes
Episodes

Updated 1 Episodes

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play