Keesokan harinya, Mereka pun pulang ke istana. Secara tiba-tiba
Rossie menjerit kerana dia sudah mahu melahirkan.
Dengan sepantasnya, Allen membawanya ke bilik dan memanggil bibik dan bidan untuk mengurus isterinya.
Ketika situasi isterinya melahirkan, Allen tidak boleh untuk duduk dengan tenang. Dia berjalan ke sana sini kerana risau akan keadaan isterinya dan ketika dia sedang berfikir tentang keadaan isterinya
Bibiknya membuka pintu dan mengajaknya masuk kerana
"Isteri tuan selamat melahirkan. "
Allen pun mendengar hal tersebut terus berjalan masuk ke dalam dan mendapati.
Rossie melahirkan anak kembar yang sangat comel. Kedua-dua rambut anaknya mengikuti warna rambutnya melainkan ekornya mengikuti isterinya.
Dia terus ke arah katil tersebut dan Rossie mengatakan.
"Nama-nama anak kita apa?. "
Kata Rossie dengan penuh keletihan lalu Allen mendukung kedua-dua anaknya dan memberikan nama iaitu
"Yang kanan namanya Noah kiri pulak Muen. "
Mendengar suaminya memberi kan nama anaknya tersebut dia tersenyum lalu Allen meletakkan kedua anaknya di samping Rossie. Kemudian, Allen menyuruh bibik dan bidan untuk bersurai kerana sekarang waktu isterinya berehat.
Setelah itu, Allen berbaring dia sebelah hujung kanan dan Rossie di sebelah hujung kiri lalu Allen mengeluarkan ekornya yang berwarna hitam, panjang dan agar besar. Dia mengerakkan ekornya untuk membuat bulatan dimana di dalam nya terdapat anak dan isterinya. Situasi ini ibarat, Sang Ayah Naga ingin melindungi keluarganya. Lalu Rossie bertanya.
"Kenapa keluar ekor you, bukan ke ekor yous sensitif?. "
Lalu Allen mengatakan bahawa mengapakah dia berbuat sedemikian kerana ini merupakan tanda bahawa orang yang ada di dalam bulatan ekornya adalah orang-orang yang teramatlah penting dalam hidup Allen. Setelah itu, Allen menyuruh Rossie untuk tidur dan dia pun tidur dalam keadaan sebegitu.
Keesokannya, Maria datang dengan tergesa-gesa mendengar khabar adiknya telah melahirkan. Dia terus memasuki bilik adiknya dan dia melihat adiknya berserta kedua-dua anak buah nya dia atas katil.Selepas itu, Allen keluar dari sebuah ruangan dan dia melihat Maria dan mengatakan.
"Diorang tidur lagi. "
Kata si Allen sambil memandangkan wajahnya ke anak-anak nya dan isterinya yang tertidur pulas.
Ketika Waktu tengahari dimana mereka telah pun bangun,Maria terus mendukung kedua-dua anak buahnya yang comel dan bertanya
"Apa nama-nama baby comel ni? ".
Rossie mengatakan bahawa yang Didukung di sebelah tangan kanan ialah Noah dan kiri Muen.
Setelah mendengar nama-nama anak buahnya dia terus memaparkan wajah gembiranya. Tak lama setelah itu,Maria harus pulang kerana terdapat hal yang perlu diuruskan oleh dirinya.
Di saat Allen dan Rossie menghantar nya ke pintu gerbang mereka bersalaman dan berpelukan. Kemudian, Maria bergerak ke istana nya kembali.
Setelah itu, Rossie meletakkan kepala nya di dekat bahu Allen.Dia berasa amat gembira kerana Allen bersama nya ketika dia melahirkan anak mereka.
Secara tiba-tiba, Allen mengangkat Rossie dan dia mengatakan sambil berjalan iaitu "Dah lah Jom rehat" Kata si Allen sambil berjalan ke dalam istana. Manakala si Rossie mendengar pernyataan Allen dia tidak mengatakan apa² sebaliknya dia memeluk Allen.
Keesokannya, Rossie ingin pergi berbelanja baju untuk anak-anak nya bersama Allen namun dia menitipkan anaknya kepada para maid kerana masih kecil untuk dibawa keluar.
DRAGONS CITY
Setibanya mereka di Dragons city, Rossie terus mengajak Allen ke sebuah kedai dimana kedai tersebut menjual makanan kegemaran Rossie. Tanpa sebarang alasan, Allen hanya mengikuti kehendak isterinya.
Ketika mereka di dalam kedai, seperti biasa Rossie memesan makanan kegemaran nya. Ketika makanan nya sampai Allen terus mengambil sedikit makanan nya menggunakan sudu dan meletakkan di dekat mulut Rossie dan mengatakan.
"Aaah".
Rossie terus memasukkan makanan yang disuapi oleh Allen. Selapas itu, mereka menikmati makanan nya seperti biasa.
Setelah itu, mereka berbelanja keperluan anak-anak nya. Mereka juga memainkan beberapa permainan yang ada di sana.
Kemudian ketika mereka hendak pulang Allen memberikan isterinya sebuah Teddy bear berukuran sederhana. Dia memberikan isterinya dengan senyuman tanpa berkata sepatah perkataan. Rossie tanpa sebarang alasan, langsung menerimanya kerana itu merupakan hadiah daripada suaminya tercintanya. Rossie pun memegang erat tangan suaminya sambil berjalan untuk pulang.
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Updated 5 Episodes
Comments