Oyen masih belum pulang. Sudah masuk hari ke empat ayah tidak melihat kelibatnya. Aku memberitahu ayah bahawa pagi tadi aku ada melihat Oyen di tepi longkang di belakang rumah. Oyen sedang bermain main di bawah pokok tua di taman permainan di hadapan rumah dua hari yang lalu. Namun, ayah masih tidak berpuas hati kerana dia sendiri tidak melihat kelibat Oyen.
"Kemanakah Oyen pergi? Dia tidak makan pun makanan yang ayah sediakan. Adakah dia merajuk? Hujan hujan begini di manakah dia berteduh? "Kami hanya mendengar keluhan ayah. Sudah seminggu, hampir setiap malam pada hujung pertengahan Disember ini hujan turun diiringi dengan guruh dan angin.
Kelabu masih di pangkuan ayah.Apabila melihat Kelabu ,aku terimbas kembali tentang kucing itu yang dipungut oleh ayah sewaktu pulang dari tempat kerja.Keadaan Kelabu yang tidak terurus dan kurus dahulu kini telah berubah.Kelabu semakin gebu dan tembam.Bulunya yang berwarna kelabu menjadikannya tampak menarik seperti kucing Siam.Ayah semakin memanjakan Kelabu.Bagiku barangkali kehadiran Kelabu,Oyen semakin terpinggir daripada belaian dan perhatian ayah.
Malam itu ayah hanya menjamah makan malam sedikit sahaja dan katanya dia tidak berselera.Kami tahu akan sebabnya dan tidak menyangka bahawa ayah terlalu risau akan Oyen.Apabila selesai sahaja membasuh tangannya,ayah terus ke ruang tamu dan duduk di sofa.Kelabu yang selalu mengekori ayah tidak dipedulikan oleh ayah pada malam itu.
Ibu,aku,Azura dan Anis yang masih belum menyudahkan makan malam hanya terdiam melihat reaksi ayah tentang kehilangan Oyen.Ibu sebelumnya telah berpesan kepada kami supaya tidak memberikan apa apa pandangan yang mungkin akan menyinggung atau menambahkan rasa bimbang ayah.
"Mungkin sejak kedatangan Kelabu,aku telah mengabaikan Oyen," bisiknya kepada diri sendiri.Dia menyesal dengan tindakannya membiarkkan Oyen.Dia terimbas kembali kenangan ketika Oyen mula mula menjadi sebahagian daripada hidup mereka.
Petang itu,ayah pulang dari pejabat agak lewat daripada hari biasa.Sedang dia memandu keretanya di jalan taman perumahannya,tiba tiba dia berasa bahawa dia terlanggar sesuatu.Kemudian,ayah memberhentikan keretanya untuk meninjau benda yang dilanggarnya itu.Dia hanya mampu mengucap apabila seekor kucing terlantar mati di bawah tayar keretanya.Namun hatinya lebih tersentuh apabila datang seekor anak kucing mengiau ngiau di hadapan kucing yang tidak bernyawa itu."Mungkin ini ibunya," detik hatinya.
Petang itu,ayah pulang bersama sama dengan seekor anak kucing jantan dan yang paling gembira menyambut kedatangan anak kucing itu ialah Anis.Cepat cepat anak bongsunya itu mendukung anak kucing tersebut sambil bertanya, "Apakah namanya?" Dengan spontan,ayah menjawab "Oyen".Nama itu diberikan kerana seluruh ulu kucing itu berwarna oren.
Oyen mempunyai satu sifat yang menyentuh hati ayah iaitu sifatnya yang lembut,manja dan selalu menemani ayah sewaktu ingin keluar rumah.Pada tahun ini Oyen telah genap 6 bulan.Setiap bulan,ayah akan membawa Oyen pergi ke klinik haiwan untuk memeriksa keadannya.Ayah telah membelikan Oyen satu rantai berwarna oren. yang berloceng dan tertera nama 'Oyen'.Oyen sangat gembira dan menyukai loceng itu..
******
Aku melihat ayah terpinga pinga keluar dari biliknya lantas ke ruang tamu.Ayah bertanya tentang Oyen.Aku mengatakan aku tidak melihat kelibat Oyen pada pagi itu.Ayah seakan akan baru tersedar sambil menggelengkan kepalanya berkali kali.
Di meja makan pada pagi tadi,ayah bercerita kepada kami bahawa dia beemimpi Oyen pulang ke rumah semalam,dan hampir semalaman Oyen bersama sama dengan dengan ayah di ruang tamu.
Tiba tiba Anis muncul di ruang dapur.Kami semua terperanjat kerana di tangannya ialah Oyen yang kami tunggu kepulangannya tetapi pads saat itu Oyen sudah tidak bernyawa lagi."Anis jumpa Oyen di celah pokok tua yang tumbang semalam di taman permainan". Sebaik baik sahaja habis kenyataan itu,mata kami sekeluarga terus tertumpu kepada ayah.Ketika itu mata ayah mulai berkaca.
******
The End:)