Hanya Dirimu [The Only Key]
...AMARAN!!!...
...CERITA INI MELIBATKAN SCENE PEMBUNUHAN YANG MENYERAMKAN ...
"Woi, cepat lah!!" tempik gadis itu yang sudah sampai di tingkat atas dengan cara yang paling mudah dah senang. Senyum menang terukir menuju ke arah satu susuk jejaka yang sedang bersusah payah mendaki itu.
Jejaka itu berdecis dalam hati dah mengumpat macam-macam pada gadis itu. Dah guna benda alah tu memang lah cepat Zea woiiii.
"Daripada kau nak mengumpat aku dalam hati tu baik kau datang atas ni cepat sebelum Tuan datang" bidas gadis itu lagi sambil mata memerhati Muhammad yang sudah hampir ke tingkat atas.
"Kau ni kata jantan apa lembik-lembik ni" sinis Zea lagi.
"Lantak lah nak kata aku tak jantan ke tak . Tuan on the way ke sini bye aku masuk " kata Muhammad dengan selamba melangkah pergi meninggalkan Zea yang beriak tenang.
Zea mengulingkan bebola mata iris berwarna coklat pekat. Dengan mulut mengejek semula apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi lalu dia melangkah pergi mengikut Muhammad yang sudah jauh darinya.
"Bro, asal lambat?" soal Taufiq apabila susuk Muhammad dan Zea muncul dari muka pintu bilik meeting.
Mereka berdua tidak menjawab soalan Taufiq malah terus masuk dan berjalan melabuhkan punggung ke tempat duduk yang telah disediakan.
Taufiq mengangkat kening ke arah Muhammad. Muhammad turut memandang Taufiq.
"Biasa lah. Zea tu . Sebelum nak sampai ni macam-macam dia challenge aku woii. Kau takpe lah selalu datang on time" jawab Muhammad.
Taufiq dan Muhammad berpaling serentak ke arah Zea yang sedang bersiul dengan kaki disilang ke atas bersama jari runcingnya bermain pusing-pusing pada anak rambut hitam itu.
Zea yang perasan dirinya diperhatikan mengalih pandangan ke arah kedua-dua jejaka .
"Apa, ada hutang ke?" bidas Zea.
Baru sahaja Taufiq mahu menjawab Tuan Anaqi mula muncul dari muka pintu itu dengan berpakaian kemeja putih tiada kot dan neck tail di leher jinjang Tuan Anaqi dan dua butang teratas dibiar terbuka begitu.
Mereka semua mula diam dan membetulkan kedudukan mereka menunggu Tuan Anaqi berjalan ke arah kerusi yang dikhaskan untuk Tuan Anaqi sahaja.
Lalu meeting dimulakan dengan arahan Tuan Anaqi.
________________________
Selesai sahaja meeting, Zea dipaksa menunggu semua orang keluar dari bilik meeting ini atas arahan Tuan Anaqi yang ingin menbincangkan hal mustahak kepadanya.
"Duduk sebelah ayah, Zea" arah Tuan Anaqi kepada Zea yang duduk jauh darinya itu.
Zea dengan mulut tidak berkata bangun dan berjalan ke arah tempat duduk yang bersebelahan dengan Tuan Anaqi itu.
Kerusi ditarik lalu dilabuhkan dengan kasar. Muka dengan riak dingin dituju kepada Tuan Anaqi.
"Cakap jelah, ayah. Zea ada kerja ni" ngeluh Zea apabila ayahnya hanya merenungnya dari tadi.
Tadi kata nak bincang. Ni bila sampai sini tak nak cakap pulakkkkk.
"Kamu dengan Razif macam mana? Ayah dengar yang kamu pergi buat kecoh dekat tempat dia" soal Tuan Anaqi kepada Zea.
"Ayah, please. Zea minta maaf. Zea rasa Zea tak nak teruskan hubungan ni" minta Zea perlahan dengan nada suara lembut.
"No excuse. Kamu berdua tinggal tiga bulan lagi hubungan kamu berdua akan sah jadi suami isteri. Kenapa kena putuskan hubungan ni?" soal Tuan Anaqi merenung mata coklat pekat anaknya yang seperti melihat pandangan simpati.
Tuan Anaqi mengeluh perlahan. Dia kalah dengan tatapan anaknya perempuannya malah ianya satu-satunya keluarga yang dia ada selepas arwah isterinya meninggal melahirkan mereka berdua.
Dia menarik Zea masuk ke dalam dakapannya lalu tangan kasar digosok pada rambut panjang anaknya itu. Perlahan-lahan ianya digosok lalu satu kucupan diberi pada ubun-ubun anaknya.
Zea pula hanya senyap dalam dakapan Tuan Anaqi.
Lama mereka berdua keadaan begitu akhirnya Zea sendiri yang meleraikan pelukan hangat itu kerana terasa masanya sudah terbuang lama. Dia perlu ke sesuatu tempat.
"Kalau ayah tak nak cakap apa-apa, Zea pergi dulu" Zea meminta diri untuk pergi dengan sopan . Dia bangun dari tempat duduknya tadi dan melangkah pergi. Tapi sebelum pergi sempat dia menyalami ayahnya.
"Audrey..."terhenti langkah Zea itu apabila Tuan Anaqi memanggil namanya.
Zea memusingkan badan menghadap Tuan Anaqi dengan kening diangkat sebelah.
"Kalau kamu rasa nak putuskan hubungan ni ayah terima . Ayah tahu kamu belum bersedia dengan dunia rumah tangga ni....lagi satu esok Zya balik, dia nak kamu tunggu dia" kata Tuan Anaqi.
Zea mengangguk dengan senyum nipis lalu menyambung semula langkahnya yang tergenjala tadi.
Dalam hati dia sudah bersorak apabila mendengar adiknya bakal pulang ke tanah air esok.
__________________________
Pakaian yang lengkap iaitu pakaian berformal berwarna hitam kecuali kemeja berwarna putih. Tali leher tidak pakai kerana tidak minat. Lantas dua butang baju kemeja teratas dibiarkan terbuka.
Dia melangkah masuk ke bilik pejabatnya. Terlihat susuk wanita yang berusia berada di bilik pejabatnya.
Wanita yang berwarna blonde hair dengan gaya lurus. Baju blouse biru menjadi pilihan bersama skarf turut berwarna biru berada di atas rambut blonde wanita yang berusia itu.
"Hey, mom" sapa Wilder kepada ibunya yang berada di biliknya.
"Hey" sahut Mrs Xaviera yang duduk di satu sofa panjang. Kaca mata hitam dibuang lalu diletakkan di atas meja dengan tenang. Sekarang jelas mata iris terlihat.
Wilder melabuhkan diri di sebelah tempat duduk ibunya lalu tangan disalam dan dahi kucup sekilas. Itu sudah menjadi rutinnya jadi tiada rasa segan atau kekok baginya.
"Kenapa mommy tak cakap mommy nak datang. Wil boleh je datang awal dekat pejabat" ujar Wilder dahulu.
"Surprise. Mommy sendiri pun tak boleh datang ke. Lagipun Wil tu jarang sangat balik rumah mommy tau. Ni mommy datang sini nak lepaskan rindu anak kesayangan mommy ni" ujar gembira Mrs Xaviera.
Semenjak Wilder memegang jawatan di syarikat suaminya ini hampir jarang nak lihat susuk anak lelakinya datang ke rumah. Selamat laki aku ada tapi laki dengan anak lain lahh.
"Mommy kan tahu Wil banyak kerja dekat sini tapi takpe memandangkan hari ni mommy datang. Wil ambil cuti hari ni. Semua meeting client hari ni Wil suruh p.a Wil batalkan"
"OMG. You're the my lovely son I've meet. Who's mother? Hmm" usik mrs Xaviera dengan mencubit pipi Wilder tanpa menghiraukan muka Wilder yang pasrah dengan dirinya juga .
"I'm not a child anymore, mommy. Please didn't again in front people" mrs Xaviera mengeleng kepala tapi tangannya tetap juga mencubit pipi anaknya.
Wilder layan saja dengan perangai ibunya kalau ditegur memang teguran tu tak terlekat dalam kepala otak macam bunyi angin masuk gitu je.
Haish baru ibu kalau aku dah kahwin ni lagi teruk nak kena layan perangai bini.
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Comments