2%

Mata meliar sekeliling kawasan airport yang berada di Jerman dipenuhi dengan pelancong yang datang ke tanah air atau sekadar hanya bercuti untuk meluangkan masa.

Jam dikerling buat kali ke sepuluh. Hampir setengah jam dia menunggu di kawasan airport. Tambahan pula kawasan yang bunyi pelbagai jenis bahasa membuatkan kepala dia pening.

Dan ini kenapa sebab ke apa dia tidak suka menunggu malah berada ditempat orang ramai membuatkan dia rasa rimas.

"Zea!!!" panggil seseorang .

Zea yang mendengar namanya dipanggil lantas mengangkat kepala. Bunyi yang datang dari arah bahagian masuk airport itu.

Apabila susuk itu semakin hampir bukan senyum dituju tapi muka dingin dengan pandangan tajam dituju kepada susuk itu.

"Sorry lah. Bukan salah aku. Salah pilot tu yang bawa lambat sangat" pujuk Zya .

"Yelah. Aku maafkan. Nanti aku cari pilot yang bawa kapal terbang tu biar dia hadap aku dulu" kata Zea .

Zya mengangguk bersama senyum nipis kepada kembarnya.

"Ahuk" terkejut dirinya apabila badannya dipeluk laju oleh Zya. Lantas dia turut membalas pelukan kembarnya dengan erat.

Sudah lama mereka berdua tidak berjumpa. Kali terakhir mereka bertemu semasa Zya meminta ingin ke Malaysia untuk sambung pengajian di sana.

Dan 5 tahun berlalu mereka akhirnya bertemu dengan secara bersemuka. Dulu semasa Zya berada di sana selalu je on call tapi mula-mula. Bila makin lama hubungi Zya mula sibuk dengan assignment yang perlu disuapkan sehingga tidak sempat mahu menjawab telefonnya dan Zea hanya membiarkan kerana dia tahu kembarnya sibuk mengejar cita-cita.

Lain lah dia tiada cita-cita.

Walaupun kami berdua kembar tapi kami berdua berbeza seperti sifat, perangai, impian dan hati.

"Lama tak jumpa kau Zea. Aku rindukan kau sangat-sangat" peluk Zya dengan kuat.

"Kalau ye pun rindu jangan lah peluk aku macam peluk anak patung kau. Kan aku tembak perut kau nanti baru tahu" bidas Zea.

Zya pantas meliarkan pelukan sambil tersengih macam kerang busuk.

"Dah lah jom Kita balik. Ayah dah tunggu kau dekat rumah tu" Zea pantas menyuruh beberapa bodyguard yang berada di sisinya dari tadi untuk menolak troli yang dipenuhi dengan bagasi Zya itu.

"Aku dengar kau dah bertunang. Siapa laki tu?" soal Zya sambil berjalan mengikut Zea pergi menuju ke arah di Mana kereta terparkir.

Zea menekan kunci kereta Lamborghininya lalu berjalan ke arah bahagian pintu pemandu. Zya memandang Zea dengan riak tertanya-tanya.

"Aku dah putuskan. Nanti aku cerita kenapa" jawab Zea lalu membolos masuk ke dalam perut kereta bersama Zya yang turut memboloskan juga.

Brek kereta dijatuhkan ke bawah lalu pedal minyak di tekan dengan laju kereta lamborghini meluncur kelaur dari kawasan lapangan terbang itu diikuti kereta bodyguard nya dibelakang.

Selepas beberapa minit memandu mereka akhirnya sampai di perkarangan rumah Tuan Anaqi.

Pintu kereta ditutup rapat lalu dikunci. Dua susuk mula memasuki ke dalam rumah yang gah seperti istana tapi hanya dihuni oleh tiga orang sahaja dan 4 pembantu rumah yang bekerja di rumah Tuan Anaqi.

"Ayah" panggil Zya dengan teruja gerangan sudah lama tidak bersemuka dengan satu-satunya ahli keluarga yang dia ada selain Zea.

Tuan Anaqi yang ralit membaca surat khabarnya lantas mengalih pandangan apabila mendengar suara anak perempuannya lantas mendepa tangan ke arah anaknya sorang ini.

Mereka saling membalas pelukan. Tuan Anaqi mengosok rambut panjang Zya bersama mata melihat Zea yang berada di belakang Zya itu.

Zea turut memandang Tuan Anaqi. Mata mereka berdua saling bertembung. Tapi Zea hanya buat tak endah sahaja. Dia malas nak bertengkar dengan ayahnya sekarang.

Dia berlalu keluar dari ruang tamu itu meninggalkan kembarnya yang masih melepaskan rindu yang berapa tahun tak berjumpa.

Sebelum dia keluar sempat dia menangkap pandangan Tuan Anaqi itu seakan-akan tidak mahu dia keluar rumah.

Tapi ini Audrey Zea tidak suka mendengar arahan orang dan lebih suka kepada melanggar arahan.

So tiada bantahan untuk dirinya.

__________________________

Seperti biasa bila malam mula menjelma dan dimana dia dan ahli-ahli mereka berkumpul untuk menjalankan misi.

Susuk wanita berpakaian serba hitam. Muka ditutup hanya mata coklat pekat yang terlihat bersama bulu mata lenting boleh membuat para lelaki tergoda dengan matanya.

Dengan langkah perlahan dia berjalan sambung menyembunyikan dirinya dari musuh mereka.

Mata dikerling ke arah satu pintu yang tiada pintu. Mereka saling berbalas mata seperti menggunakan bahasa mata agar kedatangan mereka tidak diketahui.

Tajam mata Zea merenung ke arah Muhammad yang tidak mahu masuk dahulu.

Muhammad hanya mengeluh sahaja. Kenapa lah asyik aku yang kena masuk dulu. Manakala Taufiq pula hampir mahu tergelak tapi ditahan dengan mulut ditutup kemas. Tapi dalam hati dah ketawa terbahak-bahak kepada Muhammad.

Muhammad dengan selamba berlalu pergi sambil kedua-dua susuk itu memerhati pergerakannya.

Bahu salah seorang penjaga yang menjaga pintu itu disentuh perlahan.

Sekali sentuh tidak di paling.

Kali kedua disentuh masih tidak di paling.

Haish awat susah sangat anak buah dia ni nak tengok aku ni. Mahu marah sahaja Muhammad apabila mereka masih tidak berpaling malah tidak bergerak selangkah langsung.

Dan ini kali ketiga dia sentuh orang itu tapi bukan bahu yang disentuh tetapi kepala ditumbuk kasar sehingga terjatuh orang itu termasuk kawannya yang berada di sebelah turut terjatuh.

"Kau siapa?" soal orang itu dalam bahasa Jerman.

"Aku manusia lerrr...takkan hantu pula. Haish tulah wayar dalam kepala banyak terputus sebab tu aku ciut kau. Kau tak geram pun" seloroh Muhammad.

Dua orang itu saling berpandangan dengan berkerut dahi apabila tak faham apa yang diujar oleh Muhammad.

"Tonto" tanpa sempat mereka berdua mengelakkan kedua-dua leher mereka dihiris dengan tangan yang cepat melakukan kerja.

Lantas Taufiq dan Zea mula masuk ke tempat itu dengan berlawan konco-konco musuh mereka.

Entah kenapa Zea seperti lain pada malam ini dia ternampak susuk yang dia kenal berada di sesuatu tempat.

Laju dia menikam orang yang dekatnya lantas dia berlari ke arah sesuatu tempat yang makin sunyi sepertinya dia sudah jauh dari Muhammad dan Taufiq yang  sedang bergelut dengan musuh mereka.

Langkahnya terhenti apabila dia mula perasan yang dia sudah berada di dalam hutan. Ye . Mission mereka kali ini berdekatan dengan hutan jadi susah nak berhubung secara talian kerana kawasan itu terlampau dalam.

"Haish takde line. Macam mana aku nak keluar dari hutan ni" getus Zea sambil tangan mengangkat ke sana ke sini ingin mencari connection di hutan itu.

Dalam beberapa langkah dia berjalan . Push!

Entah apa yang dia pijak terus dirinya di bawa turun ke sehingga dia mengadu sakit .

"Siapa punya kerja yang buat lubanh dalam sangat ni. Tahu lah nak umpang binatang tapi jangan lah umpang aku pula" sinis Zea.

Dia dengan mencuba sedaya upaya memanjat tapi hasilnya tidak terjadi.

"HAHAHAHA" terhenti usaha Zea mendengar suara orang yang tergelak jahat seakan-akan memerli dirinya.

"Kesiannya. Tak boleh nak keluar ke" perli lelaki itu menunduk ke bawah melihat Zea.

"Kau" tidak dia sangka. Melihat susuk lelaki yang berada dengan senyum sinis kepadanya.

Kain yang menutupi mulutnya dibuang bersama kepala baju diturunkan menampakkan rambut panjangnya yang muka beralun ke bawah.

"Hai darling. Long time not see you, darling" sinis Razif.

"Kau buat apa hah. Cukup lah apa yang kau dah buat dekat belakang aku. Lepaskan aku dari lubang dalam ni" kata Zea.

"Apa? Tolong kau? Boleh, darling. Kau tunggu kejap aku pergi ambil tali tau..." Razif lantas pergi .

Zea menarik nafas lega. Melihat seperti Razif tidak berdendam dengannya. Tapi melihat dirinya berada di dalam lubang yang dalam dan gelap seperti menakutkan.

Tidak lama kemudian Razif datang bersama satu kain yang berada ditangannya itu. Entah apa dipegang itu tapi Zea seakan tahu apa di dalamnya.

Dicampak sehelai kain sepertinya baju hujan. Zea memandang Razif silih berganti.

"....for my darling. Lagipun I tengok nak hujan jadi I bagi you baju hujan untuk u berteduh nanti. Bye" sinis Razif dengan selamba meninggalkan Zea yang tidak percaya dengan Razif itu.

"U jangan macam tu. Please tolong jangan buat I macam ni. I janji takkan putus tunang dengan u. Please Razif jangan macam ni" rayu Zea meminta tolong dari Razif .

Tapi semua rayuannya hampeh. Razif meninggalkan dia berada di dalam lubang yang dalam gah ada beberapa ekor binatang turut berada di dalam lubang itu.

Gruhhhh

Bunyi guruh dari langit gelap seperti hujan mahu turut. Zea dengan perlahan duduk sambil memeluk lututnya baju hujan yang diberi oleh Razif dilempar jauh darinya .

Tidak mahu dia memakai yang ada kaitan dengan jantan tak guna tu.

Bila hujan lebat mula turun dia membiarkan dirinya membasah kuyup tanpa ada tempat berteduh. Dia menutup telinga apabila bunyi guruh kian kuat berbunyi tambahan dia berada di tempat yang gelap.

Dengan lama dia dalam keadaan duduk memeluk lutut dengan telinga ditekap bagi tidak mendengar bunyi guruh tu dengan perlahan matanya tertutup rapat apabila kepalanya Mula berasa sakit di dalam lubang yang amat dalam. Selepas dari itu dunianya gelap.

Hot

Comments

Cute/Mm

Cute/Mm

I usually don't comment but I had to say something because I'm dying for the next chapter. Please don't keep us waiting, Author!

2025-04-19

0

See all
Episodes
Episodes

Updated 3 Episodes

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play