Kelas 2 Statistik

«"Kadang-kadang, sebuah kelas bukan sekadar tempat belajar. Di situlah takdir mula menulis kisah seseorang."»

Hari Pertama di 2 Statistik

Hari pertama persekolahan.

Aku bangun lebih awal daripada biasa.

Entah kenapa, malam tadi aku hampir tidak dapat tidur. Mungkin kerana terlalu banyak perkara bermain di fikiran.

Macam mana kalau aku tak dapat kawan?

Macam mana kalau semua orang dah ada geng masing-masing?

Macam mana kalau aku langsung tak sesuai berada di sini?

Pelbagai persoalan memenuhi kepala.

Selepas solat Subuh dan bersiap, aku berjalan menuju ke dewan makan bersama Haris dan Zharif.

"Relakslah, Nauf," kata Haris sambil ketawa kecil.

"Kau ni muka dah macam nak masuk interview."

Aku hanya tersenyum hambar.

"First day dekat kelas baru... mestilah nervous."

Zharif yang sedang menghirup air hanya mengangguk.

"Normal."

Selepas selesai sarapan, kami bergerak ke blok akademik.

Bangunan itu jauh lebih besar daripada sekolah lamaku.

Di setiap penjuru, pelajar berjalan sambil berbual dan bergelak ketawa.

Aku pula hanya memegang tali beg dengan erat.

"Ni kelas kau."

Haris menunjuk ke arah sebuah pintu.

Di atasnya tertulis...

2 STATISTIK

Aku menarik nafas panjang.

Perlahan-lahan aku melangkah masuk.

Suasana kelas tiba-tiba menjadi senyap beberapa saat.

Ramai yang memandang ke arahku.

Aku terasa seperti seorang pelakon yang baru masuk ke pentas tanpa skrip.

Guru kelas tersenyum.

"Baik semua... hari ni kita ada pelajar baharu."

Beliau memandang ke arahku.

"Cuba perkenalkan diri."

Aku menelan air liur.

"Assalamualaikum... nama saya Naufal."

"Aku dipanggil Nauf."

"Saya second intake..."

Belum sempat aku menghabiskan ayat...

Seorang pelajar di belakang bersuara.

"Welcome!"

Kemudian disambut pula oleh beberapa orang lain.

"Selamat datang!"

"Jangan risau, sini semua baik."

Aku mula tersenyum.

Mungkin...

Tak seseram yang aku sangka.

Guru kemudian menunjukkan tempat dudukku.

Aku berjalan perlahan menuju ke meja itu.

Ketika itulah...

Aku terdengar suara seorang perempuan.

"Nauf, nanti lepas kelas jangan lupa ambil jadual baru ya."

Aku berpaling.

Seorang perempuan sedang berdiri di hadapan kelas sambil memegang beberapa fail.

Tundungnya dipakai dengan kemas.

Wajahnya tenang.

Di tangannya ada buku catatan kelas.

Guru berkata,

"Kalau ada apa-apa hal kelas, boleh tanya dia."

"Dia penolong kelas."

Perempuan itu hanya mengangguk kecil sambil tersenyum sopan.

"Aku Aisyah."

Aku membalas senyumannya.

"Oh... terima kasih."

Itu sahaja.

Tiada muzik.

Tiada angin bertiup perlahan seperti dalam drama.

Tiada debaran luar biasa.

Hanya sebuah perkenalan yang sangat biasa.

Kalau seseorang bertanya kepadaku pada hari itu...

"Adakah kau akan jatuh cinta dengan perempuan itu suatu hari nanti?"

Aku pasti akan ketawa.

Mana mungkin.

Aku baru sahaja mengenalinya.

Malah...

Aku langsung tidak memikirkan soal cinta.

Bagiku, dia hanyalah seorang penolong kelas yang rajin membantu semua orang.

Dan hidup diteruskan seperti biasa.

Aku mula mengenali rakan-rakan sekelas.

Ada yang kuat bergurau.

Ada yang suka tidur dalam kelas.

Ada yang sentiasa menjadi mangsa cikgu apabila kerja rumah tidak siap.

Sedikit demi sedikit...

Aku mula rasa diterima.

Aku mula ketawa bersama mereka.

Aku mula belajar menikmati kehidupan di SBP Seri Wawasan.

Tanpa aku sedari...

Setiap kali ada urusan kelas...

Setiap kali guru memanggil bendahari atau penolong kelas...

Nama kami sering disebut bersama.

"Nauf."

"Aisyah."

Tetapi ketika itu...

Aku masih menganggap semuanya perkara biasa.

Aku tidak tahu...

Takdir sedang menyusun langkahnya dengan perlahan.

Dan aku...

Masih belum sedar bahawa setiap pertemuan kecil itu akan menjadi kenangan yang sangat besar suatu hari nanti.

Bersambung...

Episodes

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play