«Rumah bukan semestinya tempat kita dilahirkan. Kadang-kadang, rumah ialah tempat yang menerima kita seadanya. TemPat yang tidak meminta kita menjadi orang lain untuk diterima. Tempat di mana segala penat, luka dan kekurangan tidak dihakimi, tetapi dipeluk dengan penuh keikhlasan. Kerana pada akhirnya, rumah bukan sekadar sebuah bangunan yang melindungi tubuh, tetapi sebuah hati yang sentiasa membuka pintu untuk kita pulang, walau sejauh mana kita pernah tersesat.»
Hari-hari di SBP Seri Wawasan mula berlalu dengan lebih tenang.
Sudah hampir sebulan aku berada di sini.
Perasaan kekok yang dulu memenuhi diri semakin hilang sedikit demi sedikit.
Aku mula menghafal laluan ke blok akademik.
Aku sudah tahu bila loceng pertama berbunyi.
Aku sudah tahu waktu terbaik untuk turun ke dewan makan sebelum barisan menjadi terlalu panjang.
Dan yang paling penting...
Aku sudah mula mengenali orang -orang di sekelilingku.
...
"Asal kau jalan laju sangat?"
Suara Haris kedengaran dari belakang.
Aku berhenti lalu menoleh.
"Kalau lambat, nanti tinggal lauk sayur je."
Haris terus ketawa.
"Kau ni... fikir makan je."
Zharif yang berjalan di sebelah kami hanya menggeleng kepala.
"Aku rasa kalau berlaku perang pun, Nauf tetap fikir pasal makan dulu."
"Hoi!"
Kami bertiga ketawa sepanjang perjalanan ke dewan makan.
Entah kenapa...
Aku mula rasa seronok.
Inilah kali pertama aku betul-betul menikmati kehidupan di asrama.
Malam pula menjadi waktu yang paling bising.
Ada yang menyanyi.
Ada yang bermain teka-teki.
Ada yang sibuk mengulang kaji walaupun esok tiada ujian.
Dorm kami pula...
Tidak pernah sunyi.
Haris memang terkenal dengan perangainya yang suka menyakat orang.
Zharif pula jenis yang tenang.
Manakala aku...
Aku cuma cuba menyesuaikan diri.
...
"Nauf."
Aku mendongak.
Aisyah berdiri di hadapan meja kelas sambil memegang beberapa helai kertas.
"Cikgu suruh semua bayar duit kelas minggu ni."
Aku mengangguk.
"Baik."
Dia tersenyum kecil sebelum berjalan ke meja lain.
Aku langsung tidak memikirkan apa-apa.
Bagiku...
Dia sama seperti pelajar lain.
Rajin.
Bertanggungjawab.
Mudah ditegur.
Kadang-kadang apabila guru tiada di kelas...
Dia akan membantu menenangkan keadaan.
Walaupun kelas tetap bising.
"Hoi! Diamlah!"
kata Aisyah sambil ketawa.
"Kalau cikgu datang nanti habis kita."
Beberapa orang terus duduk semula.
Yang lain masih sempat bergurau.
Aku hanya memerhatikan dari tempat duduk.
"Rajin betul dia..."
Itu sahaja yang terlintas di fikiranku.
...
Petang itu, selepas tamat kelas...
Aku duduk di koridor sambil melihat pelajar turun ke padang.
Angin bertiup perlahan.
Matahari mula condong ke barat.
Entah kenapa...
Aku suka suasana sekolah ini.
Ia berbeza daripada sekolah lamaku.
Di sini...
Semua orang tinggal bersama.
Makan bersama.
Belajar bersama.
Ketawa bersama.
Walaupun baru beberapa minggu...
Aku mula rasa seperti mempunyai keluarga kedua.
"Nauf!"
Aku berpaling.
Haris melambai dari jauh.
"Cepatlah! Main bola!"
Aku terus bangun.
"Datang!"
Aku berlari meninggalkan koridor.
Tanpa aku sedari...
Seorang gadis memandang ke arahku dari tingkat atas.
Dia hanya tersenyum kecil sebelum menyambung semula kerjanya sebagai penolong kelas.
Aku tidak nampak senyuman itu.
Aku juga tidak tahu...
Bahawa takdir sedang mengikat dua kehidupan dengan perlahan-lahan.
Dengan sangat perlahan.
Sehingga kami sendiri tidak menyedarinya.
Kerana kadang-kadang...
Cinta tidak bermula dengan bunga.
Tidak juga bermula dengan kata, "Aku suka kau."
Kadang-kadang...
Ia bermula dengan seorang yang sentiasa mengambil berat, walaupun kita tidak pernah memintanya.
Dan aku...Nauf..
Masih belum sedar semua itu....
Bersambung....
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Updated 5 Episodes
Comments