Malam itu, angin dingin Cyberjaya Main City meniup kencang di puncak sebuah bangunan pencakar langit.
Di tebing konkrit, berdiri sesosok tubuh bersut biru tegap. Logo 'H' putih di dadanya berkilau samar di bawah limpahan cahaya bulan. Gogal pelindung yang digubah daripada komponen e-waste menutupi separuh wajahnya.
Untuk pertama kali, Ren Nozomi menyarungkan sut Hope yang dijahitnya sendiri.
Dia memandang jemari tangan kirinya yang bersarung biru. Terasa kejat dan kukuh. Namun, tatkala dia memandang ke arah bahu kanannya yang kosong, kenangan lama tiba-tiba menerpa fikiran menarik badannya masuk ke dalam garis masa lalu.
FLASHBACK: Kajang Village (Usia Ren 11 Tahun)
Hujan gerimis menyirami halaman rumah papan di Kajang Village.
Seorang budak lelaki berumur 11 tahun terduduk di atas tanah lumpur. Sambil menangis, Ren kecil cuba memegang sebatang kayu besar menggunakan tangan kirinya, tetapi kayu itu kerap terlepas dari genggaman. Lengan kanannya yang tiada sejak lahir menjadikan imbangan badannya haram untuk berdiri tegap.
"Aku tak guna... Aku tak boleh buat apa-apa!" jerit Ren kecil, air mata bercampur dengan air hujan. "Kenapa orang lain ada dua tangan, tapi Ren ada satu je?!"
Satu tapak tangan yang kasar dan berurat memegang bahu Ren. Atok Itoshi Kunoichi bertinggung di sebelahnya. Wajah tua yang dimakan usia itu langsung tidak menunjukkan rasa kasihan, sebaliknya memancarkan ketegasan seorang pembimbing.
"Berhenti menangis, Ren," suara Atok Itoshi garak tetapi tenang.
"Takdir tak pernah zalim bila dia tarik sesuatu dari kita. Dia cuma nak bagi ruang untuk sesuatu yang lebih besar bertapak." Atok Itoshi memegang genggaman tangan kiri Ren yang comot.
"Tangan kanan kau mungkin tak ada, tapi Tuhan bagi kau tangan kiri yang cukup kuat untuk ganti dua-dua sekali. Jangan pernah mengalah dengan kekurangan fizikal. Nanti bila Atok dah tak ada, tangan kiri nilah yang akan lindungi Nenek Sumiko... dan tangan kiri nilah yang akan jadi harapan untuk orang lain."
Ren teresak-esak, menatap mata Atok Itoshi. "H-Harapan?"
"Ya. Harapan tak perlukan dua tangan untuk digenggam, Ren. Cukup dengan tekad di dalam dada."
Kembali Ke Masa Kini: Cyberjaya Main City
Ren tersedar dari lamunan. Dia memegang logo 'H' di dadanya.
"Atok... Nenek... Ren akan pegang pesanan tu," bisik Ren perlahan di sebalik gogal.
ZRRRRRST!
Tiba-tiba, deria Phantom Sense Ren mencanak naik! Saraf di pangkal lehernya bergetar hebat. Satu gelombang ancaman dikesan di lorong bawah berdekatan kawasan kilang lama Cortex Corp.
Di bawah sana, kelihatan tiga buah kenderaan hitam bertanda logo Cortex Corp sedang mengepung sebuah van penghantaran awam. Beberapa lelaki berotot cybernetik melepaskan tembakan tenaga mini ke arah pemandu van yang tidak berdaya!
"Serahkan fail spesifikasi projek tu sekarang, atau kami ratakan tempat ni!" jerit salah seorang samseng upahan Cortex Corp.
Ren tidak berlengah. Dengan koordinasi otot tangan kiri yang dilatih bertahun-tahun melalui calisthenics, dia melompat turun dari puncak bangunan!
BAMMM!
Ren mendarat dengan gaya menahan impak menggunakan tangan kirinya di atas bumbung van tersebut. Debu dan habuk berterbangan.
Semua samseng Cortex Corp tersentak, mengacukan senjata ke arah susosok tubuh biru itu. "Siapa pulak budak kerdil ni?! Pembunuh upahan baru ke?!"
Ren perlahan-lahan menegakkan badannya. Lengan baju kanannya yang terlipat rapi tidak menghalang postur tegapnya.
"Aku bukan pembunuh," suara Ren kedengaran garau dan tenang di sebalik topeng. "Aku cuma orang yang tak suka tengok samseng buli orang awam."
"Cakap berlagak! Bunuh dia!"
Tiga samseng meluru serentak! Seorang daripada mereka mengayunkan cengkeram besi cybernetik tepat ke muka Ren.
Namun, dalam pandangan Phantom Sense Ren, pergerakan samseng itu bagaikan perlahan. Ren mengelak ke kiri dengan begitu tangkas, membiarkan cengkeram besi itu merempuh angin.
BAMMM!
Dengan kepantasan kilat, tangan kiri sado Ren melepaskan satu tumbukan padu tepat ke perut samseng tersebut! Impak kekuatan fizikal murni Ren menghantar samseng berotot besi itu melayang sejauh lima meter sebelum terhempas ke dinding!
Dua lagi samseng tergamak melihat rakan mereka tumbang dengan satu pukulan sahaja.
"Budak ni... dia guna tangan sebelah je?!"
Dalam masa kurang dua minit, lorong gelap itu kembali sepi. Kesemua konco Cortex Corp terlentang pengsan di atas jalan. Pemandu van yang ketakutan itu memandang Ren dengan mata terbeliak.
Ren mengambil fail yang jatuh di tanah, lalu menyerahkannya semula kepada pemandu van tersebut menggunakan tangan kirinya.
"Pemanduan selamat, encik. Kawasan ni tak selamat malam-malam," kata Ren lembut sebelum melompat tinggi memanjat tangga kebakaran dan hilang di balik kegelapan malam Cyberjaya.
Keesokan Harinya: Kolej Cyberjaya
"Korang ada dengar tak pasal 'Hope'?!"
Suara Maya memecah kesunyian di meja batu perpustakaan kolej. Maya menayangkan skrin telefon bimbitnya tepat ke muka Ren yang sedang pura-pura mengantuk, bersandar pada lengan kirinya.
Di skrin telefon Maya, tertera berita tular: WIRA BERPANGGILAN 'HOPE' TUMPASKAN SAMSENG CORTEX CORP DI LORONG KILANG LAMA.
"Tengok ni, Ren! Semalam ada wira misteri pakai sut biru jahit sendiri lawan samseng Cortex! Orang cakap wira tu bertarung guna sebelah tangan je!" kata Maya dengan mata berbinar-binar penuh kagum. "Gempak gila, kan?!"
Ren menggeliat malas, sengaja menguap luas untuk menutup riak mukanya.
"Tah lah... berita macam ni selalu tambah-tambah cerita. Ntah-ntah samseng tu yang tergelincir sendiri," balas Ren selamba sambil membetulkan lipatan kemeja di bahu kanannya.
Maya merenung Ren dengan pandangan musykil. Tiba-tiba, mata Maya tertangkap sesuatu di kolar baju kemeja Ren.
Satu benang biru tebal terkeluar sedikit dari bahagian dalam baju Ren benang yang sama jenis dengan jahitan pada sut Hope yang terpapar dalam gambar berita di telefonnya.
Maya menyepetkan matanya, merenung Ren dari atas ke bawah.
"Ren... kenapa baju kau nampak tebal kat dalam hari ni? Kau tak panas ke?" usik Maya perlahan, mula rasa ada sesuatu yang tidak kena.
Ren tersentak kecil, tetapi dengan pantas menyembunyikan reaksinya. "A-Aku sejuk la... dewan kuliah kan aircond kuat."
Maya tidak berkata apa-apa lagi, tetapi satu senyuman misteri mula terukir di bibirnya. Aku akan cari tahu apa yang kau sorokkan dari aku, Ren Nozomi...
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Updated 3 Episodes
Comments