Tangan kiri Ren cekap mengelap cecair manis di atas meja nombor empat. Bunyi deruan mesin kopi dan gelak tawa pelanggan Cyberjaya Café memenuhi ruang, namun fikiran Ren terbang jauh ke malam tadi.
Rusuk kirinya masih terasai sengal. Jahitan kasar pada sut biru di dalam kemejanya terasa menggigit kulit.
BANG!
"Awas!"
Satu jeritan memecahkan ketenangan café. Seorang pelanggan kolej yang kelam-kabut terlanggar bucu meja. Cawan seramik berisi kopi panas melayang ke udara menjunam tepat ke arah seorang kanak-kanak lelaki yang sedang duduk di meja sebelah!
SZUT!
Phantom Sense di pangkal leher Ren meletup. Saraf kirinya bergetar hebat.
Sebelum sempat sesiapa berkedip, tubuh Ren meluncur. Tangan kirinya melibas di udara bak kilat!
ZAP!
Cawan seramik itu selamat ditangkap tepat di tapak tangan kiri Ren. Tiada walau setitik kopi panas yang tertumpah pada anak kecil itu.
Suasana café bertukar sepi serta-merta. Pelanggan-pelanggan ternganga. Refleks dan kepantasan pemuda bertangan sebelah itu langsung tidak masuk akal!
"Kau dah kenapa nak beraksi akrobatik pulak kat sini?!"
Suara bingit Sam Ryoji memecahkan kesunyian. Penyelia café itu meluru keluar dari dapur dengan muka berang.
"Nak tunjuk hero pulak?! Kemas kopi tu dan sambung buat kerja! Terhempas cawan tu tadi, gaji kau aku potong!" maki Sam Ryoji, langsung tidak peduli Ren baru sahaja menyelamatkan seorang budak.
Ren cuma menundukkan kepala perlahan. "Minta maaf, bos..."
Di sudut meja paling belakang, Maya merenung tajam. Dia tidak memandang cawan kopi itu. Matanya terkunci rapat pada kolar kemeja kerja Ren yang tertarik ke bawah semasa dia menyambar cawan tadi.
Di sebalik kolar itu, jelas kelihatan cetakan benang tebal dan kain kalis calar berwarna biru pekat.
Ianya fabrik yang sama dengan sut wira 'Hope' yang tular di seluruh media sosial malam tadi.
Maya mengetap bibir. "Ren... kau memang penipu."
Malam makin larut di Cyberjaya Main City.
Ren berjalan kaki seorang diri menyusuri lorong-lorong gelap menuju ke kawasan flat lama. Dia menghembus nafas lega. Syif café sudah tamat.
Tiba-tiba, Phantom Sense di lehernya bergetar halus. Ada deruan enjin perlahan mengekorinya dari belakang.
Ren berpaling. Sebuah kereta Perodua Myvi hitam bergerak perlahan dengan lampu malap. Namun sebaik sahaja Ren memandangnya, kereta itu terus berhenti di tepi bahu jalan pura-pura mahu parkir.
Ren menggeleng kepala. Dia menyambung langkah masuk ke dalam rumah lama peninggalan arwah bapanya.
Lampu kalimantang rumah ditiup angin, berkerlipan malap. Ren meletakkan beg, melonggarkan butang kemeja luarnya, dan baru sahaja hendak mencabut topeng gogal DIY di leher...
BUM!
Pintu kayu rumah ditolak kasar dari luar!
Ren terkejut dan terus berpaling. Figura Maya berdiri di muka pintu. Muka gadis M40 itu merah padam, nafasnya naik turun menahan marah. Beg galas laptop tebal masih tersangkut di bahunya.
"Maya? Kau buat apa kat sini malam-malam"
BUP!
"Adoh!" Ren meringis.
Tanpa sebarang amaran, Maya meluru masuk dan memukul lengan kiri sado Ren menggunakan beg galasnya!
"Kau penipu, Ren Nozomi! Sampai hati kau tipu aku! Kau ingat benda ni kelakar ke?!" jerit Maya. Suaranya bergetar menahan sebak.
"Maya, tunggu dulu, aku"
"Aku tengok kolar baju kau kat café tadi! Baju biru tu... gogal kat leher kau tu... Kau lah 'Hope', kan?!" Maya menunding jari, matanya mula bertakung dengan air mata. "Kenapa kau kena sorok daripada aku? Kita kawan dari kecil, Ren!"
Ren termenung panjang. Pandangannya redup. Perlahan-lahan, tangan kirinya menanggalkan kemeja luarnya, membiarkan sut biru buatan sendiri itu terdedah sepenuhnya.
Bukan itu sahaja... balutan kain kasa yang berdarah di rusuknya, serta lebam-lebam biru di bahu Ren kini jelas kelihatan.
Amarah Maya terhenti serta-merta. Tangannya yang memegang beg jatuh ke sisi.
"Ren... rusuk kau..." suara Maya bertukar perlahan.
Gadis itu melangkah rapat. Tangannya yang menggeletar menyentuh jahitan benang kasar pada sut biru Ren. Jahitan manual yang dibuat menggunakan mesin jahit lama.
"Kau berjuang sorang-sorang malam tadi..." air mata Maya akhirnya menitis jatuh ke pipi. "Orang kat kolej ejek kau cacat... Sam Ryoji maki kau kat café... Tapi malam-malam, kau pertaruhkan nyawa kau jahit sut murah ni untuk selamatkan orang?"
Ren tersenyum nipis, mengusap belakang lehernya. "Aku tak nak kau risau, Maya. Dan aku tak nak orang anggap aku gila..."
Mata Maya kemudian teralih ke atas meja kerja Ren. Di situ, terdapat sebuah kotak besi rahsia yang terbuka.
Di dalam kotak itu, tersusun kemas satu Kad ID Pekerja Cortex Corp atas nama Dr. Rintaro Nozomi (Head of Cybernetic Research), sepotong diari lama, dan sebuah cip e-waste berlabel CORTEX-RINTARO-PROTOTYPE.
Maya terperanjat. "Ini... ID Cortex Corp? Bapa kau pernah kerja dengan syarikat gergasi tu?!"
"Arwah Nenek selalu pesan sebelum dia meninggal..." Ren memandang kad ID bapanya dengan pandangan tajam. "Letupan makmal sepuluh tahun lepas bukannya kemalangan. Cortex Corp yang bunuh ayah aku bila ayah enggan serahkan teknologi Phantom Sense ni pada diorang."
Maya menutup mulutnya, tergamam. Segala duka, kepayahan B40, dan kesakitan Ren akhirnya terjawab malam ini.
Maya mengesap air matanya dengan lengan baju. Dia membetulkan beg laptopnya dengan azam baharu.
"Okey. Cukup." kata Maya tegas.
Ren berkerut. "Cukup apa?"
"Mulai malam ni, kau takkan buat kerja bodoh berjuang sorang-sorang lagi," Maya mengeluarkan laptop gaming miliknya dan pemacu kilat (pendrive). "Kau ada teknologi saraf bapa kau. Tapi aku ada kepakaran coding dan kereta Myvi kat luar tu."
20 Minit Kemudian.
Di dalam sebuah lorong gelap Cyberjaya, dua orang perompak bertopeng sedang mengepung seorang wanita tempatan.
"Serahkan beg tu kalau tak nak kena tikam!" ugut salah seorang perompak.
Tiba-tiba, satu bayangan biru melompat turun dari bumbung kedai!
BUM!
"Hope?!" jerit perompak itu cemas.
Di atas bumbung, Ren memperkemaskan gogal DIY di matanya. Di telinganya, satu pemancar suara kecil yang disambungkan oleh Maya berbunyi.
"Ren, dapat dengar tak? Visual gogal kau dah terhubung terus dengan laptop aku!" suara Maya kedengaran jelas melalui earphone.
"Dengar, Maya. Kau kat mana sekarang?" berbisik Ren sambil bersedia untuk bertarung.
Kamera memotong ke kawasan bahu jalan berdekatan. Maya sedang duduk selesa di dalam kereta Myvi miliknya. Penghawa dingin terpasang sejuk, dan di pemegang cawan kereta, terdapat sebotol Iced Caramel Macchiato.
Papan kekunci laptop kat peha Maya ditekan laju.
"Aku kat dalam pangkalan bergerak aku lah kereta Myvi aku. Tengah scan laluan pelepasan kau guna GPS," jawab Maya santai sambil menghirup kopinya.
Ren yang sedang berpeluh-peluh berhadapan dua perompak itu ternganga sebentar. "Kau tengah minum kopi ais waktu aku tengah bertarung nyawa ni?!"
"Eh, otak pakar IT kena ada kafein la baru boleh fokus! Dah, elak kiri! Perompak baju merah tu nak hayun kayu!"
SUSH!
Ren melompat mengelak Hayunan kayu itu tepat pada waktunya. Tangan kiri bersaraf krafnya digenggam ketat. Satu tumbukan Phantom meluncur keras tepat ke dada musuh!
BUM!
Dalam masa kurang dua minit, kedua-dua perompak itu rebah terbaring.
Ren berdiri tegak di atas bumbung bangunan, memandang pemandangan lampu neon Cyberjaya yang melimpah di bawah langit malam.
Melalui talian earphone, suara Maya kedengaran lembut namun penuh keyakinan.
"Selesai misi pertama kita, Partner. Mulai malam ni... kau takkan berjuang sorang-sorang lagi, Ren. Aku jaga belakang kau."
Di sebalik gogal hitamnya, Ren tersenyum nipis buat pertama kali selepas sekian lama.
Pasukan HOPE kini rasmi dibentuk.
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Updated 3 Episodes
Comments