Bab 2 : Sangkar Emas dan Permainan Cemburu

Malam di Shanghai tidak pernah tidur. Di sebuah kelab malam paling eksklusif di daerah Huangpu, suasana di dalam bilik private VVIP sangat tegang namun penuh dengan tawa sinis. Bau cerut mahal dan bauan alkohol premium memenuhi ruang. Di atas meja kristal, timbunan cip kasino dan beberapa kunci kereta mewah menjadi taruhan.

"Di mana dia, Ethan? It's almost midnight," celah Wang Jie sambil membelek jam tangan Patek Philippe miliknya. "Kalau dia tak muncul, that means you lose half of your shares in the new hotel project."

Ethan Huo hanya menyandarkan badan, memutar gelas wiski di tangannya. Dia kelihatan tenang, namun fikirannya sebenarnya melayang kepada gadis nerd yang ditemuinya di set penggambaran siang tadi—Xiao An. Bayangan mata gadis itu tanpa cermin mata masih terngiang-ngiang.

Tiba-tiba, pintu bilik dikuak luas. Shen Yue melangkah masuk dengan gaya seorang diva, mengenakan gaun merah yang sangat menjolok mata. Dia tersenyum bangga, menyangka kehadirannya adalah kemenangan mutlak buat dirinya.

"Did I keep you waiting, Ethan?" tanya Shen Yue dengan nada manja yang dibuat-buat.

Rakan-rakan Ethan bersorak. "Wah! The Queen is here! Ethan, you really are the king of hearts," puji Li Chen. Ethan hanya tersenyum nipis, menyambut tangan Shen Yue dan menciumnya sekilas. Walaupun dia menang pertaruhan itu, hatinya terasa kosong. Dia tidak lagi melihat Shen Yue sebagai cabaran. Matanya mencari-cari di belakang Shen Yue, namun Xiao An tidak kelihatan.

Sementara itu, di sebuah kompleks kondominium mewah bertaraf tujuh bintang, Li Wei (Xiao An) melangkah masuk ke dalam unit penthouse milik Ethan Huo. Pintu automatik terbuka dengan bunyi beep yang halus.

Li Wei terpaku. "Ya Tuhan... This is not just a house, this is a palace!" bisiknya dalam hati. Setiap sudut kondominium itu menampakkan kemewahan melampau. Lantai marmar Itali yang berkilat, lampu candelier kristal yang tergantung megah, dan dinding kaca yang memaparkan pemandangan panorama 360 darjah bandar Shanghai yang penuh dengan lampu neon.

Dia berjalan ke arah dapur yang dilengkapi peralatan tercanggih, kemudian ke bilik tidur utama yang saiznya lebih besar daripada seluruh rumah lamanya. Katil bersaiz King itu ditutupi dengan cadar sutera gelap yang nampak sangat empuk. "Sistem, kau biar betul? Aku tinggal di sini sekarang?"

[Sistem: Benar, Li Wei. Ini adalah 'Sangkar Emas' anda. Gunakan sebaik mungkin untuk menakluki Ethan sepenuhnya.]

Li Wei tersenyum sinis. Dia tahu Ethan Huo seorang pemburu. Untuk menjinakkan pemburu, dia harus menjadi mangsa yang paling sukar untuk dilepaskan.

Malam semakin larut. Li Wei baru sahaja selesai mandi. Dia membiarkan rambutnya yang lembap jatuh ke bahu. Dia memilih sehelai baju tidur satin berwarna champagne yang nipis, dengan potongan belakang yang rendah dan belahan di paha. Wangian vanilla musk disembur halus pada nadi lehernya.

Pintu bilik terbuka. Ethan masuk dengan wajah yang sedikit letih, tali lehernya sudah dilonggarkan. Namun, langkahnya terhenti sebaik sahaja melihat susuk tubuh Li Wei yang sedang berdiri di balkoni, dibaluti satin yang mengikut lekuk tubuhnya dengan sempurna di bawah cahaya bulan.

"You're late, Ethan," kata Li Wei lembut, berpusing memandangnya dengan senyuman yang sangat polos tetapi menggoda.

Ethan tidak membalas. Keinginan yang dipendam sejak di kelab tadi memuncak. Dia berjalan laju ke arah Li Wei, mencengkam pinggangnya dan menariknya rapat ke tubuhnya yang tegap.

"I couldn't stop thinking about you all night," bisik Ethan dengan suara serak. Tanpa menunggu lama, dia terus menerkam bibir Li Wei dengan rakus, mengangkat tubuh kecil itu dan membawanya ke atas katil. Malam itu, Ethan Huo benar-benar tewas dalam pelukannya sendiri.

Keesokan paginya, suasana sangat tenang. Ethan sedang memakai jam tangannya sementara Li Wei menghidangkan kopi.

"An An," panggil Ethan. "I tahu impian you nak jadi pelakon terkenal. Mulai hari ini, I akan tanggung semua biaya belajar you di akademi seni terbaik di Shanghai. Everything. I want my woman to be the best."

Li Wei berpura-pura terkejut. "Tapi Ethan, itu terlalu banyak. Wǒ bùnéng jiēshòu (Saya tak boleh terima). Saya tak mahu orang kata saya cuma kejar harta awak."

Ethan memegang dagu Li Wei. "No one will say that. You are mine. Apa yang I ada, you punya juga."

Beberapa hari kemudian, Ethan membawa Li Wei ke sebuah majlis pelancaran butik mewah. Di sana, seorang model cantik bernama Clara cuba menghampiri Ethan. Clara secara terang-terangan menyentuh lengan Ethan dan berbisik manja di telinga lelaki itu.

Li Wei melihat segalanya dari jauh. Namun, bukannya meluru ke arah mereka untuk mengamuk, Li Wei sebaliknya berpaling dan berbual mesra dengan sekumpulan pereka fesyen di sudut lain. Dia ketawa kecil, kelihatan sangat gembira seolah-olah tidak perasan teman wanitanya sedang digoda.

Ethan yang perasan akan reaksi 'tidak kisah' Li Wei mula merasa tidak senang. Dia segera melepaskan diri daripada Clara dan menuju ke arah Li Wei. Dia menarik Li Wei ke sudut yang lebih sunyi.

"An An, didn't you see that girl just now? Dia cuba goda I, tapi you buat bodoh saja? Are you not jealous at all?" Ethan merajuk, suaranya kedengaran sedikit kecil hati.

Li Wei memandang Ethan dengan mata yang jernih dan penuh keikhlasan. Dia merendah diri, memegang kolar baju Ethan dengan lembut.

"Ethan, saya tahu siapa saya. Saya cuma gadis biasa yang awak pilih. Kalau ada perempuan lain yang lebih cantik nak dekat dengan awak, itu hak awak untuk memilih. Saya tak mahu kawal awak atau buat awak rasa rimas. Saya cuma nak sokong awak dari belakang."

Li Wei kemudian berjinjit dan memberikan satu ciuman lembut di pipi Ethan. "Tapi dalam hati saya, saya tahu awak milik siapa."

Ethan Huo tergamam. Jawapan itu sangat berbeza daripada mana-mana perempuan yang pernah dia kenali. Kebiasaannya, mereka akan menjerit atau menyerang perempuan lain. Kematangan dan kelembutan Li Wei membuatkan dia merasa semakin terikat.

"You... you really are something else, Xiao An," bisik Ethan, memeluk Li Wei erat di hadapan khalayak ramai, seolah-olah mahu mengumumkan kepada dunia bahawa hanya gadis ini yang bertakhta di hatinya.

Li Wei yang bersandar di dada Ethan tersenyum kemenangan. Tahap 2 selesai. Dia sudah mula bergantung harap padaku.

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play