Pagi di Shanghai bermula dengan pancaran cahaya matahari yang menembusi dinding kaca kondominium mewah itu. Li Wei bangun lebih awal daripada Ethan. Dia melangkah ke dapur basah yang serba canggih, mahu menyediakan sarapan istimewa. Walaupun di dunia asalnya dia seorang jurutera, Li Wei sebenarnya sangat mahir memasak masakan tradisi Tiongkok.
Bunyi hirisan sayur dan aroma sup Abalone serta Xiao Long Bao yang dikukus mula memenuhi ruang udara. Li Wei sedang tekun menyediakan Congee (bubur) istimewa dengan taburan daun bawang dan minyak bijan yang harum.
[Sistem: Tahniah, Host. Kemahiran memasak anda akan meningkatkan 'Home-y Vibes' sebanyak 20%. Namun, ada sesuatu yang lebih penting perlu saya beritahu.]
Li Wei berhenti menghiris halia. "Apa dia? Cakaplah cepat."
[Sistem: Di dalam dunia novel ini, tubuh anda diselaraskan dengan tahap keintiman bersama watak utama lelaki. Setiap kali anda dan Ethan 'bersama' atau melakukan hubungan intim, tenaga maskulin Ethan akan diserap oleh sistem untuk menaik taraf fizikal anda. Kulit anda akan menjadi lebih putih porselin, wajah makin glowing, dan sel tubuh anda akan sentiasa diperbaharui supaya kelihatan muda dan anjal selamanya.]
Li Wei tergamam. Patutlah pagi ini apabila dia melihat cermin, dia perasan parut kecil di dahinya akibat kemalangan elektrik tempoh hari sudah hilang sepenuhnya! Kulitnya juga terasa selembut sutera, malah lebih cerah daripada biasa.
"Jadi, makin kerap kami bersama, makin cantiklah aku?" tanya Li Wei dengan senyuman sinis. "Permainan ini makin menarik."
Ethan terjaga daripada tidur apabila bau masakan yang sangat menyelerakan menusuk hidungnya. Selalunya, pembantunya hanya akan memesan makanan dari hotel lima bintang. Dia melangkah ke dapur dengan hanya memakai seluar sukan, menampakkan tubuh sasa yang tegap.
Dia terpaku melihat Li Wei di dapur. Li Wei mengenakan apron nipis di atas baju tidurnya, rambutnya disanggul tinggi menampakkan leher jinjang yang putih melepak. Di bawah cahaya pagi, kulit Li Wei nampak seolah-olah bercahaya—glowing dari dalam.
"An An... you masak semua ni?" Ethan memeluk Li Wei dari belakang, membenamkan wajahnya di ceruk leher gadis itu.
"Morning, Ethan. Wǒ zuòle yīxiē jiācháng cài (Saya masak sikit makanan rumah). Awak selalu makan makanan luar, tak elok untuk kesihatan," kata Li Wei lembut sambil memusingkan badan menghadap Ethan.
Ethan memandang wajah Li Wei dengan teliti. Dia perasan sesuatu. "You nampak... makin cantik pagi ni. Kulit you nampak sangat sihat, macam baru lepas buat rawatan wajah yang paling mahal."
Li Wei ketawa kecil, tangannya mengusap pipi Ethan. "Mungkin sebab saya gembira ada di sisi awak, Ethan. Happiness is the best skincare, right?"
Ethan tidak tahan melihat bibir merah muda itu. Dia segera mencium Li Wei dengan penuh perasaan. "If you keep looking like this, I might never let you leave this condo, An An."
Sambil mereka bersarapan, Ethan tidak henti-henti memuji masakan Li Wei. "This is better than any Michelin-starred restaurant. I love it."
"Kalau awak suka, saya akan masak setiap hari untuk awak," balas Li Wei merendah diri.
Ethan memegang tangan Li Wei. "No, I don't want you to be a housewife only. Remember, I've already registered you into the Shanghai Theatre Academy. You start next week. I want the world to see your talent, but only I get to see this side of you."
Li Wei tersenyum manis, namun di dalam hatinya, dia sedang merancang langkah seterusnya. Dia tahu, semakin dia membuat Ethan merasa selesa dan 'ketagih' dengan kehadirannya, semakin kuat pengaruhnya dalam hidup lelaki itu.
[Sistem: Amaran! Watak Shen Yue sedang merancang sesuatu untuk menjatuhkan anda di akademi nanti. Adakah anda bersedia?]
Li Wei menghirup teh krisantimumnya dengan tenang. "Biarlah dia cuba. Dia tak tahu yang pembantu 'nerd' dia yang dulu sudah lama mati."
Apakah yang akan dilakukan oleh Shen Yue untuk membalas dendam? Adakah Li Wei akan berjaya di akademi lakonan? Kita sambung di Bab 4!
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Comments