Bab 5 : Permainan Air Mata

Malam itu, bar VVIP di Shanghai itu bergegar dengan muzik jazz perlahan. Shen Yue, yang sudah merasa kedudukannya terancam sejak Ethan jarang menghubunginya, memutuskan untuk bertindak nekad. Dia mengenakan gaun merah sutera yang sangat seksi, dengan belahan dada yang rendah, mahu membuktikan bahawa dialah ratu di hati Ethan.

Di dalam bilik peribadi, Ethan duduk di sofa dikelilingi oleh Wang Jie dan tiga rakan baiknya. Shen Yue duduk rapat di sisi Ethan, melentokkan kepalanya di bahu kanan lelaki itu dengan manja.

"Ethan, let’s start over. I tahu I ego dulu, tapi I sedar I tak boleh hidup tanpa you," rayu Shen Yue sambil mengusap lembut lengan Ethan.

Wang Jie dan rakan-rakannya hanya memerhati dengan senyuman nakal. "Tengok tu, Ethan. The Great Shen Yue sudah melutut," usik Li Chen. Ethan hanya mendiamkan diri, wajahnya kelihatan bosan, namun dia tidak menolak sandaran Shen Yue.

Di luar bar, Li Wei melihat skrin telefonnya. Satu mesej daripada Shen Yue masuk:

"Xiao An, I am at the bar with Ethan now. We are getting back together. A girl like you is just a temporary toy. Don't dream too high."

Li Wei tersenyum sinis. "Toy? Kita lihat siapa yang akan jadi barang mainan malam ni." Dia membetulkan solekannya yang minimalis namun menonjolkan kejelitaan semula jadinya dan melangkah masuk.

Pintu bilik private terbuka perlahan. Li Wei berdiri di muka pintu, wajahnya berubah pucat seolah-olah terkejut melihat pemandangan di depannya—kepala Shen Yue yang mesra di bahu Ethan.

"An An?" Ethan terkejut. Dia terus berdiri tegak, menyebabkan kepala Shen Yue terdorong jatuh.

Wang Jie terbeliak mata. "Li Wei? Awak buat apa di sini?" Dia terkejut melihat 'bunga' yang dikejarnya siang tadi rupa-rupanya mengenali Ethan.

Li Wei tidak menjawab. Matanya mula berkaca-kaca, mempamerkan riaut wajah seorang wanita yang dikhianati. "Saya... saya minta maaf. Saya tak patut datang," bisiknya dengan suara bergetar sebelum berpusing dan berlari keluar.

"An An! Wait!" Ethan tanpa berfikir panjang terus mengejar Li Wei, meninggalkan Shen Yue dan rakan-rakannya yang terpinga-pinga.

Di koridor bar yang malap, Ethan berjaya menangkap lengan Li Wei. Li Wei meronta, air matanya jatuh membasahi pipi yang kini nampak sangat glowing di bawah lampu neon.

"Lepaskan saya, Ethan! Awak curang! Awak kata saya teman wanita awak, tapi awak masih mahukan dia?" jerit Li Wei, lakonannya sangat hebat sehingga Ethan merasa dadanya sesak.

"No, An An! Listen to me! Wǒ méiyǒu báipò nǐ (Saya tak tipu awak). Dia yang datang sendiri. I tak buat apa-apa pun!" Ethan cuba menerangkan keadaan. Dia menarik Li Wei ke dalam pelukannya, walaupun Li Wei cuba menolak. "I swear, she means nothing to me. I was just being polite because of our families' connection."

Sementara itu di dalam bilik, Shen Yue berdiri dengan muka merah padam. Dia merasa sangat terhina. "Dia pilih pembantu tu? That nerd girl?" jeritnya sebelum mencapai beg tangannya dan keluar dengan penuh amarah. Dia tidak sangka Ethan akan mencampakkannya demi seorang Xiao An.

Wang Jie pula bersandar di sofa, memegang gelasnya dengan wajah berkerut. "Jadi Li Wei ini mangsa Ethan seterusnya? Entah apalah nasib Li Wei kali ini. Ethan tak pernah serius dengan mana-mana perempuan," bisiknya sendiri, merasa simpati namun tetap ada sedikit rasa cemburu.

Kembali di kondominium mewah, suasana kembali tenang. Li Wei duduk di birai katil, masih berpura-pura merajuk. Ethan melutut di depannya, mengeluarkan sebuah kotak baldu kecil dan sekeping kad hitam—Unlimited Black Card.

"An An, jangan marah lagi. I promise, no more Shen Yue. Ini untuk you," Ethan meletakkan kad itu di tangan Li Wei. "Belilah apa sahaja yang you nak di Shanghai ni. Anything. Just don't cry anymore."

Li Wei melihat kad itu. Senyuman kemenangan tersirat di dalam hatinya. Dia mendongak, matanya yang indah merenung Ethan. "Awak janji?"

"I promise," bisik Ethan sebelum mencium dahi Li Wei.

Malam itu, mereka kembali BERSAMA. Seiring dengan keintiman yang berlaku, Li Wei dapat merasakan satu gelombang tenaga mengalir ke seluruh tubuhnya. Kulitnya terasa semakin tegang, malah bauan badannya menjadi semakin harum secara semula jadi.

[Sistem: Tahniah! Tahap Keintiman meningkat ke 60%. Fizikal anda kini di tahap 'Ethereal Beauty'. Kulit anda kini 2 tona lebih putih dan sangat licin.]

Sambil bersandar di dada Ethan yang sedang tidur lena, Li Wei melihat kad hitam di tangannya. "Satu persatu harta kau akan jadi milik aku, Ethan Huo. Dan Shen Yue... ini baru permulaan penderitaan kau."

Apakah yang akan dibeli oleh Li Wei dengan kad tanpa had itu? Dan bagaimanakah Shen Yue akan membalas dendam di set penggambaran nanti?

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play