Bab 4 : Bunga yang Menjadi Rebutan

Seminggu telah berlalu sejak Li Wei mendaftar di akademi seni. Berkat 'bonus' daripada Sistem, penampilan Li Wei berubah secara drastik. Kulitnya kini putih kemerahan seperti kelopak bunga sakura, dan setiap gerak-gerinya memancarkan keanggunan seorang bangsawan. Hari ini, dia berada di bilik tarian utama untuk berlatih tarian tradisional Tiongkok bagi persiapan projek filem pertamanya.

Di koridor akademi, Ethan Huo sedang berjalan bersama sepupunya, Wang Jie. Mereka di sana untuk meninjau bakat-bakat baru bagi pelaburan filem seterusnya.

"Ethan, aku dengar ada seorang pelajar baru di sini yang sangat berbakat. Semua pensyarah puji dia," kata Wang Jie sambil membetulkan kotnya.

Ethan hanya mendiamkan diri. Dia sengaja tidak memberitahu Wang Jie bahawa kekasihnya, Xiao An (Li Wei), sedang belajar di sini. Dia mahu melihat sejauh mana Li Wei boleh pergi dengan bakatnya sendiri.

Tiba-tiba, langkah Wang Jie terhenti di hadapan sebuah bilik tarian yang berdinding kaca. Dia terpaku. Ethan turut menoleh.

Di tengah ruang bilik yang luas itu, kelihatan seorang wanita yang sangat cantik sedang berpusing mengikut irama muzik seruling. Dia mengenakan pakaian tarian sutera yang nipis, menyerlahkan susuk tubuhnya yang lentur dan menggoda. Rambutnya disanggul kemas dengan sebatang cucuk sanggul perak. Setiap langkahnya sangat anggun, sopan, namun penuh dengan kesungguhan yang mendalam.

"Sial... tài měile (cantik sangat)," bisik Wang Jie, matanya tidak berkedip. "Ethan, kau tengok tu. Who is she? Dia nampak macam bidadari yang jatuh dari langit."

Ethan mengecilkan matanya. Jantungnya berdegup kencang. Itu Li Wei! Dia hampir tidak mengenali kekasihnya sendiri. Kecantikan Li Wei hari ini benar-benar di luar jangkaan, malah jauh lebih memikat daripada pelakon popular seperti Shen Yue.

Wang Jie, tanpa menunggu Ethan, terus melangkah masuk ke dalam bilik tarian sebaik sahaja muzik berhenti. Li Wei yang sedang mengelap peluh di lehernya menoleh. Dia sudah perasan kehadiran Ethan di luar, tetapi dia berpura-pura tidak tahu.

"Hai," tegur Wang Jie dengan senyuman playboy paling menawan miliknya.

Li Wei memandang Wang Jie dengan wajah tenang dan sedikit dingin. "Hai."

"Siapa nama?" tanya Wang Jie, cuba memikat.

"Li Wei," jawabnya ringkas. Dia tidak menggunakan nama Xiao An kerana dia mahu membina identiti baru di dunia ini sebagai seorang bintang.

"Cantik nama, seindah orangnya. Awak artis baru?" Wang Jie mendekat, cuba menarik perhatian.

"Iya," jawab Li Wei lagi, wajahnya kekal selamba.

"Baik, awak mahu makan tengah hari bersama saya? Saya ada kenal beberapa pengarah besar, mungkin saya boleh perkenalkan," pelawa Wang Jie, yakin bahawa tiada wanita akan menolak pelawaannya.

Li Wei memandang Wang Jie atas bawah, kemudian tersenyum nipis yang penuh makna. "Maaf, saya sibuk dan tiada masa. Wǒ hái yǒu hěnduō shì yào zuò (Saya masih banyak urusan perlu dibuat)."

Wang Jie tergamam. Ini kali pertama seorang pelakon baru menolaknya mentah-mentah. Namun, penolakan itu membuatkan dia semakin tertarik.

"Baik, jika ada waktu lapang, kita akan berjumpa lagi ya!" Li Wei hanya membuat muka selamba, mengemas barang-barangnya dan berjalan keluar melepasi Wang Jie tanpa menoleh lagi.

Di luar bilik, Ethan menunggu dengan wajah yang gelap. Sebaik sahaja Li Wei keluar, Ethan terus menarik tangan Li Wei dan membawanya ke sudut koridor yang sunyi.

"You tahu siapa tu? Itu sepupu I, Wang Jie," bisik Ethan, suaranya kedengaran cemburu.

Li Wei memandang Ethan dengan mata yang jernih. "Saya tak tahu, dan saya tak kesah. Bagi saya, hanya ada satu lelaki yang layak makan tengah hari dengan saya."

Li Wei merapatkan badannya ke dada Ethan, tangannya membetulkan kolar baju Ethan yang sedikit senget. "Kenapa? CEO Ethan Huo yang hebat ni... cemburu ke?"

Ethan mendengus, tetapi tangannya secara automatik melingkar di pinggang Li Wei. "I tak suka lelaki lain pandang you macam tu. Terutama sekali sepupu I."

Li Wei ketawa kecil, bunyi ketawanya sangat merdu. "Jangan risau, Ethan. Saya tahu macam mana nak jaga diri. Lagipun... bukankah awak suka cabaran? Sekarang, awak kena bersaing dengan dunia untuk miliki saya."

Li Wei memberikan kucipan pantas di rahang Ethan sebelum melepaskan diri. "Saya ada kelas lagi. Zàijiàn, Ethan!"

Ethan berdiri di situ, memerhatikan susuk tubuh Li Wei yang semakin menjauh. Dia meraba rahangnya yang dicium tadi. Dia sedar, Li Wei bukan lagi 'nerd' yang boleh dikawal. Gadis ini telah berubah menjadi permata yang digilai ramai, dan dia harus memastikan permata itu kekal dalam genggamannya.

[Sistem: Tahniah! Tahap cemburu Ethan meningkat ke 45%. Daya tarikan fizikal anda meningkat 5 mata lagi. Kulit anda kini mempunyai kesan 'Pearlescent' di bawah cahaya matahari.]

Li Wei tersenyum sinis. "Baru permulaan, Wang Jie. Kau akan jadi alat untuk aku buat Ethan makin gila pada aku."

Apa yang akan berlaku apabila Wang Jie mendapat tahu Li Wei adalah kekasih Ethan? Adakah dia akan tetap mengejar Li Wei?

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play