BAB 3

Arissa yang sejak tadi terduduk di atas lantai hanya mampu menggeleng berkali-kali. Air matanya masih belum berhenti mengalir, malah semakin deras apabila melihat lelaki yang berdiri di hadapannya itu. Wajahnya yang tampan langsung tidak mampu menghilangkan rasa takut yang sedang menyelubungi dirinya. Tatapan mata lelaki itu terlalu tajam, terlalu dingin sehingga membuatkan seluruh tubuhnya menggeletar. Dia menundukkan wajah, cuba mengelak daripada bertentang mata dengannya.

"Saya... saya tak faham apa yang awak cakap..." balasnya perlahan dalam keadaan tersekat-sekat akibat menangis.

Arian menghela nafas perlahan sebelum melangkah setapak lagi ke hadapan. Kini jarak antara mereka hanya tinggal beberapa langkah sahaja. Dia memandang tepat ke arah gadis itu tanpa sedikit pun menunjukkan rasa simpati.

"Jangan buat aku ulang kali kedua."

Nada suaranya masih tenang, namun cukup untuk membuatkan Arissa menggigil ketakutan.

"Siapa yang hantar kau?"

"CAKAP!!"

"Sumpah... tak ada siapa hantar saya. Saya memang lalu situ saja. Saya balik dari kedai..." jawab Arissa pantas sambil mengesat air matanya menggunakan hujung lengan baju.

Arian masih diam. Pandangannya tidak berganjak walau sedikit pun daripada wajah gadis itu seolah-olah sedang mencari sebarang tanda bahawa Arissa sedang menipu.

"Mustahil."

Hanya satu perkataan itu yang keluar daripada mulutnya.

Arissa mengangkat wajah perlahan. "Saya... saya tak tipu..."

"Jalan gelap macam tu kau guna untuk balik rumah?" soal Arian lagi. Kali ini nadanya sedikit meninggi. "Dahlah malam, jalan kaki pula tu. Kau tak takut kena culik? Tak takut kalau ada orang buat benda bukan-bukan dekat kau? Atau memang kau sengaja ikut aku?"

Arissa terus menggeleng laju.

"Tak! Saya tak ikut awak! Saya memang selalu guna jalan tu. Kalau ikut jalan besar lagi jauh... saya cuma nak cepat sampai rumah. Saya tak sengaja nampak apa yang berlaku. Sumpah demi Allah... saya tak sengaja."

Perkataan "demi Allah" membuatkan Arian terdiam buat seketika. Dia masih memandang Arissa tanpa berkata apa-apa, namun wajahnya jelas masih belum mempercayai setiap penjelasan yang diberikan.

Arissa menundukkan kepalanya semula. Air matanya menitis jatuh ke atas kedua-dua belah tangannya yang sedang menggenggam erat hujung baju. Dia benar-benar takut. Lelaki di hadapannya bukan sahaja seorang pembunuh, malah mempunyai ramai pengawal. Jika dia benar-benar mahu membunuhnya, tiada siapa yang mampu menyelamatkannya.

Suasana bilik itu kembali sunyi. Hanya kedengaran bunyi esakan kecil daripada Arissa.

Beberapa saat kemudian, Arian kembali bersuara.

"Nama."

Arissa mengangkat wajah dengan perlahan.

"...Apa?"

"Nama kau."

"Arissa..."

"Nama penuh."

Tanpa berani membantah, Arissa menarik nafas panjang sebelum menjawab perlahan.

"Arissa Qaisarah binti Mohammad Danial Qairyl Scartias."

Seketika.

Arian yang selama ini kelihatan tenang tiba-tiba membeku di tempatnya. Anak matanya mengecil sebaik sahaja mendengar nama keluarga yang disebut oleh gadis itu.

"...Scartias?"

Suara lelaki itu kali ini jauh lebih perlahan.

Arissa mengangguk perlahan.

"Y... ya."

Arian terus memandang wajah Arissa seolah-olah cuba memastikan gadis itu benar-benar serius.

"Are you seriously?"

"Saya tak tipu..."

"Macam mana ayah kau boleh ada nama tu?"

Arissa menggigit bibir bawahnya sebelum menjawab.

"Ayah saya... masuk Islam sebelum saya lahir. Saya tak tahu sangat tentang kehidupan ayah saya dulu. Mama pun tak pernah cerita banyak. Yang saya tahu Scartias itu sebahagian namanya ."

Arian terus membisu.

Buat pertama kali selepas sekian lama, fikirannya benar-benar bercelaru. Nama yang selama ini hanya didengarinya daripada ayahnya kini berada tepat di hadapan matanya.

'Mustahil...'

Dia menarik nafas perlahan sebelum memalingkan badan membelakangi Arissa.

Tanpa berkata apa-apa lagi, dia melangkah menuju ke arah pintu.

Namun sebelum keluar, langkahnya terhenti.

"Mulai hari ini..."

Suara dinginnya kembali kedengaran.

"...kau tinggal dekat sini."

Mata Arissa terus membulat.

"Hah?"

"Sampai aku benarkan kau keluar."

"Tapi... saya nak balik. Saya tinggal seorang diri. Kalau saya tak balik, nanti jiran saya risau..."

"Itu bukan urusan aku."

Arian membuka pintu bilik itu.

"Kalau kau cuba lari..." dia berhenti seketika sebelum menoleh ke arah Arissa dengan tatapan yang cukup tajam, "...aku sendiri yang akan cari kau lepastu... aku bunuh kau hidup-hidup , FAHAM !!!"

Tubuh Arissa terus kaku.

Dia hanya mampu mengangguk perlahan kerana terlalu takut untuk membantah.

Sebaik sahaja pintu ditutup, Arian mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail satu nombor yang hanya disimpan atas satu nama.

Father.

Panggilan itu disambut beberapa saat kemudian.

Arian memandang ke arah pintu bilik yang baru ditinggalkannya sebelum bersuara dalam bahasa Inggeris dengan nada yang tenang.

"Father... I've found Uncle Darmian's daughter."

Beberapa saat dia terdiam mendengar suara di hujung talian.

"Her name is Arissa Qaisarah... Arissa Qaisarah binti Mohammad Danial Qairyl Scartias."

Wajah Arian yang selama ini sukar dibaca akhirnya berubah sedikit.

"Yes... she's with me now."

Dia mematikan panggilan perlahan-lahan sebelum memandang ke arah langit malam melalui tingkap koridor banglo tersebut.

"Jadi... ini anak Uncle Darmian..."

Tanpa disedarinya, pertemuan yang pada awalnya dianggap sekadar satu kebetulan itu bakal mengubah seluruh hidupnya... dan juga hidup Arissa Qaisarah.

Episodes

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play