THE MAFIA'S GIRL

THE MAFIA'S GIRL

BAB 1

17 Tahun Kemudian .....

Arissa kini berumur 19 tahun.

Dia tinggal seorang diri di sebuah apartment kecil yang pernah menjadi tempat tinggal bersama mama dan ayahnya suatu ketika dahulu. Selepas insan yang paling dia sayangi, apartment itu menjadi satu-satunya tempat yang masih menyimpan kenangan lama dalam hidupnya.

Walaupun ruangnya tidak terlalu besar, bagi Arissa tempat itu cukup bermakna. Setiap sudut rumah itu mempunyai cerita tersendiri. Meja makan yang pernah menjadi tempat mereka menikmati sarapan bersama.Sofa lama yang menjadi tempat dia bercerita tentang hari-harinya ketika masih kecil.

Dan bingkai gambar keluarga yang masih tersusun kemas di atas rak ruang tamu.

Semuanya masih ada... Kecuali mereka.

Arissa sudah terbiasa dengan kehidupan yang sunyi. Setiap pagi dia akan bangun seorang diri. Menyediakan sarapan untuk dirinya sendiri. Pergi bekerja. Dan pulang ke rumah yang hanya ditemani bunyi jam berdetik perlahan.

Kadang-kadang, dia merindui masa lalu. Masa ketika dia masih mempunyai seseorang untuk menunggunya pulang. Namun, semua itu hanyalah kenangan yang tidak akan kembali.

Sejak kecil, Arissa tidak pernah tahu banyak tentang keluarga sebelah ayahnya.Setiap kali dia bertanya tentang masa lalu ayahnya, mama hanya akan memberikan jawapan yang sama." Arissa, tak semua perkara dalam hidup kita perlu kita tahu. Ada perkara yang lebih baik kita biarkan berlalu."

Pada mulanya, Arissa tidak memahami maksud kata-kata itu.Tetapi semakin dia membesar, semakin dia sedar bahawa mama seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu.

Malam itu, seperti biasa, Arissa singgah ke sebuah kedai serbaneka yang terletak tidak jauh dari apartmentnya. Setelah membeli beberapa barang keperluan, dia melangkah keluar sambil memegang dua beg plastik di tangannya. Dia melihat jam di telefon bimbitnya. Sudah hampir pukul sebelas malam.

"Kalau ikut jalan besar, lambat pula sampai rumah..." bisiknya perlahan.

Tanpa berfikir panjang, Arissa memilih lorong yang sering digunakannya sejak dahulu. Lorong itu lebih pendek walaupun agak sunyi dan gelap. Selama ini tiada apa-apa yang pernah berlaku, jadi dia tidak pernah berasa takut untuk melaluinya seorang diri.

Namun...

Malam itu berbeza.

Beberapa langkah di hadapan, bunyi pintu kereta ditutup dengan kuat membuatkan langkah Arissa terhenti. Dia mengerutkan dahi lalu memandang ke arah bunyi tersebut. Sebuah kereta mewah berwarna hitam diparkir di tepi lorong, manakala beberapa lelaki berpakaian serba hitam sedang berdiri mengelilingi seseorang yang sedang melutut.

Perasaan ingin tahu membuatkan Arissa melangkah setapak ke hadapan.

Saat itulah...

Dia melihat seorang lelaki tinggi berbadan tegap berjalan perlahan ke arah lelaki yang sedang melutut itu. Sut hitam yang dipakainya kelihatan kemas, manakala wajahnya yang dingin langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan.

"..."

BANG!

Tubuh lelaki yang melutut itu rebah serta-merta.

Mata Arissa terbeliak.

Beg plastik di tangannya terlepas jatuh ke tanah.

"Ya Allah..."

Suaranya hampir tidak kedengaran.

Tanpa disedari...

Lelaki itu mengangkat kepalanya.

Tatapan mata mereka bertemu.

Untuk beberapa saat...

Masa seolah-olah terhenti.

"Boss..."

Salah seorang bodyguard bersuara perlahan.

"Ada orang nampak."

Lelaki itu memandang tepat ke arah Arissa.

Dengan suara yang dingin, dia berkata,

"Kejar dia."

Barulah Arissa tersedar daripada lamunannya. Dia terus berpusing dan berlari sekuat hati meninggalkan lorong itu, sedangkan air matanya sudah mula mengalir tanpa henti.

Episodes

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play