"Tulip kuning melambangkan harapan. Namun, harapan juga boleh menjadi permulaan kepada sebuah mimpi ngeri."
---
Aurielle masih memandang fail di atas meja.
Tangannya menggigil.
"Ini... mesti satu kesilapan."
Adrian Collins menggeleng perlahan.
"Saya sudah menyemaknya berkali-kali. Nama awak memang disebut dalam wasiat mendiang William Hayes."
Aurielle mengerutkan dahinya.
"Saya langsung tak kenal siapa William Hayes."
"Awak akan faham nanti."
Belum sempat Aurielle bertanya lagi, Adrian menghulurkan sekeping kad.
"Encik Ethan Hayes mahu berjumpa dengan awak hari ini."
Aurielle terus menolak.
"Saya tak berminat."
"Saya rasa awak perlu datang."
"Kalau saya tak datang?"
Adrian memandang tepat ke matanya.
"Awak mungkin kehilangan peluang untuk menyelamatkan Blooms Bee."
Aurielle tersentak.
"Awak... macam mana awak tahu keadaan kedai saya?"
"Keluarga Hayes tahu lebih banyak daripada yang awak sangka."
---
Satu jam kemudian...
Aurielle berdiri di hadapan bangunan kaca setinggi lebih lima puluh tingkat.
HAYES GROUP.
Bangunan itu kelihatan gah, megah dan mewah.
Dia memandang pakaiannya sendiri.
Blazer putih.
Seluar hitam.
Kasut tumit rendah.
Tiba-tiba dia berasa terlalu biasa untuk berada di situ.
"Miss Gibson?"
Seorang wanita cantik berkaca mata menghampiri.
"Saya Olivia. Setiausaha Encik Ethan."
Aurielle hanya mengangguk.
"Sila ikut saya."
Mereka menaiki lif khas ke tingkat paling atas.
Semakin tinggi lif bergerak, semakin laju degupan jantung Aurielle.
Pintu lif terbuka.
Seluruh tingkat itu sunyi.
Hanya bunyi tapak kasut mereka bergema.
Olivia berhenti di hadapan sebuah pintu besar.
"Encik Ethan sedang menunggu."
Tok.
Tok.
"Come in."
Suara lelaki itu dalam dan tegas.
Olivia membuka pintu.
Aurielle melangkah masuk.
Pandangan matanya terus tertumpu kepada seorang lelaki yang sedang berdiri membelakangi tingkap kaca besar.
Lengkap dengan sut hitam.
Tubuh tinggi.
Bahu bidang.
Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
Perlahan-lahan lelaki itu berpaling.
Mata mereka bertentangan.
Aurielle membeku.
Lelaki itu terlalu tampan.
Namun wajahnya dingin tanpa sebarang senyuman.
"Ethan Hayes."
Dia memperkenalkan dirinya ringkas.
Aurielle mengangguk perlahan.
"Aurielle Gibson."
Tanpa mempelawanya duduk, Ethan terus berkata,
"Saya akan terus kepada perkara utama."
Aurielle mengangkat kening.
"Saya tak suka membuang masa."
Nada lelaki itu begitu datar.
"Begitu juga saya."
Ethan mengeluarkan satu dokumen dari atas meja.
"Saya perlukan tandatangan awak."
Aurielle memandang dokumen itu.
"Ini apa?"
"Kontrak perkahwinan."
Dia hampir ketawa.
"Awak serius?"
"Sangat serius."
Aurielle menolak fail itu kembali.
"Saya tak akan berkahwin dengan orang yang saya baru jumpa lima minit."
Ethan tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Saya pun tak mahu."
Jawapan itu membuatkan Aurielle terpinga-pinga.
"Kalau begitu kenapa..."
"Sebab saya tiada pilihan."
Bilik itu kembali sunyi.
Ethan menarik nafas perlahan sebelum berkata,
"Kalau saya tak berkahwin dengan awak sebelum hari lahir saya bulan depan..."
"...saya akan kehilangan Hayes Group."
Aurielle masih tidak memahami.
"Itu masalah awak."
"Mulai hari ini..."
Ethan memandang tepat ke arah Aurielle.
"...ia juga akan menjadi masalah awak."
Aurielle menggenggam erat beg tangannya.
"Awak tak boleh paksa saya."
"Saya memang tak boleh."
Ethan menekan satu butang pada alat kawalan di atas mejanya.
Skrin besar di dinding menyala.
Terpapar semua maklumat mengenai Blooms Bee.
Rekod pinjaman.
Penyata kewangan.
Malah surat amaran daripada pihak bank.
Wajah Aurielle terus pucat.
"Macam mana awak dapat semua ini?"
"Saya boleh selesaikan semua hutang awak."
"Dan saya juga boleh biarkan bank mengambil kedai itu."
Aurielle mengetap bibir.
"Itu ugutan."
"Bukan."
Ethan membalas tenang.
"Itu tawaran."
Dia berjalan menghampiri Aurielle sehingga jarak mereka hanya beberapa langkah.
"Awak selamatkan syarikat saya."
"Saya selamatkan kedai awak."
"Satu tahun."
"Lepas itu kita bercerai."
Aurielle menggeleng berkali-kali.
"Saya takkan jual hidup saya."
Ethan tidak memaksa.
Dia hanya meletakkan sekeping kad nama di atas meja.
"Awak ada masa empat puluh lapan jam."
"Selepas itu..."
"...keputusan bukan lagi di tangan awak."
Aurielle terus mencapai beg tangannya sebelum melangkah keluar tanpa berpaling lagi.
Namun sebaik pintu pejabat itu tertutup...
Ethan memandang ke arah gambar lama di dalam fail wasiat.
Di dalam gambar itu kelihatan dua orang lelaki tua sedang tersenyum sambil mendukung seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan.
Budak lelaki itu ialah Ethan.
Budak perempuan itu...
Aurielle.
Ethan berbisik perlahan,
"Datuk... apa sebenarnya yang datuk rancangkan?"
Bersambung...
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Comments