"Baby's Breath melambangkan cinta yang tulus dan berkekalan. Ironinya, ada cinta yang hadir ketika hati sedang dipenuhi kebencian."
Pintu pejabat Ethan terhempas kuat.
Suasana kembali sunyi.
Aurielle memandang ke arah pintu yang baru sahaja ditutup Sophia.
"Bekas tunang awak nampaknya... tak dapat terima berita tu."
Ethan kembali duduk di kerusinya.
"Itu bukan urusan awak."
Aurielle mengangkat bahu.
"Saya pun tak berminat nak ambil tahu."
Dia menolak semula fail kontrak itu ke arah Ethan.
"Saya masih belum setuju."
Ethan memandang fail tersebut tanpa menyentuhnya.
"Awak fikir saya akan paksa?"
"Bukankah itu yang awak buat sejak awal?"
Lelaki itu tersenyum sinis.
"Bukan."
"Saya cuma bagi awak pilihan."
Aurielle ketawa kecil.
"Pilihan?"
"Awak beli hutang saya."
"Awak ugut kedai saya."
"Itu bukan pilihan."
"Itu memaksa."
Ethan tidak membalas. Sebaliknya dia membuka laci meja lalu mengeluarkan satu sampul surat.
"Ambil."
Aurielle membukanya.
Di dalamnya terdapat salinan surat daripada pihak bank.
Matanya terus membulat.
Notis penyitaan Blooms Bee ditangguhkan selama tiga puluh hari.
Dia memandang Ethan.
"Apa maksud semua ni?"
"Saya beri awak masa."
"Tiga puluh hari."
"Kalau dalam tempoh itu awak mampu bayar semua hutang..."
"...kontrak ini akan dibatalkan."
Aurielle tidak menyangka Ethan akan berkata begitu.
"Betul?"
"Ya."
"Tapi kalau gagal..."
"Kita berkahwin."
Aurielle mengetap bibir. Jumlah hutangnya bukan sedikit. Dalam masa sebulan?
Mustahil.
Namun dia tetap menggenggam surat itu.
"Saya akan cari jalan."
Ethan hanya mengangguk.
"Saya harap begitu."
Petang itu...Aurielle kembali ke Blooms Bee.
Pekerjanya, Mia, terus menghampirinya.
"Boss!"
Aurielle cuba tersenyum.
"Kenapa?"
"Awak okey?"
"Saya nampak penat ke?"
"Bukan penat..."
"Muka awak macam baru bergaduh dengan naga."
Aurielle tergelak kecil.
"Lebih kurang."
Mia memegang bahu Aurielle.
"Apa pun masalahnya..."
"Kita hadapi sama-sama."
Aurielle tersenyum, tetapi jauh di sudut hati dia tahu... Dia tidak sanggup memberitahu pekerjanya bahawa kedai itu mungkin akan ditutup.
Malam itu...
Aurielle duduk seorang diri di dalam kedai. Lampu utama sudah dipadamkan. Hanya lampu kecil di kaunter masih menyala. Dia membuka buku akaun.
Mengira.
Mengira lagi. Semakin dikira... Semakin mustahil. Air matanya akhirnya gugur.
"Mom..."
"Saya dah cuba..."
"Saya betul-betul dah cuba..."
Tiba-tiba loceng pintu berbunyi.
Ting!
Aurielle cepat-cepat menyeka air mata.
"Kami dah tutup..."
Ayatnya terhenti. Seorang lelaki berdiri di hadapan pintu.
Bukan Ethan.
Lelaki itu memakai hoodie hitam dan topi, wajahnya separuh terlindung. Di tangannya ada sekuntum bunga lili putih.
"Saya nak tempah bunga."
"Maaf, kami dah tutup."
"Saya datang bukan untuk beli bunga."
Aurielle mula berasa tidak sedap hati.
"Habis?"
Lelaki itu meletakkan sekuntum lili di atas kaunter. Kemudian dia berkata perlahan,
"Jauhkan diri daripada Ethan Hayes."
Aurielle mengerutkan dahi.
"Siapa awak?"
Lelaki itu tidak menjawab.
Dia hanya berpaling dan berjalan keluar. Sebaik Aurielle mengejarnya ke luar... Lelaki misteri itu sudah menghilang.
Yang tinggal hanyalah sekuntum lili putih di atas lantai... Dan sekeping kad kecil yang tertulis dengan dakwat hitam.
"Perkahwinan itu akan membunuh awak."
Aurielle menggigil.
Tanpa dia sedari... Seseorang sedang memerhatikannya dari dalam sebuah kereta hitam yang diparkir di seberang jalan.
Lelaki itu mengangkat telefon.
"Encik Ethan..."
"Dia sudah mula menerima amaran."
Suara Ethan di hujung talian kedengaran serius.
"Teruskan mengawasinya."
"Jangan biarkan apa-apa berlaku kepada Aurielle."
Lelaki itu menjawab ringkas.
"Baik, encik."
Di dalam kereta mewahnya, Ethan memandang keluar tingkap dengan wajah yang sukar ditafsir.
Lalu dia berbisik perlahan...
"Maafkan saya, Aurielle."
"Kalau saya tak paksa awak berkahwin dengan saya..."
"...awak akan mati."
Bersambung...
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Comments