"Orkid putih melambangkan keikhlasan dan permulaan yang baharu. Namun, ada permulaan yang dipenuhi syarat sehingga hati tidak lagi mempunyai ruang untuk memilih."
Aurielle tidak tidur sepanjang malam.
Dia duduk di ruang kerja kecil di belakang Blooms Bee, memandang setiap sudut kedai yang dibinanya bersama arwah ibunya.
Setiap pasu bunga.
Setiap rak kayu.
Setiap kuntuman mawar.
Semuanya menyimpan kenangan.
"Aku tak boleh kehilangan tempat ini..."
Pagi itu, tepat pukul sembilan, Aurielle berdiri semula di lobi Hayes Group.
Olivia, setiausaha Ethan, terus membawanya ke pejabat CEO.
Kali ini, Ethan sudah duduk di kerusi kulit hitamnya. Segelas kopi di atas meja.
Fail hitam di hadapannya.
"Awak datang."
"Bukan sebab awak."
Aurielle menjawab dingin.
"Saya datang sebab Blooms Bee."
Ethan mengangguk kecil.
"Itulah yang saya jangkakan."
Dia menolak fail itu ke hadapan.
"Kontrak perkahwinan."
Aurielle tidak terus membukanya.
"Sebelum saya baca..."
"Saya nak tahu satu perkara."
Ethan mendongak.
"Kenapa saya?"
Beberapa saat berlalu tanpa jawapan.
"Itu bukan masanya lagi."
"Saya benci jawapan macam tu."
"Saya tahu."
Aurielle menarik nafas panjang sebelum membuka fail
tersebut.
Di halaman pertama tertulis...
FORCE MARRIAGE AGREEMENT
Matanya terus bergerak membaca setiap syarat.
Tempoh perkahwinan: 12 bulan.
Tiada hubungan intim dipaksa.
Setiap pihak bebas meneruskan kerjaya masing-masing.
Aurielle akan tinggal di Hayes Mansion.
Semua hutang Blooms Bee akan diselesaikan sepenuhnya oleh Hayes Group.
Selepas kontrak tamat, kedua-dua pihak bebas memohon penceraian.
Aurielle mengangkat wajah.
"Awak betul-betul jadikan perkahwinan ni macam urusan bisnes."
"Bagi saya..."
Ethan menyandar pada kerusi.
"...memang ini urusan bisnes."
Jawapan itu membuatkan hati Aurielle sedikit terluka.
Walaupun dia sendiri tidak mahu berkahwin, mendengar kata-kata itu tetap terasa pedih.
"Kalau saya setuju..."
"Saya nak satu syarat."
"Sebut."
"Awak tak akan campur tangan dalam urusan Blooms Bee."
"Setuju."
"Dan pekerja saya tak boleh tahu tentang kontrak ini."
"Setuju."
Aurielle sedikit terkejut.
"Mudahnya awak setuju?"
"Sebab syarat awak munasabah."
Suasana kembali sunyi.
Ethan memandang wajah Aurielle yang masih ragu-ragu.
"Awak masih ada pilihan."
Aurielle tersenyum sinis.
"Pilihan?"
"Awak dah beli hutang kedai saya."
"Itu bukan pilihan."
"Itu perangkap."
Buat pertama kalinya...
Wajah Ethan berubah.
Dia berdiri lalu berjalan ke arah tingkap.
"Saya memang bukan lelaki yang baik."
"Tapi percayalah..."
"...kalau ada jalan lain, saya takkan paksa awak."
Aurielle memandang belakang tubuh lelaki itu.
Entah kenapa...
Untuk beberapa saat...
Dia dapat merasakan kesunyian yang dipikul Ethan jauh lebih berat daripada yang disangkanya.
Tiba-tiba pintu pejabat diketuk.
"Come in."
Seorang wanita muda meluru masuk tanpa menunggu izin.
Bergaun merah.
Bertumit tinggi.
Cantik dan penuh keyakinan.
"Ethan!"
Wanita itu terus memeluk lengan Ethan.
Aurielle hanya memerhati.
"Ethan, kenapa awak tak jawab panggilan saya?"
Wanita itu akhirnya menyedari kehadiran Aurielle.
Dia memandang Aurielle dari atas ke bawah.
"Siapa dia?"
Ethan menjawab ringkas.
"Bakal isteri saya."
Senyuman wanita itu terus hilang.
"Apa?"
Tangannya perlahan-lahan melepaskan lengan Ethan.
"Ethan... awak bergurau, kan?"
"Tidak."
Wanita itu memandang Aurielle dengan wajah yang sukar digambarkan.
Marah.
Terkejut.
Dan... cemburu.
"Ini tak mungkin..."
Tanpa berkata apa-apa lagi, dia berpaling dan keluar sambil menghempas pintu.
Aurielle memandang Ethan.
"Bekas teman wanita?"
Ethan menggeleng.
"Bekas tunang."
Aurielle membulatkan mata.
"Dan..."
Ethan menghela nafas panjang.
"Masalah kita baru sahaja bermula."
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Comments