FORCE MARRIAGE
"Setiap bunga mempunyai bahasa. Mawar putih melambangkan permulaan baharu... tetapi tidak semua permulaan membawa kebahagiaan."
Haruman bunga segar memenuhi ruang kecil Blooms Bee.
Aurielle Gibson tersenyum nipis sambil mengikat reben satin berwarna krim pada sejambak bunga peony dan mawar putih. Jam dinding menunjukkan pukul sembilan pagi. Kedainya baru sahaja dibuka, namun beberapa pelanggan sudah mula memenuhi ruang.
"Morning, Miss Aurielle!" sapa seorang pelanggan tetap.
"Morning, Mrs. Carter." Aurielle menghadiahkan senyuman manis. "Bouquet untuk ulang tahun perkahwinan seperti biasa?"
Wanita itu mengangguk sambil ketawa kecil.
"You always remember."
"Of course. That's my job."
Selepas pelanggan itu berlalu, Aurielle menghela nafas lega. Walaupun kedainya tidak sebesar florist terkenal yang lain, Blooms Bee cukup dikenali kerana setiap jambangan bunga dihasilkan dengan sentuhan peribadi.
Kedai itu bukan sekadar tempat mencari rezeki.
Ia adalah warisan terakhir daripada ibunya.
Aurielle mengusap bingkai gambar kecil di atas kaunter. Gambar dirinya bersama arwah ibu sedang tersenyum di hadapan kedai yang sama, bertahun-tahun dahulu.
"I miss you, Mom..."
Loceng pintu berbunyi lagi.
Kali ini, seorang lelaki berpakaian kemas melangkah masuk.
Sut hitam.
Kasut kulit berkilat.
Wajah serius.
"Selamat pagi. Saya mencari Miss Aurielle Gibson."
Aurielle mengangkat wajah.
"Ya, saya."
Lelaki itu mengeluarkan sekeping kad nama.
"Nama saya Adrian Collins. Saya peguam kepada keluarga Hayes."
Aurielle mengerutkan dahi.
"Hayes?"
Dia tidak pernah mendengar nama itu.
"Saya perlukan sedikit masa untuk bercakap dengan cik."
"Kalau tentang tempahan bunga, awak boleh..."
"Bukan."
Nada lelaki itu tenang tetapi tegas.
"Ia mengenai satu wasiat."
Aurielle tergamam.
"Wasiat?"
"Ya."
"...Saya rasa awak tersalah orang."
"Saya pasti tidak."
Adrian mengeluarkan sebuah sampul surat berwarna coklat.
"Nama awak tertulis di dalam dokumen ini."
Aurielle menyambut sampul itu dengan tangan yang sedikit menggigil.
Sebelum sempat dia membukanya...
Telefon bimbitnya berdering.
Nama yang tertera di skrin membuatkan wajahnya berubah.
Bank.
Dia menelan air liur.
Sejak beberapa bulan lalu, jualan Blooms Bee semakin merosot. Pinjaman untuk mengembangkan kedai masih belum selesai dibayar.
"Excuse me."
Dia menjawab panggilan itu.
"Hello?"
Suara di hujung talian kedengaran profesional.
"Miss Gibson, kami ingin memaklumkan bahawa bayaran pinjaman anda sudah tertunggak selama dua bulan."
Aurielle memejam mata.
"Saya perlukan sedikit masa lagi."
"Maaf, tetapi jika pembayaran masih gagal dibuat, pihak bank akan meneruskan tindakan mengikut prosedur."
Talian dimatikan.
Aurielle memandang kosong ke arah telefon di tangannya.
Dia benar-benar buntu.
"Miss Gibson."
Adrian kembali bersuara.
"Saya tahu masa ini mungkin tidak sesuai."
"Tapi saya perlu sampaikan mesej ini."
Aurielle mengangkat wajah.
"Mesej apa?"
Adrian menarik nafas perlahan.
"Encik Ethan Hayes mahu berjumpa dengan awak."
"Siapa Ethan Hayes?"
"Suami cik."
...
Aurielle ketawa kecil.
"Lawak awak tak kelakar."
"Saya belum berkahwin."
"Sebab itulah Encik Ethan mahu bertemu dengan cik."
Aurielle semakin bingung.
"Apa sebenarnya yang sedang berlaku?"
Adrian meletakkan satu fail tebal di atas meja.
"Jawapannya ada di dalam fail ini."
Aurielle memandang fail itu tanpa berkedip.
Di muka hadapan, tertera satu tajuk yang membuat darahnya seakan berhenti mengalir.
LAST WILL AND TESTAMENT
Dan di bawahnya...
Nama: Ethan Alexander Hayes & Aurielle Gibson
Jantungnya berdegup semakin laju.
"Ini... mustahil."
Adrian hanya memandangnya dengan tenang.
"Saya cadangkan awak baca semuanya."
"Kerana mulai hari ini..."
"Hidup awak tidak akan sama lagi."
BERSAMBUNG...
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Comments