Indonesia
NovelToon NovelToon
Ibu Mertuaku

Ibu Mertuaku

Status: tamat
Genre:Romantis / Cintapertama / Contest / Patahhati / Konflik Rumah Tangga-Konflik Etika / Konflik etika / Tamat
Popularitas:42.8k
Nilai: 5
Nama Author: Mangga_muda

Pernikahannya yang sepatutnya memberikan kebahagiaan buat Ariani dan Zulkarnain menjadi duka dan air mata. Belum lagi satu minggu menjadi isteri Zulkarnain,dirinya sudah mulai di benci oleh ibu mertuanya sehingga ibu mertuanya meminta Zulkarnain menceraikan Ariani.

Namun takdir mempertemukan dirinya dengan cinta lamanya,Alang. Walau pun Alang adalah lelaki ke dua yang pernah hadir dalam hidupnya,lelaki itu pernah berjanji mahu menjadikan dirinya permaisuri hidupnya tapi malah meninggalkannya dan menikahi wanita lain.

Apakah masih ada jodoh mereka yang belum selesai?

Namun dia tidak mahu lagi 'membuka' kotak memori lamanya bersama Alang. Baginya Alang telah kisah silamnya. Namun lelaki itu tetap sahaja muncul di saat dia memerlukan seseorang untuk bersandar.

Apakah yang sudah di rencanakan yang Maha Esa?

Apakah cinta mereka akan berputih kembali? Bagaimana pula dengan Zulkarnain yang telah menjadi suaminya yang sah?

Jom follow rapat-rapat ♥️

Karya ini diterbitkan atas izin NovelToon Mangga_muda, isi konten hanyalah pandangan pribadi pembuatnya, tidak mewakili NovelToon sendiri

Bab 22 : Terbangun dari mimpi yang panjang

Zulkarnain masih juga setia menemani Ariani sepanjang Ariani berada di hospital. Sudah dua bulan isteri kesayangannya nya itu tidak sadarkan diri.

Dia duduk di atas kerusi yang di sediakan,setia menggenggam jari jemari Ariani. Dia menarik lembut tangan isterinya dan mengucup lembut.

"Assalamualaikum sayang, Abang datang ni" bisik Zulkarnain lembut di telinga Ariani. Nada suaranya terdengar sayu. Dia mengulum senyum hiba walau yang nyata Ariani tidak melihat senyuman nya itu. Air matanya menjadi peneman setianya kini.

Setiap hari Zulkarnain akan datang menemani Ariani. Dia akan duduk di sebelah Ariani dan bercerita tentang kisah cinta mereka.

Namun Ariani masih jua tertidur lena. Terkadang Ariani tersenyum dalam tidurnya. Isterinya itu terlihat merasa bahagia menjelajah jauh ke alam bawah sedarnya.

Zulkarnain menangis hiba. Mengenangkan nasib isteri dan anak dalam kandungan Ariani.

Ya! Ariani sedang mengandung anaknya. Usia kandungannya sudah mencecah 8 minggu. Docter memberitahu andai Ariani masih tidak sedarkan diri,ia boleh membahayakan kandungan nya.

Zulkarnain mengelus lembut tangan isterinya. "Sayang tolong lah bangun,demi anak kita" suaranya merintih hiba. Air mata lelakinya meluncur laju.

Tidak lama kemudian,mak Leha dan Rica tiba. Dia melihat Zulkarnain tertunduk sambil menggenggam tangan Ariani.

Dia turut merasa kasihan dengan nasib yang menimpa anak dan menantunya itu. Dia sentiasa memberi kata-kata semangat kepada menantunya agar terus kuat melalui ujian Allah.

Baginya Zulkarnain sudah di anggap seperti anak kandungnya sendiri. Dia tidak pernah membeza-bezakan menantunya. Kasih sayang yang di berikan kepada semua anak dan menantunya sama rata.

Mak Leha menepuk lembut bahu Zulkarnain. Tersentap dengan sentuhan itu Zulkarnain menoleh ke sisinya. Dia melihat ibu mertuanya sudah tiba. Wanita yang sudah separuh usia itu meletakkan mangkuk rantangnya di atas meja.

"Zul dah makan? Mak ada bawak ketupat dengan rendang. Makan lah" ucap mak Leha lembut.

Zulkarnain hanya menggelengkan kepalanya. Selera makannya telah hilang dibawa bersama-sama Ariani. Berat badannya mulai menurun. Kumis nya juga di biarkan memanjang. Dia terlihat sedikit tidak terurus.

"Zul kena makan,kena jaga kesihatan. Kalau Zul pun sakit macam mana nanti dengan Ariani dan anak kamu?" Mak Leha memberi nasihat lembut. Dadanya juga terasa sebak,namun dia cuba menguatkan dirinya dari dalam,redha menerima takdir Tuhan.

Baginya apa yang berlaku dalam hidup ini bukan saja-saja. Tiada yang kebetulan dalam hidup ini. Semuanya sudah tertulis. Di sebalik ujian ada Rahmat Allah yang tersembunyi. Dia harus redha menerimanya.

Zulkarnain mengiakan kata-kata ibu mertuanya. Ibu mertuanya terlalu baik. Wanita itu tidak pernah memandang rendah akan dirinya. Tidak pernah menuturkan kata-kata yang menyakiti hatinya.

Walau tahu pekerjaan dia hanya sebagai pemandu lori jarak jauh,namun mak Leha tetap menerima dirinya apa adanya sebagai menantu.

Bagi mak Leha, kebahagiaan bukan di ukur dari pekerjaan. Ada yang kaya raya,tapi hidup tidak bahagia. Ada yang makan sekadar cukup,tapi hidupnya bahagia.

Sebagai ibu,dia menerima siapa sahaja yang dicintai anaknya. Andai anak nya bahagia,dia akan turun merasa bahagia.

Di sebalik pintu,terlihat sepasang mata yang setia mengintai ke dalam kamar yang di tempati Ariani. Setiap hari dia akan datang melihat Ariani secara senyap-senyap. Setiap hari juga dia akan setia bercerita di samping Ariani.

Bercerita tentang kisah silam mereka berdua. Tidak lupa juga dia sering mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga saja alunannya itu bisa menuntun Ariani mencari jalan pulang.

Setiap kali melihat Ariani yang terbaring kaku,hatinya terluka. Dia merasa gagal melindungi gadis itu. Dia merasa tidak berguna.

Andai saja dia memperlawa untuk menghantar Ariani pulang ke kampungnya tentu saja kejadian ini tidak akan berlaku.

Bodoh! Semua ini salahku!

Dia masih juga mahu meletakkan kesalahan itu pada dirinya.

Yang nyata tidak pernah ada sesiapa yang tahu akan kehadirannya setiap hari di sisi Ariani. Hinggalah satu hari,dia tertangkap basah oleh ibu Ariani,mak Leha.

Awalnya mak Leha juga agak terperanjat melihat Alang yang sedang duduk di sisi Ariani sambil mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Walau dia tidak pernah membenci Alang,namun sedikit sebanyak hatinya tuanya turut terluka dengan apa yang pernah Alang lakukan kepada anak gadisnya.

Namun mak Leha tidak pernah menyalahkan sesiapa. Bagi mak Leha tidak akan berlaku sesuatu perkara itu dengan izin Allah. Dia redha,siapa pun jodoh Ariani dia akan menerima dengan ikhlas.

Kehadiran Alang setiap hari ke kamar Ariani tidak pernah mak Leha adukan kepada Zulkarnain. Dia tidak mahu membuat keadaan menjadi ribut. Dia tidak mahu menambahkan luka di hati kedua lelaki yang sudah dia anggap seperti anaknya sendiri.

Dia tahu keduanya sangat mencintai Ariani. Dan dia juga tahu kalau besan nya sangat membenci Ariani.

Ariani tidak pernah bercerita tentang ibu mertuanya,tapi mak Leha sudah dapat menebak nya dari raut wajah Ariani saat Ariani pulang ke rumahnya lebih awal dari apa yang di rencanakan.

Dan kerana itu lah,setiap kali anak-anak nya mahu mendirikan rumah tangga,dia sudah siap-siap memberikan nasihat.

"Lepas khawin,mak tak nak anak mak duduk campur dengan mak" ucap mak Leha lembut.

Awalnya anak-anak nya akan berkecil hati,namun bila di fikirkan mereka faham mengapa ibu mereka tidak mahu duduk sebumbung dengan anak-anak yang sudah mendirikan rumah tangga.

"Mak bukan tak suka,tapi biar banyak rumah jangan banyak dalam satu rumah" katanya menerangkan maksud yang tersirat kepada anak-anak nya.

Mak Leha tidak mahu melihat kekurangan yang ada pada menantu nya. Biarlah dia tidak tahu sedikit pun kekurangan itu,asalkan bila mereka pulang ke kampung sahaja dia akan merasa bahagia dan tidak akan membeza-bezakan menantunya.

Mak Leha yang duduk menghadap ke pintu kamar Ariani melihat kalau di balik pintu itu ada sepasang mata yang sangat di kenalinya. Dia tahu, Alang sudah datang mahu menjenguk Ariani.

Namun saat itu Zulkarnain masih setia menanti di sisi Ariani seperti tidak mahu melepaskan nya.

Tidak mahu membuang masa,mak Leha pun datang mendekati kamar Ariani. Dia juga mengambil tempat di sebelah Ariani. Dia mengeluarkan buku Yassin yang telah di bawanya dari rumah lalu mengalunkan ayat suci itu agar di dengari Ariani.

Air mata kasihnya sudah bergenang di tubir matanya. Suaranya mulai terdengar sebak. Rica yang berada di situ terus memeluk ibunya. Mengusap lembut belakang tubuh ibunya agar ibunya merasa kuat dan nyaman.

Dia cuba menyalurkan kekuatan buat ibunya. Walau dirinya juga merasa terluka melihat kakak yang disayanginya terbaring kaku.

Rica menggenggam jari tangan Ariani. "Kak,Rica datang ni dengan emak. Akak bangunlah..Rica rindu akak. Rindu nak makan sambal totok akak"

Masa dia tidak merasa sedih,kerana Ariani adalah kakak yang paling dia sayangi. Hubungannya dengan Ariani terlalu akrab.

Namun bila mereka bergaduh seperti anjing dengan kucing.

Itu semua adalah saat mereka kecil. Setelah meningkat dewasa perwatakan masing-masingnya telah berubah. Mereka menjadi semakin matang dalam menangani masalah.

Tiba-tiba, Zulkarnain merasa kalau Ariani menggerakkan jarinya yang berada dalam genggamannya.

Serta merta dia lantas berdiri dan memandang tepat ke wajah Ariani. Matanya tidak berganjak dari menatap wajah isterinya.

Dia melihat kalau Ariani seperti menggerakkan bola matanya. Hatinya mulai berbunga. Wajahnya yang terlihat mendung kini nampak bersinar-sinar.

"Ariani bangun sayang" ucapnya penuh ceria.

Mak Leha dan Rica menoleh serentak setelah mendengar kata-kata Zulkarnain.

"Ariani... cari mak sayang. Mak ada dekat Ariani" air mata yang sedari tadi ditahan meluncur laju.

Tangan tuanya menggenggam erat jari jemari Ariani. Dia mahu anaknya itu merasa akan kehadirannya.

Dalam hatinya tidak lepas dari mendoakan Ariani agar tersedar dari lenanya yang panjang. Dia sudah tidak sanggup lagi melihat Ariani terus berada dalam kondisi seperti itu kerana akan membahayakan janin yang semakin membesar di dalam rahimnya.

Zulkarnain terus mencium pipi Ariani. Bibirnya tidak lepas membisikkan Salam buat kekasih hatinya.

"Assalamualaikum sayang,bangun lah..abang rindu sayang" bisikan lembut itu seperti di dengar sehingga ke alam bawah sedar Ariani.

Alang yang melihat di balik pintu kamar cuba menahan diri dari menerobos ke dalam. Tangannya kuat menggenggam tongkat yang di gunakan bagi membantu dirinya untuk berjalan. Dia tidak mahu membuat ribut. Dia akan bersabar mancari waktu untuk bertemu mata dengan Ariani.

Tiba-tiba mata Ariani terbuka dan dia menarik dalam nafasnya seperti baru mendapat semula nyawanya yang ke dua.

...****************...

1
falea sezi
karma pelakor gini aja nih
falea sezi
bahasa mana sih ini susah di.pahami
puji lestari
banyumas itu kampung saya thor...bahasany jawa ngapak...😀
Yulia Orif
salut Alang, lelaki sejati menjaga marwah calon istri
atin p
tembok hotel masa bisa dengar desahan thorrr...
Sulati Cus
author dr Malaysia kah??
Yulia Orif
aduh, gawat bisa bisa keguguran Ariani
Anna S
thor bahasa jangan campur campur jadi kurang enak bacanya...mending tetep keseluruhan nya pakai melayu aja..saya paham kok alurnya walaupun menggunakan bahasa melayu...saya orang jawa ..tapi pernah kerja di KL..tapi kalau mau pakai bahasa Indonesia tolong perhatikan lagi kosakatanya supaya lebih syncron aja..
Anna S
macam tempat ni kat cameron highland jer
Esya Tanzilla
sebahagia itu kah menua bersama dengan orang yg kita cintai, semoga kita bisa menemukan laki-laki seperti itu di dunia nyata 😭
Esya Tanzilla: aamiin yaallah
total 2 replies
Esya Tanzilla
terharu 😭
Mangga_muda: Nah.. author kasi tisu 🤭🥰
total 1 replies
Kekasih Dropper
Sumpahhh rasanya kaya gak mau ngedip bacanya wkwkw, seseru itu tahu gak sih!!
Mangga_muda: Ma kasih yank 😻😘
total 1 replies
Lilis Lestari
bahasa Indonesia aja Thor.
Lilis Lestari
ini cerita Malaysia yah.
Mangga_muda: Campur yunk..kerana Author campuran indo dan Malaysia 😊. Jadi bahasanya ya gitu..campur²..
total 1 replies
ARUM99
sukak gak ngerti untuk kosakatanya..... pake bahasa apa itu yaaa......
Mangga_muda: Maaf yank,bahasa campur Indo dan Malaysia. kerana Author campuran Indonesia dan Malaysia 😊
total 1 replies
Nailil Ilma
.jangan lupa mampir🙏
Nailil Ilma
Ayok kak semangat, salam dari Cinta Anak Pesantren ☺️
Mangga_muda: selamat petang yank 😊😘
total 1 replies
vanillaatack
Pokoknya jangan lama-lama ya Thor!
Bisikan Luar Biasa
Udah berapa kali aku ngulang-ngulang bacanya, karena seseru itu!
Bulbul
semangat Thor jangan lupa up
Mangga_muda: Baikkk!! 💪🏻
total 1 replies
NovelToon
Novel sejumlah besar sedang menunggu Anda baca! Juga ada komik, buku audio, dan konten lain untuk dipilih~
Semua konten GRATIS! Klik di bawah untuk download!