Indonesia
NovelToon NovelToon
Kahwin Paksa : Dari Benci Jadi Cinta Sejati

Kahwin Paksa : Dari Benci Jadi Cinta Sejati

Status: sedang berlangsung
Genre:CEO / Berbaikan
Popularitas:243
Nilai: 5
Nama Author: Nuratiera Abdullah

Mengisahkan seorang perempuan bernama YARA AQILA HUMAIRA harus berkahwin dng lelaki yg tidak dikenali atas perjanjian kontrak dng LIAN ARSYAD ZAFRIL.Mampukah berkhawinan sekadar kontrak atau menjadi bahagia?

Karya ini diterbitkan atas izin NovelToon Nuratiera Abdullah, isi konten hanyalah pandangan pribadi pembuatnya, tidak mewakili NovelToon sendiri

Bab 1 : Perjumpaan yang tidak diduga

Hujan renyai-renyai membasahi jalan raya kuala Lumpur,sejuk menyengat seoleh-oleh meniru hati yara yang beku.Di tanagannya tergenggam surat perjanjian yang terasa seberat timbunan batu bukan sekadar perjanjian lama ,tapi harga diri yang dijual ayahnya sendiri demi menutup hutang syarikat yang runtuh.

"Pergilah jumpa LIAN ARSYAD ZAFRAN.Kau yang kena bayar kesalahan ayah," kata ayahnya tadi,tanpa sendikit pun rasa kasihan.Ibu tirinya pula menyampuk sinis,Nasib baik kau ada rupa,boleh jadi pengantin orang kayu.Jangan harap kami nak tanggung kau lagi".

Langkah yara terhayung-hayung memasuki lobi zafran Grop,bagunan kaca yang menjulang tinggi,asing dan menakutkan baginya yang biasa tinggal dirumah kayu kampung.Belum sempat dia bernafas lega,tubuh tegak berjas hitam melanggarkan laju.Fail yang ditanganya terbang berselerak ke lantai licin.

"Kau tak ada mata ke ?" bentuk suara berat,dingin seperti ais yang memecah.

Yara tersentak,menunduk pantas memungut kertas sambil menahan sebak."Maafkan saya,encik...saya betul-betul tak sengaja..."

Saat dia mengangkat wajah perlahan,jantung bagaikan berhenti berdegup.Dihadapannya berdiri lelaki bermata tajam,rahang ketat,pandang dengannya seoleh -oleh merendahkannya setinggi langit serendah bumi.Itu LIAN ARSYAD ZAFRAN. Lelaki yang bakal menjadi suaminya,lelaki yang dibeli olehnya dengan wang hutang ayahnya.

Lian tidak menolong sedikit pun.Dia menyilang lengan,bibir melengkung sinis penuh penghinaan.

"Jadi kau perempuan yang dijual keluarga sendiri demi selamatkan perut dan nama baik? Memang pantas kau sampai.Tak sabar nak nikmati kekayaan keluarga aku,kan ?

Air mata yang ditahan akhirnya menitis laju.Tapi yara mengesatnya pantas,bangun perlahan sambil memeluk fail kusut ke dada.

"Saya tak mahu ini,Encik Zafran.Sama macam awak,Saya juga terpaksa.Tapi saya tak ada pilihan lain selain patuh."

Jawapan terus terang itu membuatkan Lian terhenti seketika.Dia pernah mendengar pelbagai rayuan,tapi belum pernah ada perempuan yang memandang matanya dan berkata begitu tanpa merayu mahupun memaki.Dia mendengus kasar,menunjuk ke arah lif dengan dagu.

"Bilik mesyuarat tingkat 30.Baca kontrak itu baik -baik.Jangan harap aku akan anggap kau isteri sebenar.Bagi aku , kau cuma satu syarat yang perlukan aku laksanakan."

Pintu lif tertutup rapat,menyisakan Yara terhuyung berdiri.Dia teringat kampung halaman,rumah kecil di tepi sawah,dan kawan-kawannya Zalina,Kalisa dan Ura yang mungkin sedang menunggu berita daripadanya.Tiada jalan pulang lagi-lagi hidupnya kini terikat dengan lelaki yang membenci keberadaanya dalam perkahwinan yang bermula dengan luka dan penghinaan.

Di sebuah bilik gelap,Uwaiw kawan rapat Lian memerhati segalanya sambil menggeleng perlahan.Dia tahu kisah yang dikhianati cinta lalu.Mungkin perjumpaan yang tidak diduga ini,adalah permulaan yang mengubah dua nasib yang sama-sama terperangkap.

Bilik mesyuarat tingkat 30 sunyi sepi,hanya bunyi tapak kasut Yara yang bergema di lantai.Di hujung meja panjang Lian duduk bersandar malas,jari telunjuk mengetuk-ngetuk fail tebal dihadapannya seoleh-oleh dokumen itu lebih berharga daripada gadis yang berdiri kaku disitu.

"Duduk", ujarnya ringkas,tiada nada ramah sedikit pun.

Yara menarik kerusi perlahan,matanya terpaku pada perkataan besar dimuka surat:

PERKATAAN PERKAHWINAN KONTRAK.

"Baca baik-baik.Tanda tangan,dan hutang keluarga kau akan selesai hari ini jugak, "kata Lian sambil melontar pen ke arahnya.

"Syaratnya mudahi kau jadi isteri atas kertas sahaja selama du tahun.

Jangan harap kau boleh masuk bilik tidur aku, jangan cari peluang untuk mengandung anak-anak aku,dan jangan sesekali berlagak seoleh-oleh tuan rumah di sini. Lepas dua tahun, kita bercerai dan kau pergi dengan apa yang kau patut terima."

Setiap ayat menikam hati Yara seperti pisau tajam. Dia tahu dirinya dipaksa, tapi mendengarkannya terus dari mulut lelaki itu membuatkan rasa rendah diri makin membara.

"Saya tak minta lebih daripada yang janji, Encik Lian," suaranya bergetar tapi tegas. " Saya cuma nak pastikan... Selepas saya tanda tangan, Keluarga saya takkan ganggu awak lagi. Dan saya... Saya takkan jadi beban awak lebih dari tempoh ini" .

Lian tersenyum sinis." Beban ? Kau dah jadi beban sejak kau melangkah masuk ke dalam hidup aku. Datuk aku buat janji bodoh dengan datuk kau puluhan tahan lalu, dan sekarang aku yang kena bayar harga. Kau ingat aku nak kahwin dengan perempuan yang dijual keluarga sendiri ? "

" Baguslah kau dan sampai, Yara ! " Seru ayahnya tanpa Yara bersalah. " Tanda tangan. Cepat, supaya Encik Lian boleh pindahkan duit ke akaun aku.

Ibu tiri pula menyampuk sambil membetulkan rambut. "

Bertuah kau dapat suami kaya macam ni. Jangan lupa nanti bantu adik kau masuk Universiti juga ya."

Yara menunduk dalam, air mata jauh menimpa kertas kontrak. Tiada siapa peduli perasannya.Tiada siapa tanya sama ada dia sanggup atau tidak. Dia cuma barang dagangan yang diserahkan untuk melunaskan kesalahan orang lain.

" Cukup suara Lian menggelegar, membuatkan semua terdiam. " Kauorang ambil duit tu, dan berambus dari sini atau aku aku tarikh balik perjanjian ini serta-merta . Faham " ?

Wajah mereka pucat lesi terus mengangguk patuh sebelum bergegas, meninggalkan Yara yang terasa seperti jiwanya telah rompak sepenuhnya.

Lian memandang gadis itu, melihat titisan air mata yang cuba disembunyikan.Untuk seketika Rasa benci itu goyah sedikit tapi kenangan pengkhianat tunangnya dahulu kembali menyelinap menutup hati sekali lagi.

"Tanda tangan.Dan jangan menangis di depan aku.Aku benci orang yang lemah, " katanya dingin, walaupun tanganya perlahan -lahan menolak kotak tisu ke tepi meja, jauh dari pandangan Yara

Yara mengesat air mata, menggengam pen erat-erat.Tandatangan itu bukan sekadar nama ia adalah penutup hidup lamanya sebagai Yara anak kampung, dan permulaan hidup baru sebagai isteri kontrak lelaki yang membencinya.

1
NovelToon
Novel sejumlah besar sedang menunggu Anda baca! Juga ada komik, buku audio, dan konten lain untuk dipilih~
Semua konten GRATIS! Klik di bawah untuk download!